Monday 29 August 2011

Please creadit to original post..

Hari ini aku nak ingatkan kepada semua blogger.. jika dah ambil gambar utk letak dekat blog anda sila jgn buang watermark pemilik asal.. hargailah usaha mereka tu.. kita jgn pikir diri sendiri sahaje, al maklum la kita tak kenal pemilik asal jgn sampai kita tak hargai mereka..


kita nak mudah je.. ambik gambar orang lepas tu upload dalam blog kita.. lepas tu buang watermark pemilik asal dan ada jugak yg letak water dia sendiri tanpa segan dan silu.. memg tak hampes la orang camni.. selfish..!


lagi satu creadit to pemilik asal.. letak la link asal pemilik itu.. cantoh gambar diatas ni aku ambil dr http://vulpineninja.deviantart.com/art/Chibi-Adam-Lambert-182052516?q=gallery:VulpineNinja&qo=5


ok semua..! hargai jasa mereka..!


di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua blogger,photographer dan bekas client aku serta juga bakal client aku tahun ni..
Maaf Zahir dan Batin.


pecah kace pecah gelas..
sudah bace harap balas..


yebeda bedu esok raya...!


P/s: rasanya dah lama tak guna pantun ni.. al maklum la skrg kad raya dah tak hantar,hehe..

Friday 26 August 2011

Resize gambar sebelum upload di blog..

hari ni aku tak dak mood nak buat kerja.. so aku layari internet.. dalam duk layari tu terasa meluat pun aad sbb bila buka blog yg menpunyai gambar dia load teramat la lambat.. so apa lagi time tu mula la malas nak layan blog itu so tutup taip nama blog orang lain pulak..
moralnya jangan upload gambar yg menpunyai saiz yg besar..
jika nak upload gambar yg hight kualiti resize la dulu..
mula klik dekat resize image, pastu tukar width jika gambar dalam bukaan landscape, jka dalam bukaan portrait adjust height sahaja.. kebiasaan ajust height dalam 600. then klik ok.. ops..! jgn duk gatal duk ajust resolution tu, biarkan macam tu.. skrg baru klik ok.. jgn terkejut jk gambar anda jadi kecik selepas klik ok.. itu adalah proses resize,hehe..
coba tengok perbezaan.. size gambar anda skrg.. contoh gambar diatas.. dari 16.1M dah jadi 963.6 K, so kira la sendiri brp perbezaan dia.. tu la tanda gambar anda dah ringan jgn risau anda anda boleh adjust kesize yg sepatutnya.. tengok gamabr dibawah bahagian bulatan tu.. masuk dalam ruangan navigator tu 100% dan tekan enter, skrg tengok gambar yg keluar dalam blog anda nant..so dah boleh kilik save skrg tapi jika nak ringan lagi .. coba ikut aturan dibawah ni pulak..
skrg masa utk ringankan lagi gambar anda.. klik pada save for web & devices lepas dia akan keluar popup macam dibawah.. then adjust QUALITY sahaja.. tap kena make sure gambar anda dlm forma jpg.. lepas tekan save.. skrg gambar anda dah lagi ringan.. dari beberapa rat kpd puluh je.. so dah siap, lepas ni ringan la sikit bila kengkawan anda layari blog anda..
jika ada sebarang pertanyaan boleh ajukan segera.. ada masa aku nak tunjukkan bagaimana nak letak watermark yg sesuai.. ingat jgn ambil mudah perkara ni... sbb aku pernah terjadi.. ok selamat mencoba tutorial ini jangan lupa langgan info fotografi ini..

Thursday 25 August 2011

Library staff



Salam ramadahan semua.. rasanya dah boleh buat ucapan raya kot..! sbb lepas ni aku akan agak sibuk so tak sempat nak update blog ni.. kepada kengkawan semua aku minta maaf atas segala kesilapan yang telah aku lakukan.. harap kengkawan semua dapat maafkan aku.. jika taknak maafkan pun takpa sbb siapa la aku ni nak minta orang maafkan aku,huhu..



Raya tahun ini aku beraya di rumah MAK MERTUA BINI aku,hehe.. so kita enjoy la... tahun ni merupakan tahun pertama aku beraya bersama istri tersayang.. so mesti ada kelainan.. sbb sebelum ni balik rumak kita je... tapi la ni lain kena balik rumah mak mertua sama.. lepas tu kena raya rumah adik beradik bini lagi.. alamatnya penat la aku duk berjalan raya.. belah sana kena jaga belah sinun kena jaga jugak.. tu sbb aku ambik cuti sapa hari isnin..hehe..



