Friday 14 September 2018

Fikir yang baik-baik je..

      Assalammualaikum.. "fikir yang baik-baik je.." itu adalah salah satu cara hendak berfikiran POSITIF dalam kehidupan kita seharian.. kita skrg sudah masuk tahun baharu 1440 hijrah maknanya kita semakin hari semakin meningkat usia, dalam kita dimamah usia ini pasti sekali kita menghadapi pelbagai dugaan/ujian dalam kehidupan. Bagaimana kita hendak melalui dugaan dan ujian ini, salah satu caranya kita kena berfikiran positif dahulu barulah kita tenang menghadapinya, bagi diriku kekadang kita BERLEBIHAN BERFIKIR itu sebab kita susah hendak berfikir positif dan susah hendak melalukan perkara baharu atau menerima perkara yang baharu.


     Malam semalam selepas hantar si abang kelas tambahan, si adik nak tengok cerita
The Good Dinosaur so layan je la.. sambil duk layan movie aku tertarik tentang ayat yang digunakan oleh bapak dinosaur yang bela seladang tu, ketika dia suruh Arlo menyelinap masuk di tengah kawasan seladang bagi tujuan menarik perhatian pemburu haram itu, Arlo takut nak pergi serta perbagai alasan diberi dan apa yg bapak dinosaur tu cakap pada Arlo sangat terkesan pada diriku  JANGAN BERLEBIHAN BERFIKIR. kita ni kadang2 berlebihan brfikir itu yg buat kita susah nak berfikiran positif so mulai semalam aku set dalam minda aku untuk tidak berlebihan berfikir. fikir yang baik baik je.. bila apa jua ujian yg mendatang kena fikir baik-baik je dan jangan berlebihan berfikir baru kita boleh bersabar serta redha dgn ujian dari ALLAH.. ingat.. semua yang berlaku mesti ada hikmah dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan ALLAH S.W.T.. berdoa moga Allah permudahkan segala urusan kita, aminn..