Thursday 10 September 2009

Syukur dapat jugak duit raya tahun ini..


Semalam kerajaan mengumumkan berita gembira untuk 860,000 penjawat awam kumpulan sokongan seperti aku ini, iaitu pemberian bantuan khas kewangan RM500 bagi kumpulan sokongan yg berusaha keras selama ini.Bayaran khas kewangan itu akan dibuat dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri tahun ni manakala bakinya pada bulan Disember sebelum budak sekolah daftar.Bantuan Khas ini rasanya bukan Bonus Perkhidmatan kerana tidak melibatkan kakitangan lain seperti guru-guru dan kumpulan Profesional. Lepas ni mesti kesatuan cikgu2 semalaysia akan minta jugak.. takcaya tengok la nanti..

lagi ulasan "Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam kumpulan ini terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan juga persediaan persekolahan pada hujung tahun ini," menurut kenyataan Kementerian Kewangan hari ini. Bagus betul PM ni..
Menurut kenyataan itu, pemberian bantuan khas berkenaan membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM430 juta kepada kerajaan. wahh..!! banyak tu nak sama budjet pelihanraya kecil..

apa-apa pun aku syok sgt dgn berita ni.. lepas ni boleh la aku tambah satu lg lens.. ops..!! bukan tambah calon isteri tau.. tambah lens je..
memg patut la kerajaan bg bantuan khas ni, sbb apa selama ni aku duk pangggkah kerajaan mana dapat duit, yg ni barulah nak dapt setelah 2 kali pilihanraya..

No comments:

Post a Comment

Dont worry be happy to comment..