Kepada kengkawan semua yg menempuhi perjalan yang jauh dan memandu kereta sendiri, pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik dan telah di servis.. memandulah dalam keadaan yg tenang, jangan terburu-buru.. dan yang paling elakkan perjalan di waktu malam.. jika nak balik malm jugak pastikan anda rehat secukupnya.. singgah sebentar jika mengantuk.. ingat..! kita balik utk bergembira..!



bila dah beraya tu jgn lupa tangkap gambar family kita.. lepas tu upload di blog, moga kita boleh berkongsi keriaangan masa beraya..

Tuesday 23 August 2011

And1 basketball street 3 on 3 penang 2011..



14 ogos 2011 AND1 telah mengajurkan basketball 3 on 3 street full gelangang.. so aku sempat shoot beberapa moment semasa pertandingan itu berlansung.. pada hari tu aku free so kau bawa student basketball KMPP KAKOM 2011 , aku bawa 4 orang je.. tak muat masuk kereta aku.. anta ra yg pergi Lee, Alif, Jimmy dan sin chian.. walaupun bulan puasa, aku gagahkan juga pergi tengok.. nak hantar TEam masuk dah tak sempat.. so tengok je la..



Tapi aku tak berpuas hati sikit dgn pengajuran tahun ni.. kenapa penganjur (AND1) buat pada bulan puasa, kenapa buat di times squere Penang.. bagi agak kurang sesuai buat pada bulan puasa.. bagi player melayu agak kurang selesa sbb di lansungkan pada waktu siang di bulan puasa.. tidak pihak AND1 tidak pikir perasaan player beraga Islam.. mereka pun ingin turut serta juga.. harap tahun depan pihak AND1 akn pikir sama player yg beragama islam..



apa-apa pun tahunnya punya ada kelaianan sikit dari sigi format permainan tahun lepas half gelangang.. berbanding tahun ni full gelangang.. tahniah AND1 atas pembaharuan ini.. bagi bila main Full ni byk skill n taktikal yg ditonjolkn.. tahniah AND1, moga tahun depan anjur lagi..



sebagai halua mata lihat lah gambar yang sempat aku shoot pada hari kejadian..















to see more picture subscribe my blog..

just isi email anda di ruang LANGGAN INFO FOTOGRAFI




Sudah anda berzakat..?





Peringatan utk semua.. segeraknlah berzakat kerna ia salah satu rukun islam yg wajid kita lakukan bila dah cukut syarat.. bagi kakitangan kerajaan semua keluarkan lah zakat segera..! bonus dah masyuk.. tunggu apa lagi .. takkan nak tunggu gaji kot..! ingat keberkatan itu ada dalam setiap yg kita keluarkan ke jalan yg baik.. so tak payah nak risau jika anda semua keluar zakat, kerna semua itu akan menambahkan lagi keberkatan rezeki anda semua..







tahun ni aku pertama kali bayar zakat utk dua orang.. kerna dah ada tanggungan, insyallah tahun depan akan bayar utk tiga orang pulak.. doa kan moga keluarga aku dimurahkan rezeki, amin...



Tips Fotografi Pada Hari Raya :-



* jgn bawa kamera DSLR, bawa compact kamera dah cukup.. jika takdak pakai hanset pun boleh.. sbb kamera DSLR agak besar dan perlu tempat yg sesuai utk letaknya.. DSLR amat berharga so kebiasaannya bila kita berkunjung kerumah sanak saudara suasana tu agak tak mengizinkan utk kita memotret gambar.. jika nak bawa DSLR juga pun boleh janji kena take care more la.. janji dapat shoot gambar jgn hanya nak berlagak dgn DSLR je.. nanti raya tak syok..



P/s: for photographer, zakat perniagaan kena keluarkn baru banyak dapat JOB,hehe..



