Monday 25 July 2011

Tak kemana ke EGOan tu..


siapa kata aku ego.. sebenarnya aku memg ego sikit byk.. sbb tu aku sombong dgn rakan sekerja.. so jika ada yg aku tak tegur tu anggapla aku ego dan belagak.. tapi disini bukan nak cerita pasai ego sesiapa just nak share dgn kengkawan semua ttg tingkahlaku atau gelagat orang2 disekeliling kita..

kekadang meluat pun ada bila tengok org berlagak semacam ni.. cakap cam pandai.. tapi buat kerja hampes.. contoh terdekat diri aku ni.. cakap je pandai tp malas,haha.. cakap je nak buat ni nak buat tu.. tapi tak gerak pun, asyik edit ayat-ayat cinta je.. lepas tu bila ada kerja sikit buat-buat kelam kabut pastu merungut depan org.. memg best la perangai aku ni,haha..

so jika rasa diri tu bagus..!

jgn hanya berlakon je..!buktikan..!

jika rasa diri tu rajin..! buktikan..!

jika diri tu hebat..! buktikan..!

jgn asyik bg alasan je..!

renung-renungkan dan cermin diri..!

Sunday 24 July 2011

Kamera mode yang selalu digunakan..?

Abg pakai mode apa..? itu soalan yg ditanya oleh salah seorang student matrik time aku shoot utk majlis perasmian larian 1 malsyia dulu.. so secara tak sengaja aku membocorkan rahsia yg selama ni aku simpan,( rahsia ke..?)haha.. " abg pakai semua mode" tercengan budak tu.. cam na tu..? balas budak tu.. selapas tu mula la aku membebel dampai dia pun entah paham ke tidak,haha.. so kpd kengkawan semua takda mode yg tetap pada sesuatu majlis, semuanya bergantung kpd tuan dibelakg kamera itu sendiri.. jika rasa yakin serta mahir sila la guna full manual (bukan wajib).. jika tak yakin paham dulu funsi mode yg ada pada kamera kita..

MODE BASIC Full auto Mode(kotak hijau) - mode auto. yang mana semua tindakan adalah dikawal sepenuh nya oleh kamera dan sekiranya cahaya tidak mencukupi flash in buld akan berfugsi untuk menambahakan cahaya secara auto.. masa yg sesuai time malas nak ajust setting..

Portrait Mode - Dimana mode ini sesuai untuk mengambil gambar potret dan akan membuat latar belakang blur dan manusia akan difokus secara auto. ni bagus sbb subjek akan lebih menyerlah..

Landscapes Mode - Mode sesuai untuk megambil gambar pemandangan yang mana akan memberi fokus yang banyak untuk setiap gambar yang diambil secara auto.

Close-ups mode - Mode ini juga dipanggil mode macro. mode ini akan memfokus dengan jelas setiap objek yang diambil dan mmbuat bokeh pada latar belakang.>> jarang guna..

Moving Subject Mode - Untuk mengambil gambar bergerak, samada pemandangan ombak laut, kenderaan dan setiap objek yang bergerak.>> jarang guna..

Night Mode - Sesuai untuk mengambil gambar diwaktu malam dan akan memberi cahaya yang lebih supaya gambar diamabil nampak lagi jelas.>> lagi jarang guna..

Disabling Flash Mode - mode ini pula akan mematikan fungsi flash tidak kira pada waktu cukp cahya atau pun tidak.

ok dah paham ke.. apa yg mode kamera anda boleh lakukan.. jika rasa mudah je.. try guna mode dibawah pula..

P-Program - mode ini juga boleh kita panggil mode auto untuk shutter speed dan aperture. Shutter speed dan aperture akan dikawal secara auto loeh kamera dan hanya exposure sahaja yang dikawal secara manual

A- aperture priority - Shutter speed akan dikawal secara auto oleh kamera dan aperture akan dikawal secara manual. Cermin akan mengambil masa berada dihadapan sensor secara auto untuk menerima cahaya yang masuk. yg ni selalu aku guna time majlis outdoor yg memerlukn pergerakan yg kelam kabut.. contoh pertandingan memmancing di kolej aku ari tu..( namun perlu di ingat tak semesti mode ni yg sesuai.. apa pun terpulg pada indvdu itu sendiri..

S-shutter Priority - Pengawalan shutter speed secra manual dan aperture secara auto oleh kamera. Mode ini amat sesuai untuk mengambil subjek yg bergerak..contoh majlis larian 1 malaysia hari tu..

M- Full Manual
- Shutter speed dan aperture dikawal secara manual Mode ini sesuai untuk photographer untuk mendapatkan kelainan ketika pegambaraan mengikut kehendak photographer itu sendiri bagi mendapatkan hasil seni yg diinginkan..mode ini juga bergantung pada exposure metering dalam kamera itu sendiri sbg panduan kita..
bagi pengguna kanon sila lihat rajah mode diatas.
so leps ni boleh kengkawan semua try and erro semua mode ni.. yg penting kita kena tahu apa yg kita nak rakamkan dalam sesebuah gambar itu serta subjek yg mana yg hendak di tonjolkan.. jik tak caya tanya otai-otai.. sure depa tak habaq,haha..

jika takda kamera lagi tri yg ni dulu..

Saturday 23 July 2011

Follower setia

Semua orang tahu skrg tren berblog ni menjadi kegeliaan ramai pelajar dan pekerja pada masa lapang, namun kita jgn terlepas pandang tentang fonomena baru, tren gantung kamera DSLR dekat tengkok.. rasanya asal ada aktvt luar pasti nampak geng2 yg usung kamera DSLR ni.. tapi ari ni aku tak berminat nak cerita pasai fonomena ni, hari ni aku nar share tips pasai BLOGGER yg mempunyai pengikut yg setia... kepada anda semua jika belum jadi FOLLWER aku sila berbuat segera jika Blog ini berkualiti kpd anda serta mempunyai elemen spt dibawah..:-

Blogger Yang Berjaya mestilah..

1.Jadilah diri sendiri – Tak perlu terikut dgn cara org lain...

