Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Friday, 11 January 2013

Joe mafia mati di tembak..?



Al fatihah..semoga dicucuri rahmat..
Yang dah pergi tu, biarlah dia pergi.
Ajalnya datang dengan cara begini.
Cuma aku harap, jangan hina orang yang dah tiada
Kesiankanlah kepada ahli keluarga arwah sama.

mereka memilih mati dgn cara ini. yg dh pergi biarlah mereka pergi.  semoga menjadi teladan kpd yg masih hidup bagaimana memilih cara utk  pergi nanti.

PUJIAN juga aku berikan kepada pihak polis...terbaikk...









Tapi ada yg tak best ttg kes ni.. ada pulak blogger yg tulis macam ni..



dunia ni penuh dengan konspirasi dan kontroversi
tembak penjenayah pun tak lama, lepas tu keluar macam2 cerita yang lain..



Tuesday, 22 May 2012

Piala Thomas Malaysia menentang Afrika Selatan





Piala Thomas Malaysia menentang Afrika Selatan.. dari segi game dan level permaian, atas kertas lagi kita dan menang.. tengok la pemain afrika selatan orang yg main single dia juga lah yg main beregu.. memg hebatlah pemain depa.. jika afrika beli hafis comfirn jadi jutawan.. tapi aku heran dan pelik la.. kenpa pemain afrika muka macam org india.. padahal depa majoriti negro.. mungkin kah afrika selatan beli pemain dari india, logik ke..! jika afrika betul beli pemian india  tu sure negara afirka silap  beli.. apapapun lantak depa la.. janji kita menang 5-0.

lagi satu aku memg respek pemain depa.. afrika hantar 4  pemain sahaja utk thomas cup ni.. memg gempak la.. mungkin 4 org ni je yg paling terbaik atau mungkin depa takmau hantar ramai sbb jika hantar pun boleh buat syarat je.. baik bg pendedahan kepada pemaiin yg "bagus". bagus ke.. ? biarlah depa dgn percaturan depa.. hari ini malaysia lawn dermak.. harap depa boleh menang 5-0  jugak. tapi peluang agak sukar krn dermak bukan mudah utk kita menag semua games.. harap hafis main lebih garang. ramalan aku malaysia menang3-2. nak tau apa keputusannya kita tengok hari ni.. buku bertemu ruas..!

Monday, 13 February 2012

Pertandingan fotografi tahun melawat perak 2012


KRITERIA YANG DIPERTANDINGKAN

Setiap perserta pertandingan perlu mencari lokasi-lokasi yang menarik / unik dan cantik bagi menarik minat pelancong-pelancong datang ke Bandaraya Ipoh. Shot-shot yang perlu diambil oleh peserta adalah berdasarkan EMPAT kriteria iatu:


"LANSKAP"

"KEHIDUPAN" (Budaya Kehidupan Masyarakat di Bandaraya Ipoh)

"BANGUNAN-BANGUNAN"

"FLORA dan FAUNA" 

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1. Warganegara Malaysia berumur diantara 12 tahun hingga 17 tahun bagi kategori PELAJAR dan 13 tahun ke atas bagi kategori TERBUKA, Penyertaan daripada Urusetia Pertandingan adalah tidak dibenarkan.

2. Hanya gambar-gambar yang dirakamkan disekitar BANDARAYA IPOH MULAI 18 DISEMBER 2011 SEHINGGA 18 MAC 2012 sahaja yang layak untuk dipertandingkan.

3. Peserta-peserta boleh menyertai keempat-empat kriteria yang dipertandingkan, peserta-peserta boleh menghantar** seberapa banyak gambar untuk dipertandingkan.

4.Gambar-gambar mestilah asli dari dayausaha dan kreativiti sendiri, olahan dan pengubahsuaian dengan menggunakan sistem komputer adalah dilarang samasekali dan gambar-gambar yang dihantar adalah belum pernah dipertandingkan atau memenangi mana-mana pertandingan didalam atau luar negara. Setiap gambar-gambar yang dihantar hendaklah* disertakan bersama filem/CD gambar yang berkaitan.

6. Gambar hendaklah dicetak berukuran saiz 8” X 12” dan dilekatkan di-atas “Mounting Board” berukuran 10” X 14” (warna biru muda (Light Blue) bagi kategori Pelajar manakala warna* hitam bagi kategori Terbuka).

7. Borang Penyertaan asal atau fotokopi hendaklah dilekatkan dibelakang setiap keping gambar yang dihantar, gambar beserta borang dan Kiriman Wang Pos* yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan/sampai kepada Urusetia Pertandingan pada atau sebelum tarikh tutup :18 Mac, 2012 @ 5.00 petang.(alamat sepertimana di dalam borang penyertaan).