Thursday 18 August 2011

LUKISAN CAHAYA / LIGHT GRAVITY



lukisan Cahaya, juga dikenal sebagai gambar cahaya atau grafiti cahaya ia adalah salah satu cabang fotografi jugak, coma teknik ini berlainan dr cara kita ambal gambar biasa, kebiasannya diambail pada waktu malam atau waktu siang di tempat yg gelap.. awal 2010 grafiti fotografi ini mula mendapat perhatian para photographer dan bakal pengantin di malaysia.. namun fakta yg tepat ttg fotografi grafiti ini masuk dimalaysia aku tak pasti.. hanya setelah mendapat liputan dlm media massa,barulah ramai yg buka mata ttg teknik grafiti fotografi ini..



pada permulaan ramai yg menyangka foto yg menunjukkan lukisan cahaya ini adalah helah dari manipulasi dari PHOTOSHOP dan teknik penindihan image.. namun selapas di terang teknik dan cara foto ini dibuat barulah org faham rupanya ia adalah kelebihan manipulasi dr DSLR dgn bantuan sumber cahaya serta krativiti photographer itu sendiri.. pokoknya kena tahu asas dulu..



Fakta penting..

* cara shoot lukisan cahaya tidak boleh menggunakan shutter speed yg laju.. kebiasaan dalam 30 second atau pakai shutter release boleh main ikut kita suka jgn sampai kamera rosak dah la.. apa-apa pun terpulang kepada kreativiti masing2.. janji menjadai apa yg kita nak..



* jika ada sukjek yg berkemukinan bergoyang atau bergerak di sila guna flash fill in..bagi freez subjek itu.. fill flash mengikut kecerahan yg kita hendak pada subjek itu.. tidak disarankan fill flash semasa ada member kita tengah duk tulis lukisan cahaya.. jika nak fill flash jugak, kena pakai baju yg gelap atau pakai topeng hitam lagi bagus..



* pakai tripot, framing cantik2.. dan fokus pada subjek.. jika tak boleh fokus sbb kegelapan, guna lampu suluh sbg bantuan, lepas tu bila dah dapat fokus tukar mode fokus kepada manual..



esok aku nak cerita ttg alatan untuk main lukisan cahaya ini.. so kena follow by email,jika nak atikel ini .. senang je.. langgan atikel blog ini, sure dapat tips terkini ttg fotografi..

Thursday 11 August 2011

Alatan Strobist..?



1. Flash Stand

Flash stand berbentuk seperti tripod. Fungsi dari flash stand sendiri sama dengan fungsi dari tripod pada umumnya, yang membezakannya hanyalah objek yang diletakkan diatasnya, jika tripod untuk meletakkan kamera, flash stand tentunya untuk flash beserta diffusernya.

Flash stand dapat di subtitusi dengan tripod dengan bantuan SPIGOT.



2. Speedlite Flash & Trigger

Speedlite flash merupakan sumber cahaya dari strobist. Speedlite flash ini dapat dinyalakan dengan ditrigger. Ada banyak macam trigger yang dapat digunakan untuk mentrigger flash, baik secara wireless dengan radio frequency.



3. Speedlite Flash & Diffuser Bracket

Speedlite Flash & Diffuser Bracket adalah dudukan dimana diffuser dan flash stand berada. Flash dan diffuser bertumpu pada bracket ini. Bracket ini seperti adapter dari flash stand ke flash dan diffuser.



4. Diffuser

Ada 4 macam jenis diffuser, diantaranya adalah :







  • Softbox
  • Softbox merupakan diffuser yang biasanya berukuran kotak atau persegi panjang. Softbox memiliki efek sinar yang sangat halus, sangat cocok digunakan pada beauty shoot, high key, dll.
  • Beauty Dish
  • Beauty dish dapat menciptakan ring light pada benda ber-refleksi seperti permukaan kaca, mata model, dll. Beauty dish memiliki karakter sinar halus yang hampir menyamai softbox.

  • Snood
  • Snood bertujuan untuk memberikan highlight atau fill in pada suatu spot tertentu. Dengan bantuan snood, sinar yang kita arahkan akan jauh lebih akurat.

  • Umbrella
  • Umbrella ada beberapa jenis yaitu, white, silver, dan white-silver umbrella.
creadit to http://www.mlmfoto.com atas info ini..



jika kengkawan berminat belajar ttg strobist secara formal boleh contact abg jijan cute..



p/s: jika takda alatan semua ni pun boleh jugak main lighting..just pakai comander dlm kamera kita je..(bagi nikon D80 ke atas)janji ada speedlight 1 or 2,lagi elok jika ada SB800 keatas boleh jadi master.. trigger ke SB600,hehe.. memg mantop..! yg penting kena tri n error arah dan kekuatan pencahayaan.. sure jadi apa yg kita nak..

