Showing posts with label Asas Fotografi. Show all posts
Showing posts with label Asas Fotografi. Show all posts

Wednesday, 9 January 2013

Jpeg vs Raw kelebihan dan kekurangan..?

 
Kelebihan RAW
Loseless data memberikan kita lebih byk ruang utk edit tanpa kehilangan data.
Contohnya gambar yg gelap apabila diedit menjadi terang, tiada noise yg jelas akan kelihatan.
Lebih detail kerana loseless data
Berbanding dgn JPEG, dgn RAW, saya boleh edit dan perbaiki kesilapan White Balance itu dgn mudah
Jika di-edit dgn baik, hasil akhirnya boleh jadi lebih mantap dan menonjol berbandingdgn JPEG pd gambar yg 
sama.
Jika anda penggemar HDR (High Dynamic Range), hasil akhir RAW akan lebih cantik jikadibanding dgn JPEG
Jika kita menyimpan gambar yg sudah di-edit dlm format JPEG, gambar original RAW kitamasih lagi terpelihara
Less noise, more detail preserved Pendek kata - kebebasan memanipulasi dan meng-edit gambar dgn kehilangan 
data yg sgt minimal, atau tiada 
 
Kelemahan RAW
Saiz besar - memerlukan ruang simpanan yg byk
Wajib edit atau ditukar menjadi JPEG utk hasil akhir
Leceh bg mereka yg bukan penggemar editing
Time consuming
 
 
Kebaikan JPEG
Saiz kecil, jadi memberi lebih byk ruang utk kita menjimatkan space dlm memory card
End product - jika suka 1 gambar itu, boleh terus pergi print
Menjimatkan masa kerana tak perlu susah-susah edit
Gambar yg tersedia sudahpun cantik, bergantung pd setting kita pd kamera tersebut, yg 
mana berkenaan White Balance, Saturation, Contrast, Sharpness etc etc.
 
Kekurangan JPEG
Macam mana kita setting, macam tu lah hasilnya. Jika di-edit lebih-lebih, akan mempengaruhi
 hasil akhir kerana utk format JPEG, drpd awal-awal lagi ia sudah kehilangan byk data
 semasa diproses oleh sensor kamera
Jadi setiap editing yg kita buat akan mempengaruhi dan menyebabkan lebih byk data yg
 hilang
Kerosakan atau kesilapan seperti White Balance terlalu kuning atau biru, sgt susah utk 
diperbaiki. Contohnya apabila saya mengambil gambar portrait dan saya dapati skintone
 sedikit kemerahan, agak susah utk diperbaiki semasa editing.
gambar pintu diatas adalah contoh perbezaan kualiti original shoot dalam RAW dan JPEG.. walaupun gambar jpeg lebih menonjol namun perlu di ingat hasil diatas  gambar diatas adalah original tak olah atau edit lagi.. so jika sudah diedit dan kena gayanya sure lagi gempak  macam gambar kat bawah ni....
jika hendak lebih lagi penerangan rujuk blog mamat ni..klik disini
 jangan lupa praktik apa yg kita tahu.. jgn hanya duk baca je.. buatnya tidak.. jadilah insan berguna,hehe..

 
 

Tuesday, 23 October 2012

Bilakah Masanya Kita Perlu Menaikkan ISO?


ISO atau ASA (semasa zaman filem) ialah satu penunjuk sensitiviti sensor atau filem terhadap cahaya. Ianya diukur menggunakan nombor 100, 200, 400 dan seterusnya. Lebih tinggi nombornya, lebih sensitif sensor atau filem terhadap cahaya. Lebih rendah nombornya, sensor atau filem akan lebih kurang sensitif kepada cahaya dan akan menghasilkan noise atau bintik-bintik hitam pada gambar anda.
Biasanya kita perlu menggunakan tetapan ISO yang tinggi apabila kita mengambil gambar di tempat yang gelap, seperti mengambil gambar sukan didalam stadium tertutup.
Nilai ISO yang dianggap normal ialah ISO100. ISO100 akan menghasilkan gambar yang kurang noise.
Bagi kebanyakan orang yang baru berjinak dengan kamera DSLR, biasanya mereka akan menggunakan Auto Mode. Pada mode ini, kamera akan menetapkan ISO berdasarkan pada keadaan semasa anda mengambil gambar. Kamera akan memastikan sedaya upaya supaya tetapan ISO adalah pada tahap yang paling rendah.
Sekiranya anda menggunakan mode manual dan memilih tetapan ISO anda sendiri, anda pasti akan perasan bahawa ini akan memberi impak kepada shutter speed dan aperture yang diperlukan untuk mendapatkan gambar dengan exposure yang baik. Sebagai contoh, sekiranya anda menaikkan ISO kepada 800, anda boleh mengambil gambar dengan shutter speed yang laju dan menggunakan aperture yang kecil.
Berikut adalah beberapa keadaan dimana anda perlu menaikkan ISO anda:
1. Acara sukan di dewan tertutup dimana anda tidak mempunyai cukup cahaya dan perlu untuk memegunkan subjek anda
2. Galeri seni dimana penggunaan flash adalah dilarang
3. Konsert
4. Parti harijadi. Semasa acara meniup lilin, anda mungkin mahukan mood gambar yang samar-samar dimana jika anda menggunakan flash, gambar anda mungkin tidak menarik.. dibawah adalah contoh kesan iso pada gambar..


sumber klik disini..

Wednesday, 17 October 2012

Beli kamera online..?


Ingatkah anda tentang satu berita pasal seorang pemuda dari JB yang tertipu dengan jual beli online. Lelaki ni dari Johor Bahru order 3 unit Samsung Galaxy S dengan harga RM1,100 seunit iaitu lagi murah dari harga asal iaitu RM1,900. Sapa tak rambang mata kan brother ni, dia siap order 3 lagi dan bayar terus direct kepada seller. Alih-alih beberape hari selepas itu , bungkusan di terima dengan happy, bukak-bukak tengok lesung batu.