8. Setiap penyertaan akan dikenakan caj bayaran bagi setiap keping gambar yang dihantar. Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Kiriman Wang Pos (Money Order) atas nama “ANGKATAN SENIFOTO NEGERI PERAK’ dan hendaklah dihantar ke alamat Urusetia Pertandingan (seperti didalam Borang Penyertaan)

RM 5.00 sekeping (Kategori Pelajar) dan RM 10.00 sekeping (Kategori Terbuka)

9. Semua gambar-gambar yang di-hantar untuk penyertaan akan menjadi hakmilik penganjur. Penganjur adalah* berhak untuk menghasilkan semula atau mencetak semula* bagi tujuan Publisiti, Pameran atau Penyiaran tanpa perlu meminta keizinan terlebih dahulu daripada peserta dan perserta hendaklah mengaku serta bersetuju tidak akan membuat sebarang tuntutan kewangan atau lain-lain tuntutan melalui pihak ketiga selepas borang penyertaan di tandatangan dan diterima.

11. Keputusan hakim adalah muktamad.


Sebarang pertanyaan sila hubungi :

ASFON PERAK:-
EN.TAJUDDIN: 016-5611002 HJ.ABD RAZAK : 012-4343812 EN.ZAHRIMAN : 019-5119215  


Untuk maklumat lanjut sila layari : http://pertandinganfotografivpy2012.blogspot.com/

Sunday, 5 February 2012

Perbezaan Amatur, Semi-Pro & Profesional

ADAPUN dikalangan jurufoto atau jurugambar bukan jurukamera, masih lagi keliru tentang pembahagian fasa-fasa jurufoto. Izinkanlah saya menerang sedikit pemahaman berkenaan " The Life Cycle Of A Photographer "

Ianya terbahagi kepada lima fasa berbeza.



Fasa 1 - The Beginner

Ketaksuban datang ketika melihat gambar kawan-kawan yang terlibat dalam fotografi atau pernah hadir ke pameran fotografi di mana gambar-gambar di situ sangat dikaguminya.

Dia (pendatang baru), mudah dijadikan kawan kerana sikap mesranya. Banyak bertanya jikalau ada sesuatu tidak difahaminya. Dia akan mencari "mentor" untuk dijadikan guru. Apa yang diterangkan oleh mentor, akan cuba difahami dengan sedalam-dalamnya.


Tidak mudah untuk menyalahkan sesiapa walaupun mentor pertama menerangkan teknik yang berbeza dari mentor yang kedua. Dijadikan pengalaman untuk terus mengkaji segala kesilapan sehingga faham sebenar-benar faham apa maksud yang diterangkan.


Ketika ini, fahamlah olehnya, antara mentor tidak punyai idea yang sama. Berlainan fahaman tidak semestinya lari dari objektif fotografi tersebut.


Adapun sikapnya yang baik-hati ini membuatkan jurufoto lain sangat senang hati menjadikan "pendatang baru" ini mudah "maju kehadapan". 

Fasa 2 - The Amateur

Selepas dua tahun, dia meninggalkan fasa pendatang baru dan melangkah ke fasa amatur.


Ditinggalkan kesemua kamera automatik, p&s, kompak dll., dan beralih pula ke kamera yang bersisitem slr/dslr. Dia suka mengumpulkan pelbagai lensa dari wide hingga ke tele bersama-sama sebuah flash-gun. Apa peralatan fotografi yang diceritakan baik oleh mentornya, akan cuba dibeli. Malah, terikut-ikut mahu memiliki barang yang sama apa yang dimiliki oleh mentornya.


Ditahap ini, banyak khidmat percumanya. Kalau dicaj hanya mengambil modal sahaja. Sikap ini amat digemari oleh kalangan jurufoto. Masih lagi tanpa segan silu bertanya apa yang tidak faham.


Landskap dan potrait adalah rakaman kegemaran. Banyak menggunakan sentuhan dari mode "program bias". Dalam fasa ini, banyak pelajaran serta pemahaman diperolehi. Sikapnya yang tidak sombong mencetuskan kecerian pada semua serta "mulutnya sentiasa tersenyum" 

Fasa 3 - Serious Amateur / Semi-Professional

Sudah diketahui, setelah tujuh tahun berkecimpung dalam dunia fotografi tanpa meninggalkan sentuhan kamera selama bertahun, dia sudah berada ditahap "separuh professional".


Masa ini, banyak peralatan ditingkatkan. Memiliki keluaran terkini, malah sanggup menempah dari luar negara untuk menyaingi rakan-rakan yang masih belum miliki. Masa ini sudah menggunakan kamera Nikon D200 atau Canon 5D. Malah "Professional Gears" seperti Nikon D1, D2H, D2X atau Canon Eos Mark II atau seangkatan mampu dimiliki.