Wednesday 10 August 2011

Apa itu strobist..



sebenarnya aku pun tak tau apa itu strobist.. yg aku tahu masa mula-mula orang duk cakap CLS (creative lighting system).. tp lani orang duk sebut strobist.. tak silap aku CLS ni istilah dr nikon.. Canon tak tau apa yg depa panggil.. namun apa yg orang panggil aku tak kesah.. hari ni aku nak kongsi ,apa itu strobist.. bg budak2 baru take note.. jgn duk action usung kamera je.. for OTAI plese comment jika atikel ni salah..



Strobist
ad
alah teknik yang menggunakan off-kamera flash (OCF) untuk mengambil gambar. Selain pop-up flash atau speedlight yang biasa terpasang di atas kamera, strobists menggunakan OCF untuk mencapai foto yang lebih cerah dan foto-foto lebih diramatik. Hal tersebut dapat dicapai dari hasil dari penempatan cahaya yang lebih baik, kerana cahaya yg dihalakan kepada subjek tidak terbatas pada satu arah, iaitu bagian atas lensa je. Dengan cahaya yang dihasilkan dari off-kamera flash (OCF) , Anda dapat melakukan pelbagai suduk mengikut kehendak anda semua.. janji kena rajin memcoba untuk mencapai apa yg kita hajati..



* Tips jika nak outting strobist..



> Plan apa yg nak dibuat..

> senaraikan barang yg perlu contoh stand flash, wireles trigger, soflbox, refletor jika takdak pakai polistrim pun boleh..

> agihkan tugasan..

>make sure, bila letak flash atas stand tu,kunci kuat-kuat..(itupun jika sayang flash anda)

>bawa model yg seksi jiak ada.. jika takdak dikalangan ahli outting pun boleh jadi model janji muka tak malu..

> last skali kena gilir shoot.. jgn pakai lenjang je.. karang ada flash yg kena servis,huhu..



Monday 8 August 2011

Hospital kepala batas



"SEDIH" itu yg aku rasa sekarang.. sbb apa..? sebab cik kiah kena tahan dekat wad,huhu.. asalnya mahu ingin ke klinik kepala batas utk daftar buku merah dibawah ni .. tapi bila doktor cek..! kandungan air kurang dalam badan, so kena rujuk ke hospital, malasnya nak p hospital, sbb pengalaman sebelum ni,memberi pengalaman yg kurang enak ttg servis di hospital gov ni..maslahnya, kena lalui bermacam prosedur sebelum boleh masauk wad..



ingatkan bila dah bawa surat dari doktor klinik mudah sikitla prosedurnya..namum apa yg aku pikirkan semuanya meleset,aku kena lalui jugak semua karenah birokrasi yg perlu dilakukan,huhu.. dah la leteh menunggu di klinik dari pagi hingga tengahari tak ilang lagi ,ni kena tunggu kat hospital pulak.."sabar je la.." semua ni dugaan dibulan ramadhan, aku bersyukur kerna byk pahala yg aku dapat bila bersabar ni..



last-last buku merah tak sempat buat.. kena masuk wad dulu.. nampak gayanya kena mai sekali lagi la, bila keluar hospital nanti.. kesian cik kiah, dah la alah teruk, kena p klinik dua tiga kali,huhu..



untuk makluman semua hospital kepala batas ni baru lagi.. bagunan masih cantek dan design pun menarik.. so keadaan nampak macam tak sibuk.. parking pun senang.. pendek kata memang cantek la hospital ni.. serba baru..



p/s: dekat hospital ni ada member aku yg berkerja dibahagian library tp kami dah lost contact..

kenapa perlu outing..?





kenapa saya suka aouting..?



kenapa saya suka outing..!



kenapa suka outing..?



bak kata perpatah fotografi "try and error.." tapi la ni dah tak panggil try n error.. lani dah ubah.. depa panggil "try sampai teror"..(hebat)..takda la.. semua ungkapan tu hanya motivasi utk org yg baru nak belajar sesuatu yg baru.. apa yg penting kita perlu usaha utk mempelajri sesuatu yg baru..



skrg ni aku duk perati byk group yg rajin outing hujung minggu antaranya geng venture kreatif, depa ni memg rajin.. jika takdak outing depa buat TT.. jika takda TT buat makan2 bersama family.. pendek kata memg selalu la depa ni duk jumpa.. tu sebb depa lani makin ramai pengikut.. silap2 boleh jadi fonemena VC team.. ganti CS punya team,haha.. janji ada input bila berkumpul tu.. jgn duk asyik tayan gajet je,hehe..