2. Kongsi pengalaman – Contoh jika anda p kenduri kahwin. BUkan ttg makanan yg perlu utarakan coba share ttg pengalaman yang ingin anda kongsi.

3.Fokus pada manfaat untuk pembaca. Artikel sekurang² boleh membantu dan memberikan nilai kepada pembaca. Focus on benefits, not features.macam aku more to share about DSLR n fotografi..(yea ke)

4.Menulis untuk manusia, Bukan mesin carian ( search engine ) – Pembaca blog yang berdedikasi adalah seorang manusia, jadi mereka tidak mahu ‘dimanupulate’ untuk kepentingan sebelah pihak. Memang lalu lintas trafik meningkat pada carian katakunci yang hot, tetapi mereka hanya datang dan pergi, bukan sebagai pembaca berdedikasi. Jangan membiarkan katakunci mengawal penulisan anda. Jika pembaca suka, mereka akan berkongsi di media sosial, blog, e-mel, dan bahkan dari mulut ke mulut. Itu adalah backlink berkualiti tinggi.

5.Bercakap dengan pengunjung – salah satu kaedah komunikasi sehingga pengunjung dapat membentuk hubungan dengan anda dan merasa seperti mereka membaca dari seseorang yang mereka kenal.(kena rajin komen la)

6.Gembira dengan blog. menikmati apa yang ditulis dan pengunjung juga. Have fun, and your blog will be fun – dan pembaca juga akan datang semula menjadi sebahagian dari identiti blog.

jika blog aku ada elemen spt diatasi sila la follow blog aku.. sbb aku baru letak gadget followwer ni, haha..jika tak nak follow, book mark pun takpa.. janji kita ada sejarah perkenalan.. janji setia..!

berfollow lah antara kita..!

p/s: esok aku nak cerita/share kenapa ramai remaja suka usung DSLR.. so kpd yg berminat fotografi sila follow blog aku ni,hehe..

Thursday 21 July 2011

Terharu..

"Selamat hari jadi" itu kata-kata yg pertama aku dengar pabila bangun dari tidur. wah..! terkejut + terharu pun ada.. mana tak nya ni firt time aku dengar orang bisikan di telingar aku,huhu terharu sgt.. thanks cik kiah.. (masa bujang dulu takdak org bisiskan,huhu)

inilah sebahagian keindahan berumah tangga.. saling ingat mengingati.. kepada kengkawan yang belum mendirikan rumah tangga coba fikir-fikirkn, ini adalah keindahan bila bergelar suami isteri.. jika belum mampu lagi kena perbanyakkan tabungan anda, moga cepat disatukan.. jika takdak calon lagi, rajin-rajin lah join outting photoshoot, mana tau kot-kot ada yg berkenan dihati,hehe.. tak caya tanya saupix ataupun along.. takdala aku gurau je..

ok.. jgn lupa hargai pasangan anda..

pecah kaca, pecah lah lens..
sudah baca, kena komens..


Pilih kasih..!

Berita sensasi ttg pilih kasih. tahukah anda bahawa nyamuk pun pandai pilih kasih.. aku ingakan orang je yg pandai pilih kasih.."dekat tempat kerja aku pun berlaku benda alah ni, " rupanya nyamuk pun pandai pilih gak,hehe..

ops..! nanti dulu jgn anggap aku ni coma nak gebang je.. kita baca atikel ni dulu baru kita paham.. sebenarnya nyamuk aedes berasal adalah dari Timur Asia. Mereka sampai ke sani melalui tayar-tayar buruk yang diimport (hati-hati dengan tayar buruk), ok jika nak sure lagi knp nyamuk suka pilih kasih (time nak gigik )sila baca atikel ni..

percaya atau tidak Nyamuk kekadang sering pilih kasih time nak menyerang orang-orang tertentu berbanding yang lainnya. Banyak teori yang menjelaskan hal ini. Salah satunya adalah penelitian dari Jonathan Day, profesor bidang medical entomology dari University of Florida. Menurut kajiannya, sekitar 20% orang adalah sasaran yang paling disukai nyamuk.

Ia juga menyatakan, ada dua hal yang membuat nyamuk tertarik untuk menggigit Anda. Yang pertama adalah faktor visual. "Nyamuk adalah binatang yang sangat visual, terutama begitu menjelang malam. Mereka biasanya akan mencari orang-orang yang berpakaian warna gelap, seperti hitam, biru tua, dan merah, biasanya akan jadi target utama," kata Day"

Faktor kedua adalah suhu tubuh. Orang yang memiliki suhu tubuh lebih hangat, seperti orang berbadan gemuk atau wanita hamil, biasanya lebih menarik nyamuk daripada yang suhu tubuhnya lebih dingin.

Hal lain yang juga menjadikan Anda sasaran utama bagi nyamuk adalah aroma tubuh. Menurut Joseph Conlon, seorang medical entomologist dan penasihat untuk American Mosquito Control Association, ada beberapa aroma tubuh yang biasanya disukai nyamuk, salah satunya yang dikeluarkan saat Anda baru bersukan.

Fakta menarik lainnya, beberapa jenis nyamuk gemar menyerang di bagian kaki karena tertarik akan aroma yang dikeluarkan oleh bakteria di area ini. Sementara ada juga nyamuk yang menyerang daerah kepala, leher, dan lengan karena area ini cenderung lebih hangat dan mengeluarkan aroma tertentu. so pesanan kepada anda semua jka nak tidur kena sapu minyak wangi atau pun minyak gamat,hehe..(gurau je..) janji kawasan persikitaran kita bersih sure nyamuk takda.. itu sbb islam menitik beratkan hal kebersihan.
p/s: jgn lupa lens alatan kamera kita pun kena bersih baru takda fungus..!
selepas guna letak dalam dry box..! n coba elakkan letak dikawasan yg kadar kelembapan ia tinggi..

Wednesday 20 July 2011

85% daripada kejayaan anda bergantung pada orang..?

85% kejayaan anda bergantung pada orang lain. Oleh itu,tentukan siapakah “orang lain” itu!

Saya pasti anda kenali muli-millionaire Robert Kiyosaki. Dalam salah satu temuramahnya, Kiyosaki mengatakan bahawa dirinya ingin menjadi amat kaya, oleh itu beliau bergaul dengan billionaires!