Apabila bertemu tahap yang sealiran (semi-pro), dengan rancaknya berbual-bual, berbincang hal-hal keluaran baru. Waktu ini, fasa ini sudah pandai memilih peralatan "black-finish". Kenapa hitam? Warna hitam menandakan barang-barang professioanal. Mengapa ada tele pro berwarna putih? Sebab belum ada wide angle berwarna putih untuk pro.


Suka menghantar gambar-gambar untuk pertandingan. Banyak dimenangi kerana sudah menguasai kebanyak teknik. Masih tidak sombong, masih senang digauli. Teguran diterima dengan ikhlas dari gurunya. Tidak ada sesuatu perasaan busuk hati kepada sesiapa. Terus berjuang sehingga sampai ke satu tahap yang diidam-idamkan.


Apapun penganalisaiannya, jurufoto yang berada ditahap inilah banyak menolong pengilang mempertingkatkan pengeluaran peralatan fotografi dari satu model ke satu model.


Cuma satu perkara, suka menyembunyikan pengetahuan dan tidak mudah untuk berkongsi. Sebabnya, ingin menyimpan rahsia tersebut untuk pertandingan fotografi seterusnya. 

 Fasa 4 - Professional / Small Master

Ini adalah tahap ke empat sebelum yang terakhir ke Fasa 5.

Selama lima belas tahun dikira dari tahap amatur. Maka tergolong sudah si dia ketahap Professional. Memiliki pelbagai kemahiran, peralatan yang banyak dan semuanya "berstatus pro".

Kamera semua pro sekurang-kurangnya dua buah. Sudah tidak suka guna barang-barang amatur. Di tahap ini si dia ada sikit "perasaan meninggi diri", tapi hanya segelintir sahaja dan bukan semua.

Selalu dijemput untuk mengadili pelbagai pertandingan fotografi. Di hadapan hakim-hakim lain, dia ada menyuarakan pandangan " Kalaulah saya rakam gambar ini, saya letakkan kucing ini atas sedikit supaya menampakkan gambar itu lebih kuat ceritanya ". Maknanya di sini, banyak gambar yang di rakam oleh orang lain tidak tepat dan betul. Itulah segelintir sikap golongan Professional.

Gemar menyimpan keluaran terhad sesebuah kamera sprt " 50 Years Annivesary" atau apa-apa "limited-edition".

Sesorang itu digelar professional sepenuhnya apabila menggunakan barang-barang sendiri dan bukan barang pejabat atau kompeni. Sebagai contoh, orang surat-khabar menggunakan EOS Mark II semasa bertugas, masa itu masih digelar professional tapi bila selesai bertugas tiada lagi profesional bagi dirinya walaupun sudah 20 tahun dalam bidang fotogfari. Maknanya, orang itu perlu memiliki barang sendiri dan bukan peralatan orang lain atau dipinjam.

Seperti dilihat kini, ada orang mempunyai pengalaman hanya 10 tahun, tapi mengelarkan diri sudah professional dan sudahpun buat khursus untuk mengajar orang. Maknanya golongan ini masih lagi Semi-Pro mengajar amatur. Adakah semasa mengajar amatur itu, dalam ramai-ramai terselit seorang Professional? Ia, ini pernah terjadi.

Peralatan fotografi dari Medium/Large Format, dark-room/light-room, lighting dan pelbagai pernah dilalui cuma dia hanya gusar dan amat takut pada seseorang yang masih lagi berada ditangga teratas. Dia akan tunduk malu apabila bertemu orang itu. 

Fasa 5 - Real Master / Top Professional

Masa berlalu, sudah sepuluh tahun berada di takuk Semi-Professional/Small Master. Maka akan melangkah si dia ke satu tahap paling tinggi dalam dunia fotografi. Ini terjadi seandainya si dia boleh bertahan, mengekalkan sikap keterbukaan, bersemangat menolong antara satu sama lain, merendah diri termasuk mesra kawan.


Dia akan dapat memasuki tahap paling akhir dalam kitaran fotogfari ini iaitu "Real Master / Top Professional". Perkataan "Real" berasal dari Sepanyol bermaksud "Raja".


Dia berfikiran luas dalam segala bentuk. Apabila dia melihat sesuatu yang tidak difahami, dia akan cuba melihat lagi dari sudut yang berlainan untuk menilai sesuatu itu dan tidak mudah terburu-buru untuk membuat sebarang komen atau teguran.


Dia juga berkongsi sesuatu rahsia yang tidak pernah diketahui sebelum ini kepada muridnya untuk membantu memperkembangkan pemahaman.

Dia sudah tidak lagi bergantung terus kepada peralatan yang berat (Pro Gears)

"Semua kamera boleh merakam gambar yang menarik" mesej ditujukan kepada muridnya.


