Thursday 13 January 2011

salah ke aku bertanya..?

"Halal ke duit yang akak dapat tu..?" ini soalan yg aku tanya pada member sekerja aku.. dengan soalan ini juga aku hampir mengeluarkan kata-kata yg kurang sopan nasib baik kesabaran aku masih menebal.. adakah ini soalan yg berniat hasad dengki..? aku pun pelik kenapa dia nak marah sangat bila aku tanya soalan macam ni, mungkin soalan agak sensitif bagi orang yg kurang ilmu agama atau yg tak menagamal ajaran islam sepenuhnya.. masalahnya member aku ni sembahyg dia jaga tapi bab2 duit ni dia ambil mudah,(bagi aku la)

KENAPA aku kata dia ambil mudah..? sbb pertama, ayat dia yg dikeluarkan dr mulut dia yg berbunyi " tu la orang melayu susah nak berjaya sbb suka pikir yang haram je" adakah memikir benda yg haram itu salah..? atau memikir yg haram ini menyebabkan kita tak boleh berjaya..? bagi aku pemikiran macam ni, lebih mementingkan keduniaan sahaja.. kita perlu ingat hasil rezeki kita adalah benda yg akan dipersoalkan halal n haram di akhirat nanti.. bukan itu sahaja keberkatan juga perlu ada dalam mencari rezeki ini.. pernahkah kita terfikir kenapa kita tak tenang tak bahagia walaupun wang masuk byk tapi masih tak cukup utk menampung kehidupan seharian..mana duit itu pergi..? semua itu kita jarang muhasabah kenapa ia berlaku..

kenapa anak kita degil..?

padahal didikan agama telah kita beri tapi masih berlaku..

kenapa anak kita tak hormat kita..?

padahal kita dah bagi apa yg dia nak..

semua permasalahan diatas ada hikmahnya.. coba kita renung sedalam -dalamnya apa yg tak kena dalam kehidupan kita, mgkin ada kepincangan.. berbalik persoalan aku tentang "salah ke aku bertanya..?" bagi aku kenapa seorang insan itu berfikiran sedemian " tu la orang melayu susah nak berjaya sbb suka pikir yang haram je" ayat ini aku tak boleh terima kerna ia keluar dari seorang yg beragama islam, lain la jika yg keluarkan ayat ni seorang kafir aku tak kesah sgt.. ini orang yg seagama dengan kita.. masyallah..

p/s: maaf jika tulisan aku ini menguris perasan sesiapa sahaja yg membacanya.. niat aku hanya ingin bertanya..

2 comments:

  1. ini kes biasa nie,.. MLM cri downline...hehehe tul ker?
    Bertindak Bijak lah, wahai sahabat, biarkan dia dgn labu2nya.

    ReplyDelete
  2. huhu.. macam2 skrg nih.. klu MLM tu biasa lah.. tapi skrg dah ada beberapa MLM yang dah dapat sijil pengiktirafan dari panel syariah.. ntah lah kita nih tak pandai dalam bab2 nih.. biar yang pakar yang tentukan.. klu bleh lepas kat badan panel syariah tu.. kira betullah perjalanan duit dia kot.. pasal forex tu plak no komen.. takde lagi ada badan2 yang memberikan pengiktirafan halal kat forex.. wallahulam.. sama2 berlindung dari rezeki yang haram

    ReplyDelete

Dont worry be happy to comment..