Begitu juga motivator Anthony Robbins mengatakan dirinya merapati orang-orang yang lebih berjaya daripadanya dan lebih bermotivasi dari dirinya.

Dalam menentukan bulatan kenalan anda, anda perlu memilih sedikit.

Bukan bererti tidak kawan dengan sesetengah orang! Tetapi, dekati juga mereka yang lebih berjaya daripada anda, baca kisah-kisah mereka yang berjaya dan aplikasikan apa yang dapat dipelajari daripada bulatan kenalan anda yang berjaya.

Sekali lagi saya ulangi statistik… 85% kejayaan anda bergantung pada orang lain. Oleh itu,tentukan siapakah “orang lain” itu!

atikel ini aku ambil dari web irfankhairi.. so kepada blogger-bolegger dan photographer-photographer dekati orang berjaya..


p/s :amaran dekat aku tak boleh bergantung,huhu..

Tuesday 19 July 2011

inilah kerja aku seharian..?


salam semua.. hari ni aku takdak mod nak cerita pasai kamera.. pasai apa..? aku ada banyak kerja yg tak siap lagi.. so ari ni aku nak buat kerja.. firt kena siap sebahagian projek pameran utk bulan kemerdekaan tahun ni, kerana bos aku dah minta.. katanya "nak lampirkan skali dalam kertas kerja" so nak tak nak kena cari bahan utk projek ni la.. dlm hati"aku baru duk plan, dah kena buat" second nak buat label pada rak CD (ni pun tak siap lagi..) third nak lekat paper cuting..( yg ni dah seminggu aku tak usik)

"BULAN KEMERDEKAAN" ini yg aku duk pikir skrg.. nak siapkan juugak benda alah ni.. jika tak, balik rumah pun tak tenang..janji siap..! kepala pun dah berat nak taip pun malas.. ptg satgi kena turun padang pulak,nasib-nasib..!

p/s: pesan kawanku > kerja mesti kena bodek baru bos sayang..
p/s: pesan aku > go to hell..

Sunday 17 July 2011

Apa itu Prime lens..?


ok...prime lens tu ialah lens dgn fix focal lenght. Contohnyer...20mm,50mm, 90mm, 100mm,180mm,200mm, 300mmdll, ia berbeza ngan lens yg focal lenght yg boleh ubah seperti 18-55mm, 70-200mm, 100-400mm atau 18-200mm. senang citer lens ni tak boleh nak ubah zoom dia..(atau bahasa buka dia focal length tetap) jika nak ubah pun boleh tapi kena manual la.. maksudnya kita sendiri kena ubah jarak kedudukan dgn subjek yg ingin kita potretkan.. tak caya tanya OTAI..!

Kebiasaanya prime lens ni lebih sharp(tajam) dan sangat baik kualitinya berbanding zoom lens tetapi agak mahal (tak semua mahal)oleh kerna itu teman cumamampu ada satu prime lens iaitu nikkor 50mm f/1.8. ia cukup menerujakan bila beraksi.. tak caya bukan tanya OTAI tapi kena try.. 50mm f1.8 juga dikenali sbg standard lens dan antara prime lens yg bagus, sharp dan tak mahal. kebiasanya prime lens mempunyai Aperture yang sangat besar, ia sgt menbantu dalam keadaan low light.. akan datg teman akan upload contoh gambar dr 50mm 1.8..

skrg takyah isau pasal motor pada lens kerna dah ada 50mm1.8 yg bermotor..
jgn lupa buat undian dibawah...

Saturday 16 July 2011

Apa beza kitlens 18-55,f3.5-f5.6 dengan 17-55 , 2.8..?



First sekali, kita kena faham macamana lens direka/design. contoh kitlens 18-55 mempunyai element yang sangat sedikit kalau nak dicomparekn dengan 17-55. Sebab, 17-55 memerlukan BANYAK element untuk mengekalkan bukaan Aperture 2.8, manakala kitlens tak mampu untuk mengekalkan Aperture yang constant. sama juga macam harganya perbezaan amat ketara.. tak caya try skodeng dekat shashinki..

Diameter filter atau dalam bahasa fotografi dipanggil Lens Barrel, iaitu saiz binaan lens. Panjang fokus atau focal length ni semuanya adalah kanta. Kalau kamu faham macamana focal length ni berfungsi untuk zoom lens, maka kamu akan faham kenapa lens yang bukaan Apertura yang luas(contoh f2.8) mempunyai lens barrel yang sangat besar.dan lens 18-55 f3.5mempunya lens barrel yg kecil sedikit, utk makluman Lens barrel takde kena mengena dengan nilai Focal Length yang luas. so jika tengok lens yg besar kedabak bukat bermakna lens itu mempunyai focal length yg luas atau bahasa yg mudah kita faham adalah “wide”
jika tak caya coba kaji kenapa 50mm F/1.8 lebih kecil dari 50mm F/1.4 . Dan kenapa lens barrel nya sgt besar, padahal kedua-dua lens ni mempunyai focal length yang sama.. kan?


kesimpulannya jika minat kita kepada bukaan Aperture yg luas maka sila lah guna lens yg mempunyai F number yg kecil,perlu diingat bukaan Aperture yg luas membantu dalm mengambil gambar pada suasana yg agak kelam “kurang cahaya” tapi tak bermakna kitlens 18-55 itu tak boleh mengambil gambar pada keadaan yg kelam, sebagai altenatif kita naikan ISO atau menggunakan bantuan Speedlight( flash) semua ini bergantung kepada cara kita ingin mennonjolkan sesuatu sugjek yg ingin kita potretkan..

aku ingin syorkan bagi yg tak berkemampuan utk membeli lens yg mempunyai bukaan Aperture yg luas, kita boleh beli lens yg third party contohnya lens Tamron 17-50 f2.8 hasil kualitinya tak kurang hebatnya berbanding lens 17-55 f2.8 nikkor.. apa-apa pun tepuk kocek dulu,hehe...

