Tuesday 21 October 2008

avoid couple

aku tertarik dengan gambar disebelah ni.. gambar dihasilkan oleh budak matrik kmpp utk kempen avoid couple.. apa pandangan kengkawan bila lihat poster ni..? sejujurnya aku tertanya-tanya dlm fikiran aku, adakah kempen macan ni ada dianjurkan oleh badan-badan NGO..?? maksud aku pernahkah dalam negara malaysia tercinta ini ada kempen avoid couple. bunyinya mgkin agak pelik tetapi itu lah realiti sekarang ni, couple atau berpasangan (berkepitan) memang mudah kita lihat dimana saja baik di intitusi pengajian mahupun dikawasan awam (terbuka) mungkin sesetengah org berpendapat benda camni biasa atau normal bg remaja skrg, kita perlu ingat gejala atau masalah sosial dalam negara kita semakin serius, sebagai contoh minggu lepas 2 kes buang bayi berlaku, satu di dlam masjid dan 1 lg di depan rumah org dan sadihnya bungkusan yg ditinggalkn itu diseret oleh kambing.. cuba kita pikir knp benda ni terjadi, bagaimana ia bermula? asas benda camni terjadi ialah couple atau berpasangan betul tak..! jesteru itu aku berharap kempen macam ini elok dianjurkn badan NGO atau pihak yg sepatutnya terutama pihak kerajaan, marilah kita bersama-sama mengcegah kemungkaran supaya hidup kita aman didunia dan akhirat amin..

Sunday 19 October 2008

kamera D60 idamanku..


Bilakah agaknya aku boleh pakai kamera ni.. tahap kesabaran aku sudah sukar dikawal apabila naluri hati aku ingin memilikinya, perasaan macam nak kahwin 1 lagi,hehe.. taklah sampai tahap tu..aku memg tak sabar nak guna kamera ni sampai tido pun tak lena asyik duk berangan bila nak pakai kamera ni.. bajet dah ada ckit tp sekarang ni aku didalam dilema nak baiki motor atau beli kamera ni dan lagi satu nak cat keta evo 8 aku tu,hehe.. fening kepala aku ni asyik memikirkn benda ni..yang mana satu nak buat dulu ni..tolongggggggggggg.......... aku feningggggggggggg niiiiii....

Wednesday 15 October 2008

percayakah anda..?


pagi ni aku nak kongsi ckit ttg atikel di halaman 46 berita harian, bila pertama kali aku tengok gambar dan baca atikel ni, aku terpikir macam mana gambar seperti ni bernilai RM 39.6 juta.. mungkin aku ni jahil bab seni tapi dari sudut lain aku beranggapan macam mana org yg lukis lukisan ni tentu ia kreatif dan tentu ilmu seninya pada tahap pro giler.. aku tertanya-tanya apa kelebihan aku, apa ilmu yg aku ada utk dikongsi serta boleh buat duit..apa yg patut aku buat..?

Tuesday 14 October 2008

sekitar jamuan raya kmpp 2008

riang raya H2P3 memg sempoi habis.. lihatlah gelagat student2 yg asyik makn dan bermesra dengan teman2, knp time aku belajar dulu takda aktiviti camni..

cik mat tengah melayan anak angkatnya.. semuanya seronok bila cik mat bagi duit raya tp yg lagi syoknya ampau tulisan cina pun ada.. memg gempak..

gelagat student makan dengan sopannya, siap duduk bersila lagi,ala-ala bersantai dirumah pulak..rasa nak join sekali je..


juadah yg dihidangkan memang menyelerakan tapi aku dah kekenyangan makn nasi tadi,gka ada beg plastik memg aku dah tapau bawa balik..



budak h2p3 cun-cun belaka,boleh buat pasangan hidup ni,hehe.. tapi aku dah berpunya terpaksa tengok aje.. memang best beraya dekat tempat diaorg, ada budak seorg tu layan aku baik sgt buat aku rasa tak selesa, aku jadi malu alah pulak,, tima kaseh atas layanan adik manis baju merah.. tapi dia takda dalam gambar ni,hehe..

Jamuan Raya Aidilfitri 2008

salam perjuangan..Pagi ni aku bangun awal ckit daripada kebiasaannya sbb nak bersiap utk pergi berperang/kerja memakai baju melayu, sempena jamuan hari raya yg akan diadakan pada tengaharinya.. biasa la bila jamuan raya mesti kena pakai baju melayu, baru rasa suasananya sambil makn juadah yg dihidangkan utk di perabiskan.. tu yg bestnya tapi ada yang tak bestnya pulak sbb kena sediakan duit raya kpd perempuansimpananaku/budak-budak matrik ni.. tahu je lah bajet aku bulan ni dah terlanjur/terlebih sudah, pastu kena bg duit raya kat budak2 ni pulak.. sabar jela..

Sunday 12 October 2008

aku faizal faiz pijel pija ajai budak kecik

salam perjuangan.. itulah kata-kata yang aku paling suka dengar bila org bertegur sapa.. memberi aku semangat utk berjuang dan teruskan perjuangan aku utk menjadi yg terbaik. sejarah tentang diri aku, dilahirkan di kampung sungai petai, aku dibesarkan oleh kedua ibu bapa aku yg tercinta.
Pendidikan aku seawal umur 5 tahun apabila aku dihantar ke sekolah pusat asuhan tunas islam (PASTI) selama duatahun disitu, selepas itu aku bersekolah di sek. keb. Jelutong dari darjah 1 hingga 6 habis darjah 6 aku sambung ke Sek. Men. Keb Tangku Menteri dekat Changkat Jering, dari tingkatan 1 hingga 3 aku tiada masalah sgt tentg pembelajaran apabila naik tingkata 4 bermulalah perubahan dalam hidup aku, ia bermula selepas permergian Ayah aku yg tercinta semasa aku tingkatan 3. setakat ini dahulu cerita ttg diri aku nanti aku sambung lagi kerana aku belum bersedia nak war-warkan disini.. bila dah sedia nanti aku bagi tahu..