Kelebihan bila berOUTING..

> dapat kenal ramai kengkawan jurugambar(terutama aweks2)

> boleh belajar benda baru terutama ttg setting camera

> boleh promosikan perkhidmatan yg kita buat.

> boleh test kamera kawan2.

> boleh pinjam lens.

dan yg paling penting sekli boleh jalan2..





so macam mana skrg nak join outing tak.. jika nak outing join je mana group atau calling member yg berdekatan dan sekepala.. atau jika rajin join outing IJAM U.F.O dia memg rajin buat outing..



jika duduk kepala batas lagi seng boleh calling2 aku.. sure aku p.. (itu pun jika aku tak keje) al maklum la aku ni bukan jurugambar sepenuh masa macam pakcik nasir or pakcik naza .. aku kerja makn gaji,hehe..

Sunday 7 August 2011

Apa yang anda fikir semasa menekan shutter.


"macam mana ni.. gambar tak jadi..?"

pernahkah anda pikir knp gambar aku tak cantek pada hal selalu p outting selalu ngan sipulan tu.. tapi gambar dia lawa.. jika pernah coba muhasabah diri apa yg anda pikir masa nak tangkap gambar.. tak semestinya view yg cantek depan mata akan cantek dalam kamera.. fikir-fikirkan..

sementara itu baca dulu atikel ni..

Jadilah sedikit serius jika berhadapan dengan objek anda. Gunakan kamera dengan serius. Kamera apapun, jika anda sudah men-set mind anda bahwa anda dapat menghasilkan foto yang bagus, maka anda akan mendapatkan foto yang bagus. Ingat, apa jua perkara bergantungpada niat anda.

Ketika berhadapan dengan view atau objek yg cantek, gunakanlah sekreatif yg mgkin. fikir apa yg akan keluar dlm kamera anda nanti..Komposisi apa yang paling cocok ? Bagaimana exposurenya ? Bagaimanan kalau dieksplorasi dari sudut lain? fikir sejenak.. tak rugi pun..

Intinya, cobalah berpikir sebelum menekan shutter. Karena foto yang baik adalah foto yang baik. ada jiwa didalmnya, tidak kira okjek atau view itu cantek atau sebaliknya. Yang penting bila dah tangkap kita seronok melihatnya..

p/s: walaupun komposisi gambar diatas hancur tp moment dan lighting menarik hati ku..

Saturday 6 August 2011

Jangan jadikan kamera DSLR ada sbg halangan..



dialog A : kamera hang berapa harga..?

dialog B : Rm 1500 je.. hang punya berapa..?

dialog A : aku punya RM5000, ni terbaru punya.. gambar lagi cantek..

dialog B : yea ke..?

Betul ke kamera lagi mahal lagi gambar cantek..? semua ni hanya taksub kpd kecanggihan kamera je.. jika macam tu, macam mana pulak org yg pakai kamera compact gambar depa tak cantek la.. tak baik tau kata macam tu terasa org yg pakai kamera biasa cam aku ni.. apa yg penting dalam ber fotografi adalah kemahiran dan idea yg kreatif.


Kamera yang bagus dapat memberikan detail, ketajaman, dan warna yang luar biasa. Tetapi tidak mampu memberikan anda komposisi yang baik, gambar yang artistik, ataupun merubah cahaya alam.

Gear yang baik adalah gear yang tidak membuat kita merasa kekurangan karena gear tersebut. dengan demikian kita akan lebih mencari idea utk membuat gambar itu cantek, dan tidak memikirkan yang lain-lain.

Alat makan yang bagus dan mewah tidak akan merubah rasa makanan, sama halnya dalam fotografi. adakah makan pakai pingan cap buaya lagi sedap dari makn dalm pingan cap ayam. renung-renungkan dan jgn tertipu..

Friday 5 August 2011

landscape..? apa tu..? baca atikel dibawah..