Friday 15 July 2011

Jenis-jenis lens


Lens amat penting pada sebuah kamera. Lens mesti bersih dari debu dan kesan calar. Oleh itu penjagaan lens perlu diutamakan. Elakkan dari terkena fungus dan wap air.

Jenis - Jenis Lens:

Berikut ialah jenis-jenis lens.

a. Wide Angle Lens
b. Standard Lens
c. Telephoto Lens
d. Zoom Lens

a. Wide Angle Lens - Merupakan Lens yang membolehkan kita mengambil gambar pada sudut yang luas. Dalam ketogeri ini, Wide Angle terbahagi pula kepada Super Wide.
Berikut ialah jenis Lens Wide Angle.

16mm, 18mm, 20mm, 24mm, 35mm dll, namun kebiasaan yg kita selalu tengok seperti lens dibawah..

Jika lebih kecil angkanya bermakna lebih luas bukaan sudut pandangannya. Namun perlu diingatkan sudut yang luas akan memberi kesan lengkung.

b. Standard Lens - Ialah lens yang boleh mengambil gambar mengikut pandangan mata manusia. Lens ini amat sesuai untuk mengambil gambar-gambar potret Contoh: 50mm, 55mm, 70mm dll.


c. Telephoto Lens - Ialah lens yang memiliki sudut pandang yang sempit. Ia amat sesuai untuk mengambil gambar pada jarak yang jauh. Telephoto Lens juga berperanan untuk crouping gambar.

Contoh Lens: 135mm, 200mm, 300mm,500mm, 1000mm dll.


d. Micro Lens - Ialah lens yang boleh merakam gambar pada jarak dekat untuk keperluan gambar-gambar mikro atau close-up. Lens ini memiliki angka seperti yang terdapat pada Lens Standard dan Telephoto.

Contoh: 55mm, 105mm, 200m ll.

Lens 55mm boleh merakam gambar pada jarak dekat. Lens 105mm dan 2000mm boleh merakam gambar mikro pada jarak jauh.


e. Zoom Lens - Ialah lens yang menggabungkan beberapa ciri lens yang tersenarai diatas. Ini bermakna, dalam satu lens terdapat dua atau tiga sudut len.kebiasaan kita panggil (kitlens) namun begitu byk zoom lens yg kita jarang tengok, bagi penjual kamera lens yg biasa disertakan pada lens adalah seperti gambar dibawah..

Contoh: 25mm - 55mm, 70mm -135mm, 80mm -200mm dll.


Pada sebuah lens terdapat fungsi-fungsi berikut.

a. Focusing Ring
b. Aperture

a. Focusing Ring - Peranan Focusing Ring ialah untuk mencari jarak yang tepat agar gambar tidak kabur.

b. Aperture - Ialah alat bukaan lens yang juga dikenali sebagai f/stop. Tanpa f/stop gambar tidak terhasil dengan baik. f/stop membantu menapis kemasukkan cahaya ke filem. Lobang f/stop yang besar ditanda dengan angka kecil. Manakala f/stop yang kecil diwakili oleh angka yang besar. f/stop juga menpengaruhi D.O.F.(apa itu D.O.F sila baca atikel sblumnya..)

muat turun ebook fotografi.. utk mendapat lebih tips dan fungsi Lens..

Thursday 14 July 2011

Tips kerja tanpa stress..




Bila kita tidak mencintai pekerjaan kita, maka cintailah orang-orang yang bekerja bersama kita. Rasakan kegembiraan bersama rakan sekerja. lantas kerja kita pun jadi seronok. "betul tak..!

Bila kita tidak mencintai teman sekerjakita, maka cintailah pejabat dan suasana tpt kerja kita. Ini akan memotivasi kita utk pergi berkerja dan melakukan pekerjaan dengan lebih bersemangat.

Bila ternyata kita tidak mampu melakukannya, cintai perjalanan pulang pergi dari dan ke tempat kerja kita. Perjalanan yang menyenangkan akan menjadikan tujuan perjalanan pergi balikkita rasa seronok.

Tapi jika kita tak menemukan keseronokkan di perjalanankita ,maka cintai lah apapun yang mampu kita cintai dari tempat kerja kita. maka coba cintai hiasan di meja kerja, atau burung-burung yang beterbangan di luar sana. Apa saja !

Jika tidak juga menemukan sesuatu yang mampu anda cintai dari kerja kita, kenapa kita masih di situ??? Cepat pergi dan carilah apa yang kita cintai, lalu bekerjalah di sana. Hidup cuma sekali. Tak ada yang lebih indah selain melakukan sesuatu dengan cinta yang tulus.




p/s: amaran jgn ponteng kerja sudah la.. jka nak kerja tempat lain make sure kerja yg baru tu dah dapat..

Wednesday 13 July 2011

Tip-tip untuk mengawal Exposure

Tip-tip untuk mengawal Exposure

Kecerahan/kegelapan latarbelakang akan mempengaruhi keseluruhan exposure gambar, berhati2 dengan latar belakang yang terlalu gelap atau cerah. Sebaiknya latarbelakang perlu gelap sedikit dari subject utama atau cerah sedikit sahaja.

Apabila mengambil gambar subject yang gelap, lihat kawasan terang yang akan menjadi overexpose.

Gunakan fill flash apabila tone latarbelakang terlalu tinggi berbanding tone subject untuk mengelakkan silhouette.

Eksperimen dengan backlighting dan silhouette. Silhoutte di ambil untuk menerangkan shape sesuatu subject, kadangkala silhouette boleh di gunakan untuk menerangkan perbuatan sesuatu subject tanpa menunjukkan siapa subject.

Gambar terbaik tidak semestinya ‘sempurna’ dari segi exposure. Jurugambar yang baik mampu menjadikan gambar mengikut kecerahan/kegelapan yang beliau inginkan.

Tuesday 12 July 2011

Kemana Arah Tuju Kita..?


."You Stop Learning, You Stop Growing," Apa maksudnya , kita tertanya, 'Mengapa kita harus mengembangkan diri?' Untuk apa kita mematangkan cara berpikir, memperbaiki tindakan, mengawal perasaan dan emosi, mengawal kemahuan, dan memperbaiki cara membuat keputusan kita? Untuk apa kita menambah dan mengasah minda kita?