Tak ke sedih satu duit lesap, kedua phone tak dapat tapi lesung dapat. Brother ni terus call SSM untuk kenal pasti syarikat itu dan akhirnya Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia mengeluarkan perintah yang penjual membayar balik duit itu dalam tempoh 14 hari.
Untuk pengetahun korang, nak buat tuntutan kat TTPM ini hanya boleh dilakukan kepada individu sahaja. apa yang pelik dari kes ini, brother ni macam la tak boleh research on the market price of that phone. Samsung Galaxy II ni sekrang boleh dapat less than RM1,000. Mistake paling besar dia tak buat research.
Ok bebalik pada kisah penipuan jual beli online ni. Saya ada beberape kali experience in shopping online dan alhamdullilah tak de la masalah apa-apa. Tapi that does not mean saya tidak terdedah dengan penipuan ini. Laman seperti mudah.com.my sangat senang untuk ditipu kerana tiada apa-apa jenis verification id diperlukan untuk create account. kalau lelaong.com.my ada. dan in fact, kita dapat tengok komen pembeli diatas pembelian dengan seseorang penjual dalam lelong. Tapi still, kalau nak menipu, apa-apa cara boleh dibuat.

Perkara yang perlu diambil berat..
1. Buat research on the products that you nak beli. Tengok harga market price. Itu paling penting dan compare. Kalau beza berpuluh-puluh tu mungkin boleh diterima kalau beza sampai ebratus-ratus, mesti korang rase pelik kan? so kemungkinan penipuan ada di situ
2. Check track record penjual. Apa kata preious customers akan kepercayaan dorang. Penting ni.
3. Laman awam seperti mudah lelong ni susah sket nak dipercayai kecuali untuk COD (Cash on Delivery) items.
4. Kalau boleh, ask for any sort of verification ID dari mereka. Macam Identification No ke, alamat kedai ke, dan paling penting, bercakap melayu dengan mereka. Sebab saya pernah dengar kes awang hitam menipu dalam mudah.my.
5. Jangan serahkan no. kredit kad, debit kad, IC kepada mereka.
6. Kredit Kad, Debit Kad, Cek atau Cash? Kredit kad mungkin lebih selamat kerana korang ada masa lagi untuk hold the payment if something wrong or fishy comes up. untuk Debit Kad pun ada sesetengah bank boleh buat. Money Transfer adalah paling risky contoh macam brother kat atas tu. Kalau dah tertipu, putih mata sahaja. Paling baik kalau korang baut COD. Bawak cash dan dengan jumpe buyer everywhere and bayar on the delivery. Buat satu disclamer yangkalau barang tu that up to your expectation, jangan beli.


http://yamiya.com.my/store/ yg tak pernah try.. jika nak beli kena titik beratkan perkara kata atas ni tapi raas ok kot..

Tuesday, 16 October 2012

Bila Masanya Kita Nak Gunakan Exposure Compensation (EV)?


Kamera DSLR sekarang dilengkapi dengan satu fungsi yang diberi nama Exposure Compensation. Jadi, apakah fungsi Exposure Compensation (EV) dan bilakah masanya kita nak gunakan ia?
Exposure Compensation (EV) ialah satu fungsi yang membenarkan pengguna melaras pendedahan cahaya yang diukur oleh light meter kamera. Bergantung kepada jenis-jenis dan model kamera, biasanya julat pelarasan ialah daripada +5 hingga -5 EV dalam 1/3 steps.
Ini bermakna anda boleh mengubah pendedahan cahaya yang diberi oleh light meter kamera dengan mengarahkan kamera untuk melebihkan cahaya yang masuk (exposure compensation positif) atau mengurangkan cahaya yang masuk (exposure compensation negatif).
Bergantung kepada bagaimana kamera anda mengawal exposure compensation dan juga mod apa yang anda gunakan, kamera anda mungkin akan melaras aperture dan membiarkan shutter speed pada kedudukan yang tetap atau ia mungkin melaras shutter speed dan membiarkan aperture pada kedudukan yang tetap.
Sebagai contoh saya menggunakan mod A, aperture F/4 (di dalam pejabat saya), light meter mengukur pendedahan cahaya dengan shutter speed 1/125 saat dan aperture F/4. Jika saya menaikkan EV +1, kamera saya telah memberikan shutter speed 1/60 dan dan mengekalkan bacaan aperture F4. Disini saya dengan sengaja telah menerangkan/overexpose gambar saya.
Shutter Speed = 1/125 saat, Aperture = F/4, EV = 0, Tiada Flash
Shutter Speed = 1/60 saat, Aperture = F/4, EV = +1, Tiada Flash

Jadi, kenapa kita perlu menerangkan (overexpose)/menggelapkan (underexpose) gambar kita dan mengubah pendedahan cahaya yang telah diberikan oleh kamera kita?
Ini kerana, pada keadaan tertentu light meter kamera boleh tertipu dengan keadaan cahaya pada sesuatu frame.
Sebagai contoh gambar di atas, perhatikan bahawa terdapat banyak cahaya dan langsir putih di latarbelakang gambar tersebut. Semasa mengambil gambar ini, saya menggunakan metering Center Weighted. Pada metering ini, light meter kamera akan membaca cahaya pada keseluruhan gambar. Maka, light meter kamera beranggapan bahawa terdapat lebihan cahaya pada keseluruhan gambar tersebut.
Oleh itu ia cuba untuk mengimbangi cahaya di dalam gambar tersebut lalu mengurangkan kemasukan cahaya. Hasilnya, pada bahagian tertentu gambar, seperti pada meja dan komputer, gambar menjadi gelap dan pada bahagian langsir cahaya adalah normal. Apabila saya menaikkan EV kepada +1, pada bahagian yang gelap telah menjadi terang dan terdapat sedikit overexpose pada bahagian yang normal. Namun keadaan ini adalah lebih baik daripada keadaan yang sebelumnya kerana lebih banyak butiran didalam gambar yang kita dapat lihat.
Jadi, apabila anda bertemu dengan keadaan ini, dimana subjek adalah gelap disebabkan cahaya pada latar belakang adalah terang,  atau subjek menjadi terlalu terang disebabkan cahaya pada latar belakang tidak mencukupi, maka gunakanlah exposure compensation (EV) untuk menerangkan (+EV) atau menggelapkan (-EV) subjek anda.

