Thursday 2 February 2012

Sharing is loving..?


Salam semua.. mari kita semak apa perkara yg kita terlepas pandang semasa sesi photoshoot..Perkara yang kita sering terlepas pandang semasa sesi photoshoot adalah semasa photographer nak klik kameranya ... Anda tahu, apabila photographer "klik" dengan seseorang?? Ia adalah saat yg penting untuk fotografi dan semasa sesi photoshoot berlansung kita harus bersikap terbuka, spoting,dan keselesaan, semua perkara-perkara ini datang bersama-sama untuk membuat sesi yang luar biasa bahkan makin menarik jika dilakukan secara candid. Bukan sahaja di antara jurugambar dan subjek - tetapi juga di antara orang-orang yang gambar terlibat..So for all future couples harap ambil berat perkara-perkara diatas.. di bawah ini ada 4 Tip/petua semasa sesi photoshoot :-


Tip 1: Jadilah diri kamu sendiri! membawa apa saja yg kamu suka, memakai pakaian yang selesa serta bersusaian dgn majlis,Kita semua tahu setiap orang mempunyai tahap tertentu kebimbangan di depan kamera.. jadi coba abaikan keadaaan sekeliling jadilah diri anda.. Pasangan yang comel adalah pasangan yg bijak mengawal pasangannya..

Tip 2: Bersenang-senang! Ketawa sedikit! Perkara terbesar dalam menaikan mood pasangan itu, Ketawa yg jujur adalah perkara tercantik di dunia.

Tip 3: Kami(photographer)mahu sesi photoshoot kelihatan normal, dan kadang-kadang kami menyuruah anda melakukan aksi yg kami ingin tetapi anda tidak selesa. jika anda rasa tidak selesa utk melakukan aksi yg kami arahkan anda bebas berbuat apa saja yg anda fikir sesuai utk diri anda, JANGAN MEMAKSA DIRI JIKA TIDAK SUKA, mungkin selepas melakukan aksi yg anda inginkan akhirnya anda rasa selesa, perasaan semula jadi itu muncul itu adalah kunci untuk foto yg cantik.. jgn keberatan utk melampaui tahap keselesaan anda dan cuba sesuatu yang baru tidak lama kemudian, anda akan selesa.




Tip 4: Dalam dunia anda sendiri. anda perlu abaikan orang di sekeliling, mengabaikan kebisingan, mengabaikan kegatalan rumput utk sementara! Tetapi hasil utk gambar-gambar cantik yang akan diabadikan utk selama-lamanya. Anda harus menghayati cinta anda semasa sesi photoshoot seolah-olah anda memasuki dunia yg lain dan bayangkan hanya anda berdua sahaja yg ada utk sesi photoshoot serta menbayangkan perkara yg indah sahaja.