Jawaban biasa kita dengar adalah karena kita mempunyai tujuan hidup. Kita ingin mencapai sasaran hidup kita. ada orang yang menginginkan kekayaan, kehormatan, keturunan yg banyak dan popular. Ada yang menginginkan cinta kasih.' Hampir setiap orang mempunyai tujuan hidupnya masing-masing dan tanpa itu, tidak jelas arah hidup hendak ke mana.
Pentingnya sasaran hidup ini pernah saya dengar pada sebuah seminar bisnis multi level marketing. Saya diajak menghadiri presentasi pertemuan itu. Pemceramah ketika itu adalah orang yang sudah berjaya di bisnis itu dan masih memegang jawatan tinggi pada salah satu Syarikat terkenal di Kuala Lumpur. Pada awal ceramahnya, ia bertanya kepada ratusan peserta yang datang. "Apa sasaran hidup Anda?" Dia kemudian menunjukkan beberapa illustrasi dengan bantuan slide projektor. Ia mengajukan beberapa pertanyaan, "Apakah Anda ingin punya rumah besar? Apakah Anda ingin punya kereta besar? Apakah Anda ingin bercuti ke luar negara? Apakah Anda ingin anak Anda berlajar di luar negera?" Apakah Anda ingin waktu yang bebas? Apakah Anda ingin punya wang yang banyak? Apakah Anda ingin punyawang cukup untuk biayai pengubatan Anda?" Hampir semua peserta yang hadir mengangguk. Pemceramah kemudian mengajukan satu lagi pertanyaan, "Apakah ada yang tidak ingin hal-hal yang baru saya sampaikan?" Tidak ada yang angkat tangan.

Adanya tujuan hidup membuat kita semangat bekerja. Kita mempunyai motivasi dan tenaga untuk menjalankan hidup kita sehari-hari. Semakin tinggi sasaran hidup kita semakin besar motivasi kita. Sebaliknya, semakin rendah sasaran hidup kita semakin kecil motivasi kita. Tanpa sasaran hidup kita akan kehilangan motivasi; kita kehilangan gairah. Ibarat kapal di laut tanpa nakhoda, arah hidup kita tidak jelas mau ke mana.
"Apa tujuan hidup kita? Apa sasaran hidup kita?" Semoga Anda memilikinya. Jika belum, cobalah membuat sasaran hidup Anda. Moga anda jadi insan yang ada hala tuju, didunia dan akhirat nanti.



Monday 11 July 2011

Memahami Apa itu Aperture ..?



Salam semua, hari teman nak citer pasai apa itu fungsi aperture..?

Definisi aperture mengikut istilah buku adalah ukuran berapa besar lens kita terbuka (bukaan sensor atau tertingkap yg berada dalam lens tu) ketika kita mengambil gambar.

ketika kita menekan shutter, lubang di depan

sensor kamera kita akan membuka, maknanya setting

aperture yang menentukan seberapa besar lubang ini terbuka. Semakin besar lubang terbuka, makin banyak jumlah cahaya

yang akan masuk terbaca oleh sensor. coba amati gambar dibawah dan cari apa perbezaannya..?

gambar kiri : f-5.6 gambar kanan : f 2.8

haaa.. paham tak apa itu aperture? pada pendapat hampa gamba mana yg lebih menarik..? sudah tentu yg belah kanan tu.. sbb ia ada point of view..ini kerana latar belakarnya menjadi kabur..

sambung lagi.. Aperture atau bukaan dinyatakan dalam satuan f-stop. Sering kita membaca istilah bukaan/aperture 5.6, dalam bahasa fotografi yang lebih biasa dinyatakan sebagai f/5.6. Seperti diungkap diatas, fungsi utama aperture adalah sebagai pengendali seberapa besar lubang didepan sensor terbuka. Semakin kecil angka f-stop berarti semakin besar lubang ini terbuka (dan semakin banyak volume cahaya yang masuk) serta sebaliknya, semakin besar angka f-stop semakin kecil lubang terbuka


Jadi dalam erti kata lain, setting aperture f/2.8 berarti bukaan yang jauh lebih besar dibandingkaan setting f/22 misalnya . Jadi bukaan lebar berarti makin kecil angka f-nya dan bukaan sempit berarti makin besar angka f-nya.

ok dah paham ke belum ni.. ok eesok teman akan ceritakan pula apa itu kaitan aperture dgn D.O.F... tunggu..

Sunday 10 July 2011

Light Trail, slow shutter, low light



Apabila merakam foto menggunakan slow shutter sekitar 1 second atau lebih perlahan, kita boleh mendapatkan kesan jalur cahaya (light trail) di dalam foto yang dirakam apabila terdapat kenderaan dengan lampu dinyalakan bergerak di hadapan kamera kita. Foto sebegini sesuai dirakam pada waktu malam atau lebih baik lagi jika dirakam pada waktu senja kerana pada waktu senja, kita masih boleh mendapatkan warna biru pada langit.

Oleh kerana foto ini dirakam menggunakan slow shutter, kita perlu meletakkan kamera pada permukaan yang stabil untuk mengelakkan gegaran pada kamera. Lebih mudah lagi jika kita mempunyai tripod untuk tujuan ini.

Apabila merakam foto dengan slow shutter, elakkan dari menekan shutter release button dengan jari anda bagi mengelakkan gegaran pada kamera. Gegaran pada kamera ini boleh mengakibatkan foto anda menjadi kabur. Untuk ini, anda boleh gunakan self timer bagi merakam foto atau lebih baik lagi jika anda menggunakan wireless remote untuk merakam foto tanpa menyentuh kamera anda.

Saya merakam foto di atas di sebuah selekoh jalan di Cameron Highlands pada waktu senja. Saya merakam lebih kurang 20 keping gambar bagi mendapatkan foto terbaik. Untuk mendapatkan kesan light trail yang baik, kita perlu menunggu kenderaan yang sesusai melintas di hadapan kamera. Adakalanya light trail yang dihasilkan tidak begitu menarik kerana terlalu banyak kenderaan atau terlalu kurang kenderaan lalu di hadapan kamera kita. Jadi, kita perlu menunggu masa yang sesuai dan merakam banyak foto.