Apakah Kelebihan Lens 10-24mm?


Lens 10-24mm adalah termasuk dalam kategori Ultra Wide Angle Zoom Lens. Setakat ini, pengeluar lens yang menghasilkan lens ini hanyalah Tamron. Modelnya ialah seperti berikut :

Tamron SP AF 10-24mm f/3.5-4.5 Di-II Lens (RM1,900.00)

Lens ini dikeluarkan untuk kamera Sony, Pentax, Nikon dan Canon. Sekarang, mari kita lihat apakah kelebihan lens 10-24mm ini?
Lens 10-24mm ini adalah sesuai digunakan untuk mengambil gambar pemandangan. Dengan menggunakan lens ini, anda boleh mendapatkan sudut pemandangan yang luas. Rujuk 2 gambar di bawah ini untuk perbandingan:
Diambil menggunakan lens Tamron 10-24mm, pada focal length 24mm
Diambil menggunakan lens Tamron 10-24mm, pada focal length 10mm 
Gambar-gambar di atas diambil pada kedudukan yang sama, perbezaannya hanyalah pada focal length sahaja. Gambar yang diambil menggunakan focal length yang kecil, 10mm, memberikan gambar yang kelihatan lebih luas berbanding dengan gambar yang diambil menggunakan focal length 24mm.
Satu kelebihan lens ini ialah ia juga sesuai untuk mengambil gambar di tempat yang sempit dimana lens biasa seperti lens 18-55 tidak boleh mengambil gambar penuh seperti gambar dibawah:
Apabila sesuatu ruang itu sempit, dan anda tidak boleh berundur untuk mengambil gambar penuh, maka disinilah lens 10-24mm akan memainkan peranan. Dengan lens ini anda akan dapat merakamkan gambar keseluruhan ruang tanpa bergerak ke belakang.
Sekiranya anda seorang yang baru hendak menjadi seorang jurugambar perkahwinan, maka saya amat mengesyorkan supaya anda melabur pada lens 10-24mm ini..nak beli klik disini..

Mengambil Gambar Makro Menggunakan Extension Tube


Salah satu cabang dalam bidang fotografi ialah Macro Photography. Macro Photography ialah berkenaan mengambil gambar sesuatu objek dengan teramat dekat. Definisi secara teknikal ialah mengambil gambar pada nisbah 1:1. Dari segi bahasa pasar pula, orang biasanya akan menyebut mengambil gambar makro.
Lens makro biasanya akan ditanda dengan tanda nisbah 1:1, 1:2 atau 1:5. Lens dengan tanda nisbah 1:1 bermakna gambar yang dihasilkan diatas sensor kamera (sensor 35mm/kamera full frame) adalah bersaiz sama besar dengan saiz sebenar. Pada nisbah 1:2 pula, bermakna gambar yang dihasilkan diatas sensor kamera  (sensor 35mm/kamera full frame) adalah bersaiz 1/2 berbanding dengan saiz sebenar, dan begitulah seterusnya.
Lens makro biasanya adalah mahal. Sebagai contoh lens Tamron SP AF 90mm f/2.8 Di Macro Autofocus Lens adalah berharga RM1495.00. Lens Tamron SP AF60mm F2 Di II LD (IF) 1:1 Macro adalah berharga RM1,660.00 dan lens Nikon AF-S VR Micro-Nikkor 105mm f/2.8G IF-ED pula berharga RM2500.00.
Berikut adalah perbezaan antara lens makro:
1. Lebih rendah focal length sesuatu lens, biasanya akan lebih murah lens tersebut.
2. Lebih rendah focal length sesuatu lens, maka lebih kecil dan ringan lens tersebut.
3. Lebih rendah focal length sesuatu lens, maka lebih dekat kita perlu berada dengan subjek untuk mengambil gambar. Sebagai contoh, lens makro dengan focal length 100mm pada jarak lebih kurang 45cm daripada subjek, akan memberikan kadar pembesaran yang sama dengan lens 50mm pada jarak 23cm daripada subjek.
Bagi sesiapa yang tidak mempunyai bajet untuk membeli lens makro, maka pilihan yang lain ialah:
1. Extension Tube
2. Raynox Macro Filter
3. Macro Converter
Dalam tutorial ini, saya akan menulis mengenai Extension Tube dahulu. Raynox Macro Filter dan Macro Converter akan saya tulis dalam tutorial yang lain.
Extension Tube adalah seperti ini:
Extension tube ialah silinder yang berlubang ditengahnya yang perlu dipasang diantara kamera dan lens, menyebabkan lens berada pada kedudukan yang lebih jauh daripada sensor kamera. Jarak yang jauh ini membolehkan lens anda untuk memfokus subjek dengan lebih dekat dan memberikan kebolehan untuk membesarkan gambar.
Extension Tube ini terdiri daripada tiga tube dengan focal length 12mm, 20mm dan 36mm. Tube-tube ini perlu digunakan dengan lens 50mm atau lens 18-55mm (pada focal length 55mm). Tetapi amat disyorkan anda menggunakan lens 50mm. Tube-tube ini boleh digunakan serentak dengan lens 50mm atau boleh digunakan dengan menggabung satu tube dengan 50mm atau dengan dua tube dengan 50mm.
Berikut adalah hasil gambar dengan menggunakan extension tube ini dengan kamera Canon 600D, lens 18-55mm dan Flash Nissin Di622 Mark II:
 
