Friday 30 September 2011

Hasil dari KITLENS 18-55mm..

Gambar sekitar majlis jamuan pertukaran Staff library.. yang berlansung pada 29/09/2011 di wakaf KMPP.. utk pengetahuan semua.. gambar ini di ambil menggunakan kamera DSLR bersama kitlens 18-55mm nikon D3100.. so siapa kata kitlens tak power..? ingin tahu ttg kelebihan dan kekurangan kitlens sila baca disini..

Bos baru sedang memberi amanat kepada semua staff..

kelihatan bos lama dgn sugul memberi ucapan.. gambar dibawah staff library yg juga dapat bertukar ke tempat pilihan beliau meluhahkan perasaan sedihnya.. dari segi komposisi aku lebih suka gambar dibawah kerna ada cerita disebaliknya.. namun perlu diingat tak semestinya kita perlu mengambil yg menampakkan sepenuhnya tubuh badan seseorg itu.. semua terpulang pada suasana majlis tersebut..


kita jgn lupa suasana kemeriahan majlis tersebut.. krn setiap majlis yg kita shoot perlu ada mood perjalanan mjlis tersebut..



candid memg menarik. so praktikan semasa majlis tersebut berlansung..

p/s: ke semua gambar di atas menggunakkan Direct Flash ini kerana background terlalu cerah.. so harap kengkawan faham kenapa aku guna Direct Flash..

Wednesday 28 September 2011

Kuiz kemerdekaan 2011


Hari ini rabu 28/09/2011, pihak perpustakaan mengadakan kuiz kemerdekaan sempena bulan kemerdekaan ke -54.. aku dan geng bas sekolah ditugaskan utk program ni.. so jika aku terlibat mesti jadi tukang ambik gambar, nak taknak kena buat la.. tapi hari ini aku terlupa bawa kamera DSLR.. so terpaksa la guna hanset je.. walaupun guna hanset namun tips yg selalu diamalkan tetap akan praktikan.. supaya nampak suasana majlis tersebut.. ok kengkawan semua anda boleh komen ttg gambar di dlm atikel ini.. selamat mengkritik..


p/s: gambar diambil mengunakan Nokia N97

Monday 12 September 2011

Apa fungsi AE-L dan AF-L serta cara nak guna..


salam semua.. firt kita kena tahu dahulu dimana butang AE-L dan AF-L ni.. gambar diatas menunjukkan kedudukan butang AE-L dan AF-L, so lepas ni kita dah tahu mana butang tu bila orang duk sembang ttg benda alah ni.. sebelum aku nak tanya kengkawan semua pernahkah anda mengunakan butang ni..? dan masa bila kita selalu guna..? jika dah pernak guna takdak masalah la tp bagi beginner sure tak guna lagi.. dapat kamera baru terus bercewi cewi... dah terus usung ke hulu ke hilir tampa ilmu di dada..

ok beginner take note.. jgn tahu bawa kamera je.. tapi tak tahu nak guna.. baik takyah beli..!
yg paling penting kena tahu apa maksuk :-
AEL = Auto exposure Lock
AFL = Auto focus Lock

AEL- berfungsi pada semua mode program melainkan mode M. bila tekan shutter separuh kamera akan lock exopsure sehingga shutter dilepaskan . Cuba halakan kemera kat tempat cerah dan tekan separuh jangan lepas dan halakan kat tempat gelap. Bacaan exposure tadi kat tempat cerah.
AFL- Berfungsi bila on butang AF kat lens. Kalau butang tu kat MF sampai kiamat pun kamera tak boleh Autofocus. Bagi kamera yg takde motor kat body dan lens pun takleh guna fungsi AF seperti D60,d3000,d3100,d5000,d5100. Kamera jenis ni kena beli lens yg ada AF baru boleh pakai fungsi AF.

Cara nak guna benda alah ni..