Tips ini sangat berguna untuk memotret landscape yang benar. Tetapi foto yang bagus tidak selalu foto yang benar. Jadi silakan saja untuk melanggar tips-tips ini, tapi sebelumnya kita harus tahu dulu. Mari kita simak tips berikut ini.

1. Perhatikan Horizon

Jika kita berhadapan dengan suatu pemandangan, hampir dapat dipastikan kita akan melihat garis horizontal yang membentang dan membelah gambar menjadi dua bagian. Ini disebut garis horizon.

Dalam Fotografi Landscape, jika salah satu bagian lebih menarik. Berilah porsi 2/3 dari frame. Dan yang kurang menarik beri sisanya yaitu 1/3. Memang tidak mutlak, tetapi bila POI berada pada bagian yang 2/3 maka kesannya akan lebih kuat.

heaven-light
heaven light – © wiranurmansyah

2. Pertimbangkan langit

Langit adalah elemen yang cukup penting dalam landscape.

Jika dalam pemotretan langit kurang bagus, usahkan jangan menempatkan pada 2/3 frame. Ini akan menimbulkan kesan yang flat dan membosankan.

Tetapi jika keaadan langit dan awan dalam formasi yang ‘wow’, jangan ragu untuk penuhi frame dengan langit. Gunakan filter untuk meningkatkan kontras dan saturasi langit seperti Gradual neutral density dan Polarizer.

3. Cari Focal Point

Tanah lot sunset - © wiranurmansyah

Tanah lot sunset © wiranurmansyah

Focal point adalah titik dimana mata kita berhenti pada saat memandang sebuah foto. Tanpa focal point, mata kita tidak akan fokus dalam melihat foto. Seperti jenis fotografi lainnya, fotografi landscape juga membutuhkan focal point.

Focal point dapat berupa batu, rumput, ranting, bunga. Apapun yang sepertinya menyatu dengan alam dapat dijadikan focal point.

Jangan lupakan pengaplikasian rule of third dalam penempatan focal point.

4. Jangan lupakan foreground.

Foreground bisa menjadikan foto kita lebih berdimensi. Ada sense of depth dari foto kita jika kita meletakan foreground dengan benar. Seringkali foreground menjadi POI dari foto landscape kita.

Landscape of dayeuhkolot - © wiranurmansyah

Landscape of dayeuhkolot – © wiranurmansyah

5. Gunakan Tripod

Mungkin sejak zaman digital orang sering melupakan tripod. Buat apa tripod, kalau ISO tinggi sudah bagus hasilnya. Lensa-pun sudah ada yang dengan stabilizer. Ups, jangan salah sangka dulu, tripod hukumnya wajib bagi landscaper. Untuk Exposure diatas satu detik (pasti sering lho), tripod sangat dianjurkan. Walaupun tripod agak repot untuk dibawa, tetapi akan membuat anda tersenyum nantinya.

6. Maksimalkan Depth of Field (DoF)

Yang namanya landscape fotografi, pada umumya semua elemen dalam keadaan fokus. Walaupun tidak mutlak, inilah konsep dasar dari fotografi landscape. Untuk itu gunakan aperture sekecil mungkin. Dan jika perlu, terapkan konsep hyporfocal distance. Dan jika kita mengecilkan aperture, otomatis shutter speed akan berkurang dan tripod dibutuhkan.

7. Tangkap gerakan alam

dreamland - © wiranurmansyah

dreamland – © wiranurmansyah

Mungkin sebagian orang berfikir foto landscape adalah foto yang tenang, damai, kalem dll. Tapi kita bisa menambahkan sedikit drama pada foto landscape kita. Dapat berupa ombak di laut, pohon yang tertiup angin, awan yang berjalan, dsb.

Dalam menangkap gerakan seperti ini, dibutuhkan beberapa peralatan pendukung seperti filter ND (neutral density) dan tripod.

Jika kita berhasil menangkapnya, foto landscape kita akan terasa “otherworld” dengan mood yang sangat kuat.

8. Bekerja sama dengan cuaca

Cuaca tidak dapat kita prediksi. Kita cuma bisa menunggu waktu yang tepat untuk memotret.