Gambar makro diambil menggunakan mod manual dan lens 18-55mm

 
Gambar makro diambil menggunakan mod manual dan lens 18-55mm dan Macro Extension Tube 36mm

 
Gambar makro diambil menggunakan mod manual dan lens 18-55mm dan Macro Extension Tube 18-55mm dan 36mm dan 20mm

 
Gambar makro diambil menggunakan mod manual dan lens 18-55mm dan Macro Extension Tube 18-55mm dan 36mm dan 20mm dan 12mm

Dengan menggabungkan lens 18-55mm dan 36mm dan 20mm dan 12mm, anda akan dapat kadar pembesaran yang terbesar jika dibandingkan dengan lain-lain gabungan lens 18-55 dan Macro Extension Tube. Tetapi anda perlu berada agak rapat dengan subjek untuk mengambil gambar, lebih kurang 4 inci jaraknya.
Bagi sesiapa yang mempunyai bajet kurang daripada RM600, maka Macro Extension Tube ini amat sesuai untuk mereka kerana harganya adalah lebih kurang RM550. Tetapi jika anda boleh berkompromi dengan barang second hand, maka saya ada satu unit Kenko Macro Extension Tube untuk Canon dengan harga RM350. Klik disini untuk melihat barang tersebut.
info fotografi from kedai kamera digital..

Apakah Kegunaan Speedlight?


Speedlight/speedlite/flash ialah sejenis alat yang kecil yang digunakan untuk menghasilkan cahaya, samada ketika tidak cukup cahaya atau ketika cahaya datang dari arah bertentangan.

Biasanya ianya digunakan untuk mengambil gambar portret tetapi ia juga boleh digunakan untuk menerangkan objek-objek yang lain di dalam fotografi lanskap, menerangkan subjek di dalam product shoot dan memegunkan pergerakan di dalam fotografi sukan.
Ianya adalah lebih sesuai digunakan secara off-camera (tidak diletakkan di atas badan kamera) kerana :
- anda boleh mengawal arah cahaya. Dengan mengawal arah cahaya, anda mengawal bayang2 yang akan dihasilkan dan bayang2 akan membantu untuk memberi bentuk kepada subjek
- anda boleh mengubahsuai cahaya yang dihasilkan. Cahaya yang dihasilkan oleh Speedlight/speedlite/flash anda akan menyebabkan bayang2 subjek anda menjadi kasar kerana cahayanya adalah lebih kecil daripada subjek anda. Untuk mendapatkan bayang2 yang lebih lembut, anda perlu menggunakan cahaya yang lebih besar daripada subjek anda. Oleh itu letakkan payung putih dihadapan Speedlight/speedlite/flash supaya cahaya menjadi lebih besar.. untuk atikel selanjutnya sila ke web kedai kamera digital.. 

 dibawah adalah peralatan yg dapat membantu dalam mendapat gambar yg unik seperti di atas ini..




Wednesday, 21 March 2012

Perbezaan Adobe RGB dengan SRGB.

 
Perkara 1:
Apa dia sRGB dan aRGB? Ini adalah orang panggil photogarphic color space. Yang paling luas color space ialah RGB yang meliputi kesemua color yang mata manusia mampu lihat tapi untuk peralatan seperti kamera, printer, monitor dan lain-lain, tak mampu nak hasil. Disinilah datangnya sRGB dan ARGB. Yang paling lama ialah sRGB (Standrad Red Green Blue). ARGB pula diperkenalkan oleh Adobe.

Perkara 2:
Walaupun sRGB lebih lama diguna orang, tetapi aRGB mempunyai lebih color space maknanya lebih tepat terutama warna-warna biru dan hijau. Dan semua warna dalam sRGB, berada dalam color space aRGB. Tetapi kena ingat limitasi kedua-duanya, sRGB dan ARGB, ialah 16 million colors untuk imej Jpeg. Jpeg memberi intrepitasi warna hanya dalam 24bits (8-bit Red, 8-bit Green dan 8-bit-Blue, 8+8+8=24). Dengan 24-bits ini, sebanyak hampir 16.7 million colors mampu diterjemahkan. Dan hanya untuk 16 million color ini, sRGB dan ARGB lebih kurang sama saja kemampuannya tapi ingat, color space ARGB adalah lebih sikit.

Perkara 3:
Maka kalau begitu, nak guna mana? Senang cerita, kita ikut majoriti lah. Hampir 99% orang guna sRGB. Hampir semua benda guna sRGB. Baik untuk internet, untuk cetek gambar ker, semua orang guna sRGB. Masa bila orang guna ARGB? Masa kalau kita cetak sendiri gambar dan kita pulak tak puas hati color space yang sRGB beri. Masa tu memang kita guna RAW (sebab nak bagi puas hati), monitor pulak yg high-end dan printer yg kita guna pulak memang guna profile ARGB yang boleh cetak banyak color gamut. Contohnya ialah dari imej format RAW, convert dulu ke TIFF 16 bit dan lepas tu terus masuk ARGB. Selepas process, terus cetak dalam ARGB. Sebab apa? Sebab nak kan color yang lebih tepat.

Tapi kalau nak hantar ke web atau aplikasi lain, kena convert juga ke sRGB. Lebih senang kita gunalah sRGB. Tanpa perlu peningkan kepala sampai berpeluh. Kita oarng biasa-biasa yg hanya untuk post dalam Flickr atau untuk cetak kat kedai gambar  ker... contohnya, monitor kita pun biasa-biasa saja. Guna saja sRGB untuk mudah dan selamat (tapi nak guna jugak, tak sape larang....).