Butang tu gunanya utk kita 'lock' exposure dan jugak fokus.

sebagai contoh, bila kita guna mode semi auto (P, S, A), kamera akan ejas sendiri shutter speed atau pun aperture dan juga fokus bila butang shutter ditekan separuh. bacaan tu akan berubah-ubah bila kita titik fokus tidak tetap (tangan bergegar ke misalnya) dan akan menyebabkan exposure akan jadi kurang tepat atau gambar kurang sharp (fokus tak tepat).

bila ditekan butang AE/AF-L tu, maka kamera akan lock shutter speed dan juga fokus supaya tak lari dah sehingga la kita tekan balik butang shutter (dgn menekan butang shutter, maka dgn sendiri akan membatalkan AE/AF-L tu)

butang tu boleh diprogram sama ada nak lock exposure dan fokus sekaligus (AE/AF-L), exposure saja (AE-L), fokus saja (AF-L) ataupun sebagai auto-fokus saja (back focus function)

sebelum tu kena tau fungsi button AE-L/AF-L tu utk apa...dan bila masa nak guna... satu utk kunci exposure dan satu utk kunci fokus...kita buleh seting dlm kamera tu nak buat AE-L saje atau AF-L saja atau dua2 fungsi.... ( Lihat gambar diatas)
cth bila kita dlm mode A... f kita pilih dan shutter kamera pilih dan sentiasa berubah2 bacaan shutter tu.... kalu kita tekan AE-L tu shutter terkunci la.....kalu dlm mode M, tak de apa berubah, so tak payah kunci le..
AF-L plak utk kunci fokus, tadak kaitan ngan mode P,S,A,M tadi... ia kaitan dgn AF-A,AF-C, AF-S.... kalou kita pakai AF-A atau AF-C, jika nak lock fokus kena pakai la button ni.... kalu dlm AF-S tak payah tekan button ni sebb fokus akan auto lock sendiri...

so aku harap kengkawan semua dah tahu serba sedikit ttg butang AE-L dan AF-L.. selamat mengetest..!

sila langgan Info fotografi utk maklumat seterusnya..

Camera simulator free



Today i want to share dgn kengkawan semua benda alah diatas.. only for beginner.. yg dah tahu asas fotografi tu takyah la tengok.. kang byk komen yg aku terima.. this simulator work for u to mengawal APERTURE. SHUTTER. ISO dan ia juga boleh mengawal jarak kecerahan dan focal length.. so ia amat membantu for beginner..

but..! ada benda yg camera simulator tak boleh buat iaitu ttg D.O.F dan fokus point.. so benda alah tu kita tak boleh praktik dekat simulator ni.. so semlat mencuba.. kilik disini utk ke web Camera Simulator..

Friday 2 September 2011

Kerjaya sebagai jurugambar



Slam lebaran.. hari ini mari kita bincangkan kerja sbg jurugambar..

oleh keran ramai yg ingin cari makan dalam dunia fotografi so komentar amat dia alu-alukan..



aku bukanlah seorang photographer ful time walaupun amat meminati bidang ini sejak dari bangku sekolah lagi.Ini adalah kerana aku hanya menjadikannya sebagai hobi masa lapang sahaja.Disebabkan tidak menumpukan sepenuh masa, maka pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini amatlah cetek sekali walaupun dah pernah memiliki kamera termasuk DSLR.



Baru-baru ini barulah aku rasa nak jadikan ia sebagai satu bidang yang mampu memberi sedikit pulangan (side income) pada aku dan dari situlah aku mula membeli buku2, surf internet dan mengikuti beberapa kursus yang sempat saya pergi serta TAG otai yg dah pro.Akan tetapi, kebanyakan pendedahan yang aku dapat tertumpu pada wedding photography sahaja. aku akui, pendapatan melalui bidang wedding photogaphy ini amatlah lumayan kerana aku pernah juga menjadi backup photographer untuk wedding, company event dan acara2 lain beberapa kali.



aku sebenarnya kurang berminat dalam membuat fotografi dalam wedding atau acara-acara seumpamanya kerana perlu terkejar2 dan berada ditengah2 ramai orang.aku sebenarnya lebih suka untuk membuat fotografi dalam keadaan yang lebih rilek dan memberi ruang untuk berfikir dan mencari idea.Apakah bidang fotografi yang sesuai untuk aku? aku selalu melihat iklan2 yang terpampang di papan iklan dan cukup berminat kalau dapat menghasilkan karya seperti itu.



Lagipun, dah terlalu ramai yang berada dalam wedding photography dan sudah tiba masanya kita diberi pendedahan dalam photography yang lain pula. asyik-asyik wedding je.. try shoot product ke.. macro ke.. landscape ke dan bermacam-macam jenis lagi..



so aku harap kepada jurugambar yg ada pengalaman dalam bidang lain sila komen isu ini , moga jadi panduan kpd aku yg masir junior ni..