Monday 31 January 2011

cara utk renew roadtax keta percuma..?

roadtax dah nak mati.. nasib baik ada simpanan duit syiling.. berkat aku simpan selama setahun.. percaya atau tidak jumlah semua duit yg selama ni aku simpan sekadar utk suka-suka skrg dah dapat aku membantu,hehe..

tapi agak penat nak kira semua duit ni.. tetapi berbaloi rasanya bila hasil tukaran ni aku dapat peridup roadtax keta kesayangan ku.. seronok pun ada.. nak nak time aku amat memerlukan duit ni.. kenduri dah dekat so byk la duit nak pakai,huhu.. cik kiah dah bising kad kawen tak tempah lg.. pening peninggg..

Wednesday 19 January 2011

boleh ke aku kawen..?

agak-agak la boleh ke aku kawen..? nak kata ilmu pandai biasa je.. nak kata matang, entah lah.. nak kata segak ada kot,hehe.. nak kata berharta biasa je.. tapi masalahnya aku rasa nak ada anak.. rasa nak jadi papa.. rasa nak dibelai.. macam mana ni.. agak-agak aku ni layak ke kawen skrg.. umur baru 29 muda lagi..

so.. layak ke aku kawen skrg..? tapi bila duk tengok rakan-rakan yg bermasalah rumah tangga takut gak.. sampai kena naik makahmah pastu duk rebut jaga anak.. entah lah.. sekali pikir rasa takut pun ada nak pikur tangungjawab tu.. ya Allah berilah kekuatan kepada hamba MU ini dalam menempuhi alam rumah tangga nanti.,aminn..

p/s : time nurkilan ditulis perutku dalam keseksaan menahan kelaparan.. pizza oh.. pizza...! aku lapar ni..

Thursday 13 January 2011

kengkawan oh kengkawan.. apa nak jadi..?

"cakap salah tak cakap pun salah,
"buat aku serba salah,

lirik lagu ni amat sesuai dgn situasi yg aku hadapi sekarang.. apa nak jadi.. umur dah meningkat tapi perangai masih tak berubah.. nak tegur tak berani,tak tegur lagi menjadi jadi..so aku hanya mampu berdoa agar kengkawan aku diberi hidayah oleh Allah s.w.t, moga mereka diberi petunjuk ke jalan yg diredhai Allah..

semalam aku dapat tahu projek utk tangkap gambar pelajar IPBL tak jadi kerna IPBL tak bujet utk bayar.. so minggu ni aku takdak apa-apa program duit pun tak masyuk.. nak tak nak kena la cari projekl lain.. harap bulan ni ada satu projek shoot wedding or baby photoshoot.. dapat la tambah bajet utk wedding aku nanti..

p/s : jadilah kawan yg saling menbantu.. jangan jadi kawan yg tahu ambil kesempatan sahaja..

salah ke aku bertanya..?

"Halal ke duit yang akak dapat tu..?" ini soalan yg aku tanya pada member sekerja aku.. dengan soalan ini juga aku hampir mengeluarkan kata-kata yg kurang sopan nasib baik kesabaran aku masih menebal.. adakah ini soalan yg berniat hasad dengki..? aku pun pelik kenapa dia nak marah sangat bila aku tanya soalan macam ni, mungkin soalan agak sensitif bagi orang yg kurang ilmu agama atau yg tak menagamal ajaran islam sepenuhnya.. masalahnya member aku ni sembahyg dia jaga tapi bab2 duit ni dia ambil mudah,(bagi aku la)

KENAPA aku kata dia ambil mudah..? sbb pertama, ayat dia yg dikeluarkan dr mulut dia yg berbunyi " tu la orang melayu susah nak berjaya sbb suka pikir yang haram je" adakah memikir benda yg haram itu salah..? atau memikir yg haram ini menyebabkan kita tak boleh berjaya..? bagi aku pemikiran macam ni, lebih mementingkan keduniaan sahaja.. kita perlu ingat hasil rezeki kita adalah benda yg akan dipersoalkan halal n haram di akhirat nanti.. bukan itu sahaja keberkatan juga perlu ada dalam mencari rezeki ini.. pernahkah kita terfikir kenapa kita tak tenang tak bahagia walaupun wang masuk byk tapi masih tak cukup utk menampung kehidupan seharian..mana duit itu pergi..? semua itu kita jarang muhasabah kenapa ia berlaku..

kenapa anak kita degil..?

padahal didikan agama telah kita beri tapi masih berlaku..

kenapa anak kita tak hormat kita..?

padahal kita dah bagi apa yg dia nak..

semua permasalahan diatas ada hikmahnya.. coba kita renung sedalam -dalamnya apa yg tak kena dalam kehidupan kita, mgkin ada kepincangan.. berbalik persoalan aku tentang "salah ke aku bertanya..?" bagi aku kenapa seorang insan itu berfikiran sedemian " tu la orang melayu susah nak berjaya sbb suka pikir yang haram je" ayat ini aku tak boleh terima kerna ia keluar dari seorang yg beragama islam, lain la jika yg keluarkan ayat ni seorang kafir aku tak kesah sgt.. ini orang yg seagama dengan kita.. masyallah..

p/s: maaf jika tulisan aku ini menguris perasan sesiapa sahaja yg membacanya.. niat aku hanya ingin bertanya..

Wednesday 12 January 2011

Tarikh disatukan makin dekat.. pening..!!!

~!@#$+)*&%&*%$#~ pening.. peninggg.. peninggggg....! memang banyak benda kena buat sebelum boleh jadi suami orang ni.. tempah pelamin, tempah lembu, tempah baju n macam-macam lagi kena tempah.. tu belum masuk benda yg kena beli seperti bunga telur, beg n benda yg sebelum ni tak terpikir utk dibeli.. memang pening gka takda perancangan.. silap-silap boleh kena tekanan perasaan..

orang duk kata kawen ni syok.. tapi depa tak habaq persiapan sebelum kawen ni tak syok n amat memenatkan serta banyak modal kena keluar.. semalam tidur lewat..mata takleh nak lelap selepas duk kira bajet utk kawen.. rupa-rupanya banyak modal kena keluar utk buat kenduri ni.. dah la hantaran cik kiah mahal.. pastu barang yg nak bagi kat org pun mahal gak.. jika macam gini la harga barang la ni.. bagaimana la orang yg makan gaji dengan gaji tak seberapa, tentu kena simpan duit selama 10 tahun baru leh pk nak kawen..

kesimpulannya jika nak kawen kena simpan duit.. jgn jadi macam aku.. duit kerja habis duk enjoy je.. bila nak kawen baru pk nak simpan duit.. time tu simpan semua gaji pun belum tentu boleh kawen.. so jika target nak kawen 2010 kena la simpan duit skrg.. jika tak sanggup nak simpan duit jgn duk harap duit jatuh keriba..

p/s: gambar diatas tiada kaitan dengan atikel yg ditulis,hehe..