Monday, 13 February 2012

Pertandingan fotografi tahun melawat perak 2012


KRITERIA YANG DIPERTANDINGKAN

Setiap perserta pertandingan perlu mencari lokasi-lokasi yang menarik / unik dan cantik bagi menarik minat pelancong-pelancong datang ke Bandaraya Ipoh. Shot-shot yang perlu diambil oleh peserta adalah berdasarkan EMPAT kriteria iatu:


"LANSKAP"

"KEHIDUPAN" (Budaya Kehidupan Masyarakat di Bandaraya Ipoh)

"BANGUNAN-BANGUNAN"

"FLORA dan FAUNA" 

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1. Warganegara Malaysia berumur diantara 12 tahun hingga 17 tahun bagi kategori PELAJAR dan 13 tahun ke atas bagi kategori TERBUKA, Penyertaan daripada Urusetia Pertandingan adalah tidak dibenarkan.

2. Hanya gambar-gambar yang dirakamkan disekitar BANDARAYA IPOH MULAI 18 DISEMBER 2011 SEHINGGA 18 MAC 2012 sahaja yang layak untuk dipertandingkan.

3. Peserta-peserta boleh menyertai keempat-empat kriteria yang dipertandingkan, peserta-peserta boleh menghantar** seberapa banyak gambar untuk dipertandingkan.

4.Gambar-gambar mestilah asli dari dayausaha dan kreativiti sendiri, olahan dan pengubahsuaian dengan menggunakan sistem komputer adalah dilarang samasekali dan gambar-gambar yang dihantar adalah belum pernah dipertandingkan atau memenangi mana-mana pertandingan didalam atau luar negara. Setiap gambar-gambar yang dihantar hendaklah* disertakan bersama filem/CD gambar yang berkaitan.

6. Gambar hendaklah dicetak berukuran saiz 8” X 12” dan dilekatkan di-atas “Mounting Board” berukuran 10” X 14” (warna biru muda (Light Blue) bagi kategori Pelajar manakala warna* hitam bagi kategori Terbuka).

7. Borang Penyertaan asal atau fotokopi hendaklah dilekatkan dibelakang setiap keping gambar yang dihantar, gambar beserta borang dan Kiriman Wang Pos* yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan/sampai kepada Urusetia Pertandingan pada atau sebelum tarikh tutup :18 Mac, 2012 @ 5.00 petang.(alamat sepertimana di dalam borang penyertaan).

8. Setiap penyertaan akan dikenakan caj bayaran bagi setiap keping gambar yang dihantar. Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Kiriman Wang Pos (Money Order) atas nama “ANGKATAN SENIFOTO NEGERI PERAK’ dan hendaklah dihantar ke alamat Urusetia Pertandingan (seperti didalam Borang Penyertaan)

RM 5.00 sekeping (Kategori Pelajar) dan RM 10.00 sekeping (Kategori Terbuka)

9. Semua gambar-gambar yang di-hantar untuk penyertaan akan menjadi hakmilik penganjur. Penganjur adalah* berhak untuk menghasilkan semula atau mencetak semula* bagi tujuan Publisiti, Pameran atau Penyiaran tanpa perlu meminta keizinan terlebih dahulu daripada peserta dan perserta hendaklah mengaku serta bersetuju tidak akan membuat sebarang tuntutan kewangan atau lain-lain tuntutan melalui pihak ketiga selepas borang penyertaan di tandatangan dan diterima.

11. Keputusan hakim adalah muktamad.


Sebarang pertanyaan sila hubungi :

ASFON PERAK:-
EN.TAJUDDIN: 016-5611002 HJ.ABD RAZAK : 012-4343812 EN.ZAHRIMAN : 019-5119215  


Untuk maklumat lanjut sila layari : http://pertandinganfotografivpy2012.blogspot.com/

Saturday, 11 February 2012

Tips setting kamera DSLR


Setting umum:

a) Image Quality: Set kamera untuk ambil gambar RAW. atau pun RAW+Jpeg. Raw lebih berguna untuk kita ejas kemudian dalam Photoshop/Lightroom atau GIMP. Contohnya kita boleh ejas White Balance, Exposure, Noise dan lain2.
b) ISO: Set pada manual. jangan pakai Auto-ISO. kita akan lebih cepat belajar dari pengalaman berbanding hanya mengharapkan fungsi automatik.


Setting untuk Nature, Landscape dan Travel:

a) Exposure Mode: Gunakan Aperture Priority. Biasanya f-stop kecil f/16 hingga ke f/22 atau lebih. lebih kecil f-stop, lebih sharp gambar anda.
b) Metering Mode: Matrix Metering. Matrix metering mengambil kira keadaan cahaya dalam keseluruhan frame.
c) Focus Pattern atau Focus Area: Dynamic Area. jangan gunakan Auto-Area sebab ini akan menyebabkan titik fokus akan menumpukan kepada apa2 saja subjek yang berada paling dekat dengan kamera atau subjek lebih banyak kontras berbanding background.
d) Shooting Mode: Single atau Continous Shot (bergantung kepada keadaan). Contohnya Single untuk Landscape yang tiada pergerakan dan Continuos pada Travel/Street Photography yang mempunyai banyak pergerakan (kenderaan/manusia/haiwan).
e) White Balance: kalau anda menggunakan Image Quality Raw, setkan pada Auto sahaja kerana anda boleh ejas kemudian. Kalo guna Jpeg, ejas ikut keadaan: Daylight/Cloudy/Shade)
f) ISO: antara 100 hingga ke 800 (bergantung kepada keadaan). Contohnya gunakan ISO tinggi bila keadaan gelap dan tiada tripod.
g) Auto Focus Mode: AF-S atau AF-C Atau AF-A (bergantung kepada keadaan). Saya pakai AF-A sahaja sebab kamera boleh menentukan sendiri samada subjek kaku atau berubah2 tempat.


