Malam semalam selepas hantar si abang kelas tambahan, si adik nak tengok cerita
The Good Dinosaur so layan je la.. sambil duk layan movie aku tertarik tentang ayat yang digunakan oleh bapak dinosaur yang bela seladang tu, ketika dia suruh Arlo menyelinap masuk di tengah kawasan seladang bagi tujuan menarik perhatian pemburu haram itu, Arlo takut nak pergi serta perbagai alasan diberi dan apa yg bapak dinosaur tu cakap pada Arlo sangat terkesan pada diriku JANGAN BERLEBIHAN BERFIKIR. kita ni kadang2 berlebihan brfikir itu yg buat kita susah nak berfikiran positif so mulai semalam aku set dalam minda aku untuk tidak berlebihan berfikir. fikir yang baik baik je.. bila apa jua ujian yg mendatang kena fikir baik-baik je dan jangan berlebihan berfikir baru kita boleh bersabar serta redha dgn ujian dari ALLAH.. ingat.. semua yang berlaku mesti ada hikmah dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan ALLAH S.W.T.. berdoa moga Allah permudahkan segala urusan kita, aminn..