Kebanyakan pemula berfikir foto landscape yang bagus adalah pada saat hari yang cerah. Ini tidak sepenuhnya salah, disini sudah dijelaskan jenis – jenis fotografi landscape. Foto yang diambil saat hari cerah sudah biasa dan biasa dijadikan foto kalender. Jika kita ingin foto landscape yang sedikit berbeda, memotretlah pada saat cuaca yang tidak biasa. Misalnya saat terjadi badai, mendung, sehabis hujan, langit gelap dengan sedikit sinar matahari, dan kondisi “extrem” lainnya. Foto anda akan lebih berkarakter, karena kejadian yang anda foto barusan tidak akan terulang lagi.:D

9. Golden hour

Cahaya dari samping akan menunjukan sebuah dimensi dan tekstur yang kuat untuk sebuah objek. Dalam fotografi landscape, cahaya dari samping muncul saat pagi hari dan sore hari.

Pada waktu ini, warna – warni terlihat sangat bagus dan landscape terlihat sangat hidup. Dinamakan golden hour karena warna warni pada waktu ini adalah merah-kuning-seperti-emas. So, memotretlah pada waktu ini ya. :)

footsteps - © wiranurmansyah
footsteps – © wiranurmansyah

10. Garis dan bentuk

Bermainlah dengan komposisi. Garis dapat menjadi focal point yang sangat kuat karena membantu mata kita menelusuri foto landscape kita.

Garis dapat memberikan kedalaman ruang yang luar biasa, perspective yang berbeda. Temukan garis dalam foto anda dan jadikan itu kekuatan yang hebat!

11. Ganti perspective

Eksplorasi. Jangan hanya terpaku pada satu titik. Temukan view yang berbeda dengan view sejajar dengan tanah, atau naik ke atas pohon. Biarkan imajinasi anda mengalir dan mencari view yang sesuai dengan previsualisasi and

p/s: untuk makluman semua atikel diatas ini aku copy dari web Tip Fotografi selamat berfotoran..

Thursday 4 August 2011

Lawatan dari kolej matrikulasi teknikal kedah (full 50mm)






cuba maksimakan penggunaan lens 50mm anda kerna setiap lens ada kelebihannya, coma kita yg perlu pandai explore.. segali kritikan amat dialu-alukan.
no flash..! just main ISO.

P/s: maaf kualiti gambar kurang memuaskan. for big kualiti plz email me..

Wednesday 3 August 2011

Tips KOMPOSISI..


Apa itu komposisi..? penting ke nak kompo ni..? macam mana nak tau komposisi kita tu dah ok or tak ok.. disini aku nak share tips komposisi yg aku paham la.. komposisi ni ada bermacam-macam terma dan syaratnya.. antaranya RO3, leading line, diagonal, symmetric, geomatric, framing dan macam-macam lagi.. so macam nak tau kena baca atikel yg ditulis Abam Jiwa AL-Hadi kerna byk info yg dia kongsi..klik disini.. ingat baca dan coba buat sendiri.. tiada guna ilmu bergunung jika kita tak praktikan,hehe..

credit to Abam

Hari ini 3 ramadhan 1432 hijrah.. maknanya dah dah tiga hari kita berpuasa.. selama tiga hari jugak aku tak pegang kamera aku.. buat masa skrg masa nak tangkap gambar cam terbatas sikit.. mana taknya balik kerja terus p pasar ramadhan, pastu siap utk berbuka.. pastu p terawih, balik rumah dah ngatok,huhu.. masa bila nak pegang kamera,huhu..

kepada kengkawan semua slmat berpuasa jgn duk ponteng.. ingat bulan puasa ni segala amalan yg baik akan dilipatkan kali gandakan pahala.. satu lagi aku nak ingatkan diri aku dan kengkawan semua kita ada muduh yg paling dekat ngan kita iaitu NAFSU..! apa itu nafsu..? contohnya makanan yg kita bazirkan dalam tong sampah kita..ini kerana kita tertewas utk melawan hawa nafsu time membeli juadah berbuka.. coba renung sejenak ada asas tak..? apa yg aku ckapkan ni.. banyakkan berpikir sebelum beli.. ingat nafsu tak pernahkan lupakan kita, coma kita yg melupakan nafsu.. so fikir-fikirkan..



p/s: bulan ramadhan ini kita digalakkan membaca AL-QURAN.. so apa lagi cepat la bertindak.. jika malas sekali pun pasang la AYat Ayat AL-QURAN di PC anda, jgn asyik duk layan lagu jiwang je..