Setting untuk Portrait atau Event:

a) Exposure Mode: Gunakan Aperture Priority. Biasanya f-stop besar f/2.8 hingga ke f/4 atau lebih. lebih besar f-stop, lebih bokeh gambar anda. (mengasingkan subjek dari background)
b) Metering Mode: Spot Metering atau Center Weighted. Spot metering mengambil kira keadaan cahaya pada subjek sahaja berbanding keseluruhan frame.
c) Focus Pattern atau Focus Area: Dynamic Area atau Single. Single point lebih baik untuk subjek yang tidak bergerak dan bersedia untuk diambil gambar. Dynamic Area untuk subjek yang bergerak (kanak2 yang berlari atau pengantin yang sedang berjalan)
d) Shooting Mode: Continous Shot. Biasanya subjek mempunyai banyak pergerakan (berjalan/berlari/membongkok/mendongak).
e) White Balance: kalau anda menggunakan Image Quality Raw, setkan pada Auto sahaja kerana anda boleh ejas kemudian. Kalo guna Jpeg, ejas ikut keadaan: Daylight/Cloudy/Shade/Flash)
f) ISO: antara 100 hingga ke 1600 (bergantung kepada keadaan). Contohnya gunakan ISO tinggi bila keadaan gelap dan tiada tripod. ISO rendah untuk lampu studio/outdoor.
g) Auto Focus Mode: AF-S atau AF-C Atau AF-A (bergantung kepada keadaan). Saya pakai AF-A sahaja sebab kamera boleh menentukan sendiri samada subjek kaku atau berubah2 tempat.


Setting untuk Sports atau Action:

a) Exposure Mode: Gunakan Aperture Priority. Biasanya f-stop besar f/2.8 hingga ke f/4 atau lebih. lebih besar f-stop, lebih bokeh gambar anda. (mengasingkan subjek dari background). ini juga membolehkan anda mendapat Shutter Speed yang tinggi.
b) Metering Mode: Matrix Metering. Matrix metering mengambil kira keadaan cahaya dalam keseluruhan frame.
c) Focus Pattern atau Focus Area: Dynamic Area atau 3D Tracking (Kalo ada). Dynamic Area atau 3D Tracking untuk subjek yang bergerak (pemain yang beraksi/kenderaan yang meluncur laju) - Gunakan teknik panning.
d) Shooting Mode: Continous Shot. Biasanya subjek mempunyai banyak pergerakan.
e) White Balance: kalau anda menggunakan Image Quality Raw, setkan pada Auto sahaja kerana anda boleh ejas kemudian. Kalo guna Jpeg, ejas ikut keadaan: Daylight/Cloudy/Shade)
f) ISO: antara 400 hingga ke 3200 (bergantung kepada keadaan). Contohnya gunakan ISO tinggi untuk membekukan pergerakan subjek yang sedang beraksi. Perhatikan Shutter Speed tidak jatuh bawah 1/320s untuk membekukan pergerakan. Gunakan ISO rendah untuk memperlahankan Shutter Speed kepada lebih rendah supaya anda boleh merakam 'pergerakan' subjek.
g) Auto Focus Mode: AF-C (perhatikan kamera akan lebih menumpukan kepada shot2 yang diambil berbanding menguncikan fokus pada subjek). ini kerana anda tidak akan sempat mengunci fokus sebelum gambar diambil, jadi kamera akan mengambil beberapa siri shot walaupun kamera belum sempat mengunci fokus pada subjek. ini bergantung pada kepantasan lens, kamera dan teknik memfokus (panning atau kaku) yang anda guna.


Sila uji dan cuba (try dan error) setting2 ini dan ubah mengikut kreativiti anda untuk beberapa jenis fotografi (Makro/Still Life/Night-Low Light/Silhouette) dan lain2 lagi. sekian.

Thursday, 9 February 2012

APA ITU WHITE BALANCE..?

TUTORIALS: WHITE BALANCE

Imbangan putih /white balance. (WB) adalah proses mengeluarkan acuan warna yang tidak realistik, supaya objek yang kelihatan putih dalam orang yang diberikan putih dalam gambar anda. Baki putih kamera yang betul untuk mengambil kira suhu warna "sumber cahaya, yang merujuk kepada kehangatan saudara atau kesejukan cahaya putih. Mata kita adalah sangat baik berdasarkan apa yang putih di bawah sumber cahaya yang berbeza, tetapi kamera digital sering menghadapi kesukaran yang besar dengan baki putih auto (AWB) - dan boleh membuat terselindung, biru, oren, atau malah warna hijau membuang. Memahami imbangan putih digital boleh membantu anda mengelakkan warna-membuang, seterusnya meningkatkan gambar anda di bawah pelbagai keadaan pencahayaan yang lebih luas.


Example of an incorrect white balance Example with corrected white balance
Incorrect White Balance Correct White Balance

BACKGROUND: COLOR TEMPERATURE

Suhu warna menerangkan spektrum cahaya yang terpancar dari "hitam" dengan suhu permukaan itu. Hitam adalah sesuatu objek yang menyerap semua cahaya tuju tidak mencerminkan ia tidak membenarkan bahan itu melalui. Analog kasar radiasi jasad hitam dalam pengalaman hari ke hari mungkin dalam pemanasan logam atau batu: ini berkata, untuk menjadi "merah panas" apabila mereka mencapai satu suhu, dan kemudian "putih panas" untuk suhu yang lebih tinggi. Begitu juga, blackbodies pada suhu yang berbeza juga telah berbeza-beza suhu warna "cahaya putih." Namanya, walaupun cahaya yang mungkin kelihatan putih tidak tidak semestinya mengandungi pengagihan walaupun warna di seluruh spektrum yang boleh dilihat:


Intensiti relatif telah kembali biasa bagi setiap suhu (dalam unit Kelvin).

