Saturday 16 July 2011

Apa beza kitlens 18-55,f3.5-f5.6 dengan 17-55 , 2.8..?



First sekali, kita kena faham macamana lens direka/design. contoh kitlens 18-55 mempunyai element yang sangat sedikit kalau nak dicomparekn dengan 17-55. Sebab, 17-55 memerlukan BANYAK element untuk mengekalkan bukaan Aperture 2.8, manakala kitlens tak mampu untuk mengekalkan Aperture yang constant. sama juga macam harganya perbezaan amat ketara.. tak caya try skodeng dekat shashinki..

Diameter filter atau dalam bahasa fotografi dipanggil Lens Barrel, iaitu saiz binaan lens. Panjang fokus atau focal length ni semuanya adalah kanta. Kalau kamu faham macamana focal length ni berfungsi untuk zoom lens, maka kamu akan faham kenapa lens yang bukaan Apertura yang luas(contoh f2.8) mempunyai lens barrel yang sangat besar.dan lens 18-55 f3.5mempunya lens barrel yg kecil sedikit, utk makluman Lens barrel takde kena mengena dengan nilai Focal Length yang luas. so jika tengok lens yg besar kedabak bukat bermakna lens itu mempunyai focal length yg luas atau bahasa yg mudah kita faham adalah “wide”
jika tak caya coba kaji kenapa 50mm F/1.8 lebih kecil dari 50mm F/1.4 . Dan kenapa lens barrel nya sgt besar, padahal kedua-dua lens ni mempunyai focal length yang sama.. kan?


kesimpulannya jika minat kita kepada bukaan Aperture yg luas maka sila lah guna lens yg mempunyai F number yg kecil,perlu diingat bukaan Aperture yg luas membantu dalm mengambil gambar pada suasana yg agak kelam “kurang cahaya” tapi tak bermakna kitlens 18-55 itu tak boleh mengambil gambar pada keadaan yg kelam, sebagai altenatif kita naikan ISO atau menggunakan bantuan Speedlight( flash) semua ini bergantung kepada cara kita ingin mennonjolkan sesuatu sugjek yg ingin kita potretkan..

aku ingin syorkan bagi yg tak berkemampuan utk membeli lens yg mempunyai bukaan Aperture yg luas, kita boleh beli lens yg third party contohnya lens Tamron 17-50 f2.8 hasil kualitinya tak kurang hebatnya berbanding lens 17-55 f2.8 nikkor.. apa-apa pun tepuk kocek dulu,hehe...

No comments:

Post a Comment

Dont worry be happy to comment..