Untuk foto di atas, setting yang digunakan adalah seperti berikut:

  • ISO 100
  • Aperture f/13
  • Shutter speed 15 seconds

Setting yang dinyatakan hanyalah sebagai info dan panduan. Anda perlu ubahsuai setting anda berdasarkan keadaan pencahayaan dan setting lain yang digunakan semasa anda merakam foto anda nanti.

Diharap tips ini dapat membantu atau memberi inspirasi kepada anda untuk merakam foto dengan light trail. Fikirkan lokasi menarik untuk anda rakam foto sebegini dan cuba rakam foto light trail atau night scene anda sendiri. Selamat mencuba!

2 aksesori penting yang perlu anda guna bagi merakam foto sebegini ialah tripod dan wireless remote.

sumber : http://www.fototeacher.com/blog/category/tips/
creadit to Hasnuddin Abu Samah

Saturday 9 July 2011

Tips Untuk Mendapatkan Bokeh




BOKEH, satu perkataan yang begitu asing bagi saya pada satu ketika dulu, masa zaman filem jarang saya mendengar perkataan ni. Bokeh sering menjadi sebutan di kalangan generasi baru ataupun generasi Kamera Digital sekarang ini. Bokeh sebenarnya berasal dari Negara Matahari Terbit, ianya berasal dari perkataan Jepun “Boke” yang bermakna “kabur”. Dalam bahasa yang mudah di fahami BOKEH merujuk kepada kawasan gambar yang kabur, yang tidak jelas dalam gambar sebagaimana contoh gambar di atas di mana latarbelakang gambar tersebut tidak jelas kalau nak dibandingkan dengan wajah anak saya yang jelas kelihatan.

Untuk pengetahuan semua, gambar di atas dirakam menggunakan Lensa 50mm dan “Blur” atau Bokeh dalam gambar tersebut adalah yang asli “Original”, ianya bukan Bokeh yang dibuat-buat di dalam Photoshop. Apa yang saya edit dalam Photoshop hanyalah “cropping” dan mengubahsuai warna gambar sahaja.



Panjang pulak saya bercerita, bila nak bagi tips ni? Harap bersabar jangan gelojoh. Senang ceita macam ni, seperti mana yang saya beritahu gambar ini di rakam dengan menggunakan Lensa 50mm yang harganya tidak semahal lensa 70-200mm. Lensa 50mm yang saya gunakan ini hanya berharga RM400 termasuk dengan filter UVnya sekali. Lensa yang saya gunakan ini (gambar atas) 50mm F1.8 tetapi saya menggunakan aperture F2 untuk rakaman gambar ini.

Tips Pertama yang perlu kita tahu atau guna untuk mendapatkan Bokeh ialah dengan menggunakan Aperture atau bukaan yang besar, seperti f1.8 atau f2.8. Nak guna f4 pun boleh tetapi sebaiknya gunakanlah Aperture yang besar atau bukaan yang besar, yang biasa saya guna ialah f2 atau f2.8 walaupun lensa yang saya gunakan adalah f1.8. Kalau kita gunakan bukaan f4, Bokeh yang terhasil tidaklah secantik Bokeh yang terhasil dari bukaan yang lebih besar iaitu f2 atau 2.8. Kalau kita guna Aperture kecil seperti f8 atau f22, jangan haraplah nak dapat Bokeh, biasanya untuk Potret, jarang orang guna aperture f8 atau f22 kecuali kita nak satu badan “Sharp” atau Tajam, dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Untuk lebih senang faham lagi, beginilah, lebih besar Aperture yang kita gunakan, maka lebih kabur bahagian yang terkeluar dari kawasan yang menjadi tumpuan “Fokus” kita. Sebagai contoh dalam gambar di atas, fokus saya adalah pada anak saya, dan sekiranya semakin besar aperture yang saya gunakan, maka semakin kabur latar belakang gambar tersebut.

Tips Kedua yang perlu di beri perhatian adalah latar belakang itu sendiri, saya sengaja memilih Petaling Street dan sengaja memilih lokasi atau sudut yang mana penuh berwarna warni kerana saya boleh bayangkan hasilnya bila latar belakang tersebut dikaburkan dengan menggunakan Aperture atau bukaan lensa yang besar. Kalau diperhatikan dalam gambar di atas, saya sengaja menunggu orang yang sesuai untuk “Inter frame” dalam gambar. Maksud saya dengan “orang yang sesuai” itu ialah, saya menunggu orang yang memakai “warna pakaian yang sesuai” sebenarnya. Bayangkan kalau orang dalam latar belakang tersebut memakai pakaian berwarna hitam, maka kurang cantik bagi saya hasilnya. Begitu juga sekiranya orang tersebut memakai pakain serba putih, dari baju hinggalah ke seluarnya berwarna putih maka, ianya akan menjadi satu gangguan ataupun boleh menghilangkan tumpuan orang kepada wajah anak saya. Jadi saya menunggu “warna” yang sesuai dan di Petaling Street ni kita tak perlu tunggu lama pasal memang ramai orang yang lalu lalang dengan pakaian yang berwarna-warni.

Tips Ketiga pula, kita kena pastikan jarak antara subjek dengan latarbelakang berada agak jauh, lagi jauh jaraknya dengan subjek, lagi bagus, lagi jauh jaraknya dengan subjek, lagi kabur latarbelakang tersebut dalam gambar sekiranya kita menggunakan Aperture atau bukaan yang besar seperti f2 yang saya gunakan untuk gambar di atas. Jarak anak saya dengan orang yang berjalan tu lebih kurang sepuluh kaki macam tu. Senang cerita, lagi jauh lagi bagus untuk dapatkan Bokeh yang lazat berkrim orang kata. Ingat, jarak subjek kita dengan latarbelakang biar jauh, lagi jauh lagi bagus.

