Tuesday 15 September 2009

Amaran 18 tahun ke atas sahaja..?

AMARAN
Tulisan dibawah hanya sesuai utk mereka yg berumur 18 thun keatas sahaja.. Baru-baru ni aku ternampak seorg budak dgn bangganya menbeli sekotak rokok jenama tut... kotak warna merah.. mungkin kau org boleh agak dah brand apa..? tapi bukan pasal brand aku nak bangkitkn tapi pasal perangai budak la ni.. mgkin situasi macam ni kita biasa lihat dikawasan kita, coma sedar atau tidaknya kita ttg kesalahan menjual benda ni kpd mereka yg di bwah 18 tahun.. so aku mula terpikir dimananya logiknya meletak amaran dikotak rokok jika peniaga sendiri tidak mematuhi etika penjualan benda ni, adakah pengukuasaan kurang atau memg takda org nak buat kerja macam ni ataupun penguatkuasaan memg takda dinegara tercinta ni..? perkara macam ni bukan aku nak menudin jari kepada pihak berkuasa, aku just nak bangkitkn utk kita sama-sama bertindak..
macam mana..?
Bagi perokok tegar jgn sesekali menyuruh anak-anak menbeli rokok..
Jika perkara macam ni berlaku didepan mata kita coba kita tegur secara berhemah..
Kita boikot kedai yg menjual rokok kpd mereka yg kurang dari 18 tahun..

jangan lakukan perkara ini..
penampar budak yg beli rokok..
maki hamun tokei kedai..
bakar kedai..

Lens 50mm 1.8

Akhirnya dapat jugak aku memiliki lens yg comel ni, setelah sekian lama mengidam,hehe.. apa yg membuat aku tertarik tentang lens ni..? firt mestilah ttg pasal kualiti dan harganya yg berpatutan, kedua pasal aku nak belajar buat close up picture ketiga bagus utk buat potret picture serta byk lagi boleh buat jika kena ngan gayanya..

org kat atak kenal maka tak cinta begitu lah aku dgn lens ni.. hasilnya lepas balik dr beli lens ni aku terus tembak apa yg ada dekat aku.. sebelah ni hasil dari lens ni + hoya filter for close up.. memang best giler buat close up sampai takda selera nak makan time buka puasa.. walaupun ada ikan besar atas meja.. dalam duk takda selera tu pun habis jugak mknan yg kami oder buktinya lihat bertapa laparnya kami makn licin.. itu pun nasib baik ada member aku yg kuat makn tu.. tak rugi aku ajar dia keluar,hehe..


Rumah anak yatim al wadi









Hari ahad baru ni bersamaan 23 ramadhan.. group FMDC zon utara telah mengadakan majlis berbuka puasa berasama anak-anak yatim al-wadi di kampung Kupang daerah Baling kedah. Hati begitu sayu bila melihat wajah-wajah anak-anak yahim ini, aku tahu bagimana peritnya mereka sekarang ni.. kerana aku juga anak yatim tapi aku sekarg sudah dewasa mgkin keperitannya tak macam diaorg lalui skrg ni.. aku yakin mesti keluarga mereka serba kekurangan, ini mungkin sebab utama mereka dihantar ke rumah anak yatim al wadi, waktu rakan seusia mereka ni mendapat kasih sayang dari ibu dan ayah, mereka menagih kasih sayang dari penjaga mereka di pusat Al- Wadi.. kita bayangkan bertapa sukarnya hidup mereka yg serba kekurangan..

Disini aku sertakan butiran utk kita sama-sama menbantu mereka..
Rumah Yakin Al-Wadi

Lot 4185, 09200 Kupang,
Kedah Darul Aman.

Tel: 04-4724895 Faks: 04-4707728
HP: 013-4001001 (Ustaz Daud)

Akaun Bank Islam: 02048 010013676

RUMAH YAKIN ANAK ANAK YATIM/ MISKIN AL-WADI

Akaun BSN: 02100 4100000162 2 RUMAH YAKIN AL-WADI

Bersama lah kita meringankan beban mereka.. amin..

Thursday 10 September 2009

Syukur dapat jugak duit raya tahun ini..


Semalam kerajaan mengumumkan berita gembira untuk 860,000 penjawat awam kumpulan sokongan seperti aku ini, iaitu pemberian bantuan khas kewangan RM500 bagi kumpulan sokongan yg berusaha keras selama ini.Bayaran khas kewangan itu akan dibuat dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri tahun ni manakala bakinya pada bulan Disember sebelum budak sekolah daftar.Bantuan Khas ini rasanya bukan Bonus Perkhidmatan kerana tidak melibatkan kakitangan lain seperti guru-guru dan kumpulan Profesional. Lepas ni mesti kesatuan cikgu2 semalaysia akan minta jugak.. takcaya tengok la nanti..

lagi ulasan "Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam kumpulan ini terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan juga persediaan persekolahan pada hujung tahun ini," menurut kenyataan Kementerian Kewangan hari ini. Bagus betul PM ni..
Menurut kenyataan itu, pemberian bantuan khas berkenaan membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM430 juta kepada kerajaan. wahh..!! banyak tu nak sama budjet pelihanraya kecil..

apa-apa pun aku syok sgt dgn berita ni.. lepas ni boleh la aku tambah satu lg lens.. ops..!! bukan tambah calon isteri tau.. tambah lens je..
memg patut la kerajaan bg bantuan khas ni, sbb apa selama ni aku duk pangggkah kerajaan mana dapat duit, yg ni barulah nak dapt setelah 2 kali pilihanraya..

Wednesday 2 September 2009

Ramadhan Datang Lagi.. Apa kita nak buat..?


Pejam celik- pejam celik sekali lagi aku bertemu dgn penghulu segala bulan dan bulan yg penuh dgn keberkatan serta kelebihan ini, Alahamdulillah Allah S.W.T makburkn doa aku. Ramadhan tahun ni agak berbeza dugaannya bagi aku walaubagaimana pun aku tetap sambut dengan penuh keiklasan moga Allah terima segala amalan aku. Disini ingin berkongsi amalan atau kelebihan bulan ramadhan yg aku ambik dari website ustaz Azhar Idrus
KELEBIHAN BULAN RAMADHAN
Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :

1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.
2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi

3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :

"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."

Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).

Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."

Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi

5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.

Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dgn waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dgn puasanya."

Hadis riwayat Iman Bukhari & Muslim.