Perhatikan bagaimana 5000 K menghasilkan cahaya kira-kira neutral, manakala 3000 K dan 9000 K menghasilkan spektrum cahaya yang beralih kepada mengandungi panjang gelombang yang lebih oren dan biru, masing-masing. Sebagai suhu warna meningkat, pengagihan warna menjadi sejuk. Ini tidak mungkin kelihatan intuitif, tetapi hasil dari hakikat bahawa lebih pendek panjang gelombang yang mengandungi cahaya tenaga yang lebih tinggi.

Mengapa warna suhu penerangan yang berguna cahaya untuk jurugambar, jika mereka tidak pernah berurusan dengan blackbodies benar? Mujurlah, sumber cahaya seperti siang dan mentol tungsten rapat meniru taburan cahaya yang dicipta oleh blackbodies, walaupun orang lain seperti lampu neon dan yang paling komersial berlepas daripada blackbodies ketara. Sejak jurugambar tidak pernah menggunakan istilah suhu warna untuk merujuk kepada sumber cahaya hitam yang benar, istilah tersirat sebagai satu "warna suhu berkorelasi" dengan jasad hitam yang sama warna. Jadual berikut adalah panduan peraturan-ibu jari kepada suhu warna berkorelasi beberapa sumber cahaya biasa:
Sumber Cahaya Suhu warna
Color Temperature Light Source
1000-2000 K  Candlelight
2500-3500 K  Tungsten Bulb (household variety)
3000-4000 K  Sunrise/Sunset (clear sky)
4000-5000 K  Fluorescent Lamps
5000-5500 K  Electronic Flash
5000-6500 K  Daylight with Clear Sky (sun overhead)
6500-8000 K  Moderately Overcast Sky
9000-10000 K  Shade or Heavily Overcast Sky

IN PRACTICE: JPEG & TIFF FILES

Sejak beberapa sumber cahaya tidak menyerupai radiator hitam, baki putih menggunakan pembolehubah kedua sebagai tambahan kepada suhu warna: peralihan hijau-magenta. Melaraskan peralihan hijau-magenta sering tidak perlu di bawah siang hari biasa, bagaimanapun pendarfluor dan lain-lain lampu tiruan mungkin memerlukan magenta pelarasan ketara hijau-WB.
Auto White Balance
Custom
Kelvin
Tungsten
Fluorescent
Daylight
Flash
Cloudy
Shade
Mujurlah, kebanyakan kamera digital mengandungi pelbagai baki putih pratetap, jadi anda tidak perlu berurusan dengan suhu warna hijau dan magenta anjakan semasa pukulan kritikal. Simbol yang biasa digunakan bagi setiap disenaraikan ke kiri.Yang pertama tiga baki putih membenarkan pelbagai suhu warna. Baki auto putih boleh didapati di semua kamera digital dan menggunakan algoritma sangkaan-sangkaan yang terbaik dalam lingkungan yang terhad - biasanya antara 3000/4000 K dan 7000 K. Custom putih kira-kira membolehkan anda mengambil gambar rujukan yang diketahui kelabu di bawah pencahayaan yang sama, dan kemudian menetapkan bahawa seterusnya sebagai imbangan putih untuk foto masa depan. Dengan "Kelvin" anda boleh menetapkan suhu warna dalam julat yang lebih luas.Baki enam baki putih disenaraikan bagi meningkatkan suhu warna, bagaimanapun banyak kamera kompak tidak termasuk keseimbangan naungan putih. Beberapa kamera juga termasuk "Pendarfluor H" tetapan, yang direka untuk bekerja di siang hari fluorescents-ditentukur baru.Keterangan dan simbol bagi baki putih di atas adalah hanya anggaran kasar untuk pencahayaan sebenar mereka bekerja terbaik di bawah. Malah, mendung boleh digunakan dalam tempat siang hari bergantung kepada masa hari, ketinggian, atau darjah kekaburan. Secara umum, jika imej anda kelihatan terlalu sejuk pada pratonton skrin LCD anda (tanpa mengira tetapan), anda boleh dengan cepat meningkatkan suhu warna dengan memilih simbol lebih bawah dalam senarai di atas. Jika imej masih terlalu sejuk (atau suam jika pergi arah lain), anda boleh menggunakan manual memasuki suhu dalam suasana Kelvin.Jika segala-galanya gagal dan imej masih tidak mempunyai WB betul selepas memeriksa pada komputer selepas itu, anda boleh melaraskan baki warna untuk mengeluarkan acuan warna tambahan. Selain itu, seseorang boleh klik pada rujukan tidak berwarna (lihat seksyen pada rujukan neutral) dengan "set titik kelabu" penitis semasa menggunakan "tahap" alat dalam Photoshop. Sama ada kaedah ini harus dielakkan kerana mereka teruk boleh mengurangkan kedalaman bit imej anda.

IN PRACTICE: THE RAW FILE FORMAT

Setakat penyelesaian kira-kira putih yang terbaik untuk mengambil gambar menggunakan format fail RAW (jika kamera anda menyokong mereka), kerana ia membolehkan anda untuk menetapkan WB * selepas * gambar telah diambil. Fail RAW juga membenarkan seseorang untuk menetapkan WB berdasarkan rangkaian yang lebih luas suhu warna dan magenta peralihan hijau.

Melaksanakan keseimbangan putih dengan fail mentah adalah cepat dan mudah. Anda boleh melaraskan slider suhu dan hijau-magenta sehingga acuan warna dikeluarkan, atau anda hanya boleh klik pada rujukan neutral dalam imej (lihat seksyen seterusnya). Walaupun hanya satu gambar anda mengandungi rujukan neutral, anda boleh klik pada dan kemudian menggunakan tetapan yang terhasil WB bagi baki gambar anda (menganggap pencahayaan yang sama).