Lagi satu, untuk hasil Bokeh yang bagus sebaiknya jarak antara Lensa Kamera kita dengan subjek biarlah dekat, lagi dekat Lensa kamera kita dengan subjek, lagi cantik Bokeh yang terhasil. Kalau kita nak ambil Potret dari bahagian kepala hingga ke paras dada sahaja, ada baiknya kita frame siap2 dalam kamera untuk dapatkan bahagian itu sahaja dan bukannya “Crop” kemudian dalam kamera. Maksudnya masa kita rakam tu, frame elok2. Kalau kita ambil full body, dari hujung kepala hingga hujun kaki, Bokehnya memang kurang cantik kalau nak dibandingkan kalau kita ambil gambar separuh badan sahaja dengan jarak latar belakang dari subjek yang sama. Kalau kita ambil gambar full body dan nakkan Bokeh yang menarik, pastikan jarang latar belakang 2,3 kali ganda jauhnya dari apa yang saya nyatakan di sini.

Kalau kita biasa tengok gambar bola sepak, mungkin ada yang bertanya, “bang jarak lensa photographer dengan pemain jauh bukan dekat tetapi kenapa latar belakangnya blur habis, cantik Bokehnya”?. Jawapannya kerana jarak antara pemain bola sepak tersebut dengan latar belakangnya, atau penonton di belakangnya jauh, entah berapa puluh kaki dari pemain di padang, sebab itu latar belakangnya cantik, Bokehnya menarik.

Tips Keempat yang boleh di katakan antara yang terpenting adalah pemilihan “Shutter Speed”. Pastikan kita menggunakan Shutter Speed yang pantas atau laju, kerana sia-sia sahaja kita menggunakan Aperture atau bukaan yang besar dan jarak latar belakang yang cukup jauh dari subjek tetapi kita menggunakan kelajuan Shutter yang perlahan, sebagai contoh kita menggunakan Shutter speed 1/30 atau 1/20 atau lebih perlahan lagi. Sering saya dapat email orang bertanya, “bang kenapa bila saya guna lens 50mm, gambar saya banyak blur, tidak sharp”? Saya rasa punca utamanya adalah mereka menggunakan kelajuan Shutter yang rendah. Kita fokus memang dah “Sharp”, dah tajam tetapi oleh kerana kelajuan Shutter yang kita gunakan tidak cukup laju maka semasa kita menekan punat Shutter Speed, ada kemungkinan besar fokus lensa pada subjek utama “lari” sedikit kerana semasa kita menekan Shutter, kamera akan “bergoyang” atau “senget” sedikit mungkin ke kiri, ke kanan, ke atas atau ke bawah menyebabkan kawasan yang pada mulanya tajam atau “sharp” menjadi kabur.

“Bahayanya” menggunakan Aperture yang Besar seperti f1.8 atau f2 ialah kalau kamera kita goyang sedikit sahaja semasa kita memetik shutter maka, ada kemungkinan kawasan yang kita fokus “Sharp” tadi menjadi kabur kerana titik fokus telah lari. Kecuali kalau kita guna tripod, tetapi jarang sangat kita ambil gambar orang di tempat terbuka seperti ini menggunakan tripod.

Jalan penyelesaiannya ialah dengan menggunakan kelajuan Shutter Speed yang tinggi. Kalau kita guna lens 50mm, ada baiknya gunakan kelajun Shutter 1/100 dan ke atas, lagi laju lagi bagus, tapi ini bergantung juga dengan keadaan lokasi dan lighting di kawasan tersebut. Kalau kawasan tu gelap, kurang cahaya, macam mana nak guna shutter laju kan?. Senang cerita, carilah kawasan yang terang atau naikkan ISO tetapi ada Pro dan Kontranya. Untuk gambar di atas saya menggunakan kelajuan Shutter 1/800. memang laju macam nak ambil gambar orang berlari tetapi itulah yang sebaiknya bila kita menggunakan Aperture yang besar.

Saya mintak maaf, kalau saya menggunakan bahasa rojak atau bahasa pasar di sini, saya tak pandai nak mengarang dan kalau nak edit setiap patah perkataan supaya berbunga-bunga, bermadah pujangga, rasanya makan tahun nak siap. Bagi saya yang penting apa yang nak saya sampaikan, saya harap anda semua terutamanya orang yang baru berjinak-dengan dengan dunia fotografi ini faham dengan mudah dan kalau ada sebarang pertanyaan, boleh salurkan melalui ruangan komen yang disediakan. Saya akan edit balik entry blog ni dari masa ke masa tanpa lari dari tajuk asal. Tujuan edit tu supaya bahasanya tersusun sedikit, takdelah macam karangan budak sekolah rendah…

Selamat belajar…

kreadit info to sifu wazari wazir

Ralat: gambar yg dimaksudkan oleh wazari tidak dapat dipapar kerna masalah teknikal so aku ganti dgn gambar lain
dan atikelnya juga ada yg dipotong
harap maaf..

Friday 8 July 2011

Teknik Fotografi & Fungsinya



Teknik Fotografi & Fungsinya

Fotografi bukan hanya tentang kamera. fotografi adalah seni bermain dengan cahaya. Tanpa adanya cahaya, maka mustahil fotografi itu ada. Menghasilkan sebuah gambar yang bagus, harus memiliki kemahiran asas(basic) yang kuat dalam hal ‘melihat’. Memperhatikan cahaya, komposisi dan moment adalah hal-hal yang penting untuk diperhatikan dalam membuat foto yang dapat dikategorikan ‘bagus’.

Namun, agak mustahil memdapatdan menghasilkan foto seperti itu jika tidak mengenal dan memahami asas dan teknik fotografi secara asasnya. Fotografi memang bukan segalanya tentang kamera, namun kamera adalah alat untuk menrealisasikan visi kita itu. Maka, sekiranya perlu mengenal dan memahami bagaimana kamera bekerja.

Tugas utama dari kamera adalah mengatur kadar cahaya yang masuk dan pada akhirnya mengenai film/sensor. Apabila, kamera mengizinkan terlalu banyak cahaya yang masuk maka medium akan terbakar (overexposed). Dan sebaliknya. Bagaimana agar cahaya yang masuk itu tidak berlebih dan tidak kurang, atau dengan kata lain ‘pas’. Berikut saya jabarkan satu-satu.

