Friday 2 September 2011

Kerjaya sebagai jurugambar



Slam lebaran.. hari ini mari kita bincangkan kerja sbg jurugambar..

oleh keran ramai yg ingin cari makan dalam dunia fotografi so komentar amat dia alu-alukan..



aku bukanlah seorang photographer ful time walaupun amat meminati bidang ini sejak dari bangku sekolah lagi.Ini adalah kerana aku hanya menjadikannya sebagai hobi masa lapang sahaja.Disebabkan tidak menumpukan sepenuh masa, maka pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini amatlah cetek sekali walaupun dah pernah memiliki kamera termasuk DSLR.



Baru-baru ini barulah aku rasa nak jadikan ia sebagai satu bidang yang mampu memberi sedikit pulangan (side income) pada aku dan dari situlah aku mula membeli buku2, surf internet dan mengikuti beberapa kursus yang sempat saya pergi serta TAG otai yg dah pro.Akan tetapi, kebanyakan pendedahan yang aku dapat tertumpu pada wedding photography sahaja. aku akui, pendapatan melalui bidang wedding photogaphy ini amatlah lumayan kerana aku pernah juga menjadi backup photographer untuk wedding, company event dan acara2 lain beberapa kali.



aku sebenarnya kurang berminat dalam membuat fotografi dalam wedding atau acara-acara seumpamanya kerana perlu terkejar2 dan berada ditengah2 ramai orang.aku sebenarnya lebih suka untuk membuat fotografi dalam keadaan yang lebih rilek dan memberi ruang untuk berfikir dan mencari idea.Apakah bidang fotografi yang sesuai untuk aku? aku selalu melihat iklan2 yang terpampang di papan iklan dan cukup berminat kalau dapat menghasilkan karya seperti itu.



Lagipun, dah terlalu ramai yang berada dalam wedding photography dan sudah tiba masanya kita diberi pendedahan dalam photography yang lain pula. asyik-asyik wedding je.. try shoot product ke.. macro ke.. landscape ke dan bermacam-macam jenis lagi..



so aku harap kepada jurugambar yg ada pengalaman dalam bidang lain sila komen isu ini , moga jadi panduan kpd aku yg masir junior ni..

No comments:

Post a Comment

Dont worry be happy to comment..