Tuesday 15 September 2009

Rumah anak yatim al wadi









Hari ahad baru ni bersamaan 23 ramadhan.. group FMDC zon utara telah mengadakan majlis berbuka puasa berasama anak-anak yatim al-wadi di kampung Kupang daerah Baling kedah. Hati begitu sayu bila melihat wajah-wajah anak-anak yahim ini, aku tahu bagimana peritnya mereka sekarang ni.. kerana aku juga anak yatim tapi aku sekarg sudah dewasa mgkin keperitannya tak macam diaorg lalui skrg ni.. aku yakin mesti keluarga mereka serba kekurangan, ini mungkin sebab utama mereka dihantar ke rumah anak yatim al wadi, waktu rakan seusia mereka ni mendapat kasih sayang dari ibu dan ayah, mereka menagih kasih sayang dari penjaga mereka di pusat Al- Wadi.. kita bayangkan bertapa sukarnya hidup mereka yg serba kekurangan..

Disini aku sertakan butiran utk kita sama-sama menbantu mereka..
Rumah Yakin Al-Wadi

Lot 4185, 09200 Kupang,
Kedah Darul Aman.

Tel: 04-4724895 Faks: 04-4707728
HP: 013-4001001 (Ustaz Daud)

Akaun Bank Islam: 02048 010013676

RUMAH YAKIN ANAK ANAK YATIM/ MISKIN AL-WADI

Akaun BSN: 02100 4100000162 2 RUMAH YAKIN AL-WADI

Bersama lah kita meringankan beban mereka.. amin..

1 comment:

Dont worry be happy to comment..