Aperture
Atau yang sering juga disebut dengan difragma atau bukaan lensa adalah berfungsi untuk mengatur seberapa besar lensa akan terbuka. Fungsi ini lebih tepatnya terletak pada lensa. Logikanya, semakin besar bukaannya, maka akan semakin banyak cahaya yang akan masuk.


Efek ketajaman dari Aperture
Seperti obat batuk yang memiliki efek sampingan, begitu juga dengan aperture. Efek sampingnya adalah semakin besar bukaan lensa, maka akan semakin kecil daerah fokusnya. Dan sebaliknya. Daerah fokus inilah yang biasa dikenal dengan DOF (Depth of Field).

Shutter Speed
Atau yang biasa disebut juga dengan speed atau kecepatan rana bertugas untuk mengatur berapa lama mirror terbuka lalu menutup kembali untuk membatasi berapa banyak cahaya yang akan masuk.


Efek dari Shutter Speed
Semakin cepat shutter speed, maka akan gambar akan semakin terlihat diam (freeze). Dan sebaliknya, apabila speed terlalu lamban gambar akan terlihat blur ini kerana gerakan yang terlalu cepat, sehingga objek terlihat bergerak sangat cepat.


ISO atau ASA
Adalah tingkat sensitifitas medium dalam menerima cahaya. Semakin tinggi nilainya, maka akan semakin tingkat sensitifitasnya. Ertinya, apabila kita merubah nilai ISO atau ASA ini menjadi lebih tinggi, sedangkan aperture dan speednya tidak diubah, maka medium akan menerima cahaya lebih banyak. Dan sebaliknya.

Efek Samping ISO atau ASA
ISO adalah tingkat sensitifitas sensor (medium), sedangkan ASA adalah tingkat sensitifitas film (medium), jadi perbezaannya hanya dimediumnya saja. Tapi logikanya sama. Kecuali efek sampingnya. Dimana apabila menggunakan film ASA tinggi, maka gambar akan terlihat grainy (berbentuk titik kecil namun banyak). Sedangkan penggunaan ISO tinggi akan menghasilkan noise, namun demikian kecanggihan teknologi skrg membolehkn ISO ditinggikn sehingga yg mampu dihander oleh kecanggihan kamera itu..

namun perlu diingat semakin tinggi ISO maka semakin tinggi kebarangkalian Noise atau titik-titik kecil akan muncul..

P/s: Mahirkan diri dgn teknik pengawalan Speeed, Aperture dan ISO maka anda akan mendapat gambar yg tak over dan tak under, ok jika tak paham jugak rajin2 join outting.

Thursday 7 July 2011

21 Tips Tangkap gambar (frame)


Komposisi (FRAME) dalam bidang seni adalah ibarat selera akan makanan, semua kembali ke Idea masing-masing. Namun begitu, ada beberapa panduan tertentu yang boleh digunakan.

21 tipsasas komposisi untuk fotografi berikut dicari dari pelbagai sumber tulisan serta buku fotografi dan semoga pembaca boleh menambah atau menguranginya dengan mengisi komenr di akhir tulisan. TIPS ini bukan aturan tapi panduan,"senang citer nak ikut takpa tak ikut pun takpe janji kreatif" karena sekali lagi komposisi adalah masalah selera masing2.contoh pertama dibawah ni dan selanjutnya..

  • Tarik perhatian ke arah subjek utama dalam foto. Manfaatkan warna, bentuk, cahaya atau garis supaya foto nampak kuat dan menarik perhatian2918681424_4ebd1a42dc_m

  • Sederhana, makin sederhana susunan foto anda makin kuat kesan yang ditimbulkan 853806749_b775c85369
  • Kurangi elemen yang tidak seirama. Jika menurut anda ada elemen tertentu yang tak ikut irama dan keharmonisan foto( senang citer background berserabuk la), singkirkan – tutup – atau pindahkan sudut lain supaya elemen tersebut hilang istock_000009494535small
  • Penuhi seluruh isi frame dengan objek utama. Kadang foto yang kuat kesannya adalah foto yang tanpa background sama sekali istock_000010211189xsmall
  • Jangan biarkan ruang kosong mendominasi foto 3909629229_bce2a169b5_m
  • Cek daerah disekitar garis frame, jangan biarkan ada tangan, kaki atau bagian penting objek terpotong tanpa alasan kuat
  • Maksimakan penggunaan point of view (titik pandang) yang menarik, jangan melulu memotret dari depan subjek istock_000003706484xsmall
  • Jangan lupa rule of third. Tarik garis imajiner yang membagi foto menjadi 9 bagian sama besar. Tempatkan objek utama di persimpangan garis-garisnya2958127042_a5f79e9b29_o
  • Saat memotret orang, usahakan selalu agar mata berada diatas garis tengah foto istock_000003558969xsmall
  • Bahagian paling terang dalam foto adalah bahagian yang paling kuat perhatian mata. letak objek utama disana Sandcastle on Morro Strand State Beach, with Morro Rock visible in background, after sunset 24 Aug 2009
  • Background lah yang memperkuat kesan. Jadi jangan biarkan background mematikan obyek utama. 2985066755_a23e402f28_m
  • Tangkap secara horizontal memperkuat kesan lebar dan secara vertikal memperkuat kesan tinggi
  • Tajamkan mata untuk mengenali pola yang berulang, manfaatkan 22348414_9769281ba9_m
  • Tajamkan mata untuk mengenali pola simetri, manfaatkan 350058516_10387c7459_m
  • Leading line dan kurva-S selalu menyenangkan dilihat istock_000011126150xsmall
  • Untuk tangkap gambar kanak-kanak, paraskan. Sejajarkan kamera dengan mata mereka

    DSC_3897b

  • Hindari meletak titik perhatian tepat ditengah-tengah foto
  • Hindari meletakkan garis horizontl tepat di tengah foto, usahakan horizontl ada di sepertiga atas atau bawah


  • Jangan biarkan garis horizontl menyemak bahagian objek yang penting
  • Cek, cek dan cek lagi sebelum tekan shutter. Pastikan apa yang tampak di viewfinder sesuai keinginan anda
  • Akhir sekali jangan lupa praaktikan.