CUSTOM WHITE BALANCE: CHOOSING A NEUTRAL REFERENCE

Rujukan neutral sering digunakan untuk projek-projek yang kritikal warna, atau untuk situasi di mana 1 menjangkakan baki putih auto akan menghadapi masalah. Rujukan neutral sama ada boleh menjadi sebahagian daripada adegan anda (jika anda bernasib baik), atau boleh menjadi perkara mudah alih yang anda bawa bersama anda. Berikut adalah contoh rujukan bernasib baik dalam babak senja sebaliknya kebiruan.
Sebaliknya, rujukan mudah alih buatan pra-hampir sentiasa lebih tepat kerana seseorang dengan mudah boleh ditipu berfikir objek adalah neutral apabila ia tidak. Rujukan mudah alih boleh menjadi mahal dan yang direka khas untuk fotografi, atau mungkin termasuk barangan isi rumah yang kurang mahal. Satu rujukan kelabu yang ideal adalah salah satu yang mencerminkan semua warna dalam spektrum yang sama, dan secara konsisten boleh berbuat demikian di bawah pelbagai jenis suhu warna. Satu contoh rujukan kelabu sebelum buatan ditunjukkan di bawah:
Rujukan isi rumah neutral biasa bawah tudung kopi atau bekas pringles. Ini adalah murah dan agak tepat, walaupun rujukan fotografi dijahitkan terbaik (seperti kad yang ditunjukkan di atas). Peranti yang dijahitkan boleh digunakan untuk mengukur sama ada insiden atau suhu warna yang mencerminkan illuminant itu. Langkah rujukan yang paling neutral mencerminkan cahaya, sedangkan peranti seperti meter imbangan putih atau "ExpoDisc" boleh mengukur cahaya kejadian (dan secara teori boleh menjadi lebih tepat).

Berhati-hati harus diambil apabila menggunakan rujukan neutral dengan bunyi bising imej yang tinggi, sejak klik pada kawasan yang seolah-olah kelabu sebenarnya boleh memilih piksel berwarna-warni yang disebabkan oleh bunyi bising warna:
Low Noise
(Smooth Colorless Gray)
High Noise
(Patches of Color)
Jika perisian anda menyokong, penyelesaian terbaik untuk menyeimbangkan putih dengan imej bising adalah dengan menggunakan purata piksel dengan rantau yang bising kelabu sebagai rujukan anda. Ini boleh menjadi sama ada piksel 3x3 atau 5x5 purata jika menggunakan Adobe Photoshop.

NOTES ON AUTO WHITE BALANCE

Subjek-subjek tertentu menimbulkan masalah bagi baki auto putih kamera digital - walaupun di bawah keadaan siang biasa. Satu contoh ialah jika imej sudah mempunyai hal melimpah-limpah panas atau kesejukan kerana perkara yang unik. Imej di bawah menggambarkan suatu keadaan di mana perkara itu ialah kebanyakannya merah, dan sebagainya kesilapan kamera ini untuk warna membuang disebabkan oleh sumber cahaya yang hangat. Kamera kemudian cuba untuk memberikan pampasan bagi ini bahawa warna purata imej adalah lebih dekat kepada neutral, tetapi dalam berbuat demikian, ia tanpa disedari mewujudkan cast warna kebiruan pada batu-batu. Sesetengah kamera digital adalah lebih mudah ini daripada yang lain.
Automatic White Balance Custom White Balance
(Custom imbangan putih menggunakan kad kelabu 18% sebagai rujukan neutral.)

Baki auto putih kamera digital sering lebih berkesan apabila gambar mengandungi sekurang-kurangnya satu elemen tidak berwarna putih atau cerah. Sudah tentu, jangan cuba untuk mengubah komposisi anda untuk memasukkan objek yang tidak berwarna, tetapi hanya sedar bahawa ketiadaan boleh menyebabkan masalah dengan baki auto putih. Tanpa bot putih dalam imej di bawah, kira-kira auto putih kamera tersilap mencipta satu imej dengan suhu warna yang sedikit panas.

DALAM LAMPU CAMPURAN

Illuminants berganda dengan suhu warna yang berbeza boleh merumitkan lagi melakukan imbangan putih. Sesetengah keadaan pencahayaan mungkin tidak mempunyai yang benar-benar imbangan putih "betul", dan akan bergantung kepada di mana ketepatan warna yang paling penting.
White Balance Example: Mixed Lighting
Rujukan: Bulan Stone

Di bawah lampu campuran, auto imbangan putih biasanya mengira purata suhu warna untuk keseluruhan tempat kejadian, dan kemudian menggunakan ini sebagai imbangan putih. Pendekatan ini biasanya diterima, bagaimanapun baki auto putih cenderung untuk membesar-besarkan perbezaan suhu warna untuk setiap sumber cahaya, berbanding dengan apa yang kita melihat dengan mata kita.

Perbezaan yang dibesar-besarkan dalam suhu warna biasanya yang paling ketara dengan pencahayaan campuran dalaman dan semulajadi. Imej kritikal mungkin memerlukan keseimbangan yang berbeza putih bagi setiap rantau pencahayaan. Sebaliknya, ada yang mungkin lebih suka untuk meninggalkan suhu warna-warna yang.

Perhatikan bagaimana bangunan di sebelah kiri agak panas, sedangkan langit agak sejuk. Ini adalah kerana baki putih telah ditetapkan berdasarkan cahaya bulan - membawa suhu warna hangat pencahayaan tiruan di bawah. Pengimbang putih yang berdasarkan cahaya alami sering menghasilkan gambar yang lebih realistik. Pilih "batu" sebagai rujukan kira-kira putih dan lihat bagaimana langit menjadi tidak realistik biru.