"Sebagai jurufoto, awak seharusnya mengawal kamera dan jangan sekali-kali biarkan kamera kawal awak!"


"Jangan salahkan cahaya, cuaca atau manusia apabila awak tidak boleh merakam gambar dengan sempurna, awaklah yang bertanggung-jawab penuh di atas kerja-kerja awak"


"Piala, sijil dan pengikhtirafan yang awak dapat itu adalah hasil dari apa yang awak rakam semalam. Jadi, untuk merealisainya, awak perlu subjektif dan untuk menilainya, awak perlu objektif".


Kata-kata perangsang di atas antara yang biasa didengar adalah sentuhan ikhlas dari Real Master/Top Professional kepada muridnya.


Apapun, yang amat dikesali, di negara kita tidak puyai ramai yang betul-betul berstatus Real Master/Top Professional. Mereka yang membuat bising di gelangang fotografi itu ada dari golongan Small Master/ Professional , berlawanan dengan sikap Real Master/Top Professional, kerja lebih, cakap kurang.


Jadi, dimanakah tahap saya? Secara terus terang, dari hati ke hati, saya tidak mengharapkan sebarang jawapan dari soalan yang ditanya kerana soalan di atas tidak adil. Betul tak saya? Adakah saya melanggar peraturan atau berkhayal sejauh-jauhnya ataupun juga saya terlalu diplomatik?


Jawapan itu ada pada anda. 


Atikel from encik Pelaris 

Thursday, 2 February 2012

Tips memilih wedding photographer


untuk entry kali ini mari kita kongsikan tips memilih photographer utk majlis perkahwinan, baby potret DLL.Agak-agaknya apa tips untuk bakal pengantin memilih photographer yang tepat bagi majlis bersejarah mereka? Berikut disenaraikan beberapa tips yang berguna untuk anda.
  1. Sila cari beberapa  photographer  untuk dilakukan perbandingan, mana yang terbaik. (saranan cari yg dekat dengan lokasi anda)
  2. Anda perlu mengetahui citarasa gaya fotografi mereka sendiri, dan sila pilih  photographer  yang menepati citarasa anda.
  3. Pastikan anda mendapat  photographer  yang anda kehendaki, bukannya dihantar  photographer  lain ke majlis anda. Mana mungkin hasil kerja tangan setiap orang sama. Elakkan menyesal kemudian hari apabila hasil gambar tidak menepati seperti mana anda lihat di website  photographer .
  4. Anda boleh bersikap cerewet dalam mencari  photographer  yang sesuai dengan citarasa, TETAPI elakkan cerewet semasa deal dengan  photographer  yang sudah dipilih. Kebebasan berkarya perlu diberikan kerana anda sudah memilih mereka.
  5. Pastikan anda memilih photographer yang mempunyai passion dalam kerja mereka, terutama  photographer  FULLTIME, jika memilih yg PARTIME make sure mereka yg telah lama berkencinpung dalam dunia Fotografi ini.
  6. Anda disarankan meminta galeri gambar yang banyak daripada  photographer . Ini kerana lumrah untuk  photographer  hanya meletakkan 5-6 keping sahaja gambar terbaik mereka. Jikalau boleh, sila dapatkan galeri lebih 50 keping gambar untuk contoh 1 pasangan pengantin. 
  7. Sila berusaha untuk melihat album sample untuk elakkan menerima album yang murah dan rendah kualiti, dengan alasan untuk menjimatkan kos. Berlainan di Line ART Picture, kami hanya menawarkan album antara paling tinggi kualiti di pasaran negara. Kami sanggup menyerap kos pengeluaran yang tinggi semata-mata untuk memberikan album yang bermutu tinggi sahaja kepada pelanggan kami.
  8. Pilihlah  photographer  yang sesuai, yang serasi dengan anda. Juga adalah penting untuk TIDAK terpengaruh dengan mana-mana  photographer  yang suka memburukkan  photographer - photographer  lain. Sebelum termakan hasutan, adalah tidak rugi untuk anda cuba deal dan dengar consultation daripada pelbagai  photographer . 
  9. Pilihlah  photographer  yang friendly dan boleh berkomunikasi serta bergaul dengan family anda, terutama untuk majlis-majlis besar dan meriah.
  10. Tanya apa kelebihan  photographer atau perkhidmatan yg ditawarkan.
  11. Call  photographer anda elak ber SMS and booking segera… 
p/s : bagi bakal pengantin elakkan mengambil photographer yg baru berjinak dalam dunia fotografi, majlis anda amat berharga.. elakkan terpengaruh dengan harga yg murah. photographer baru nak buat portfolio je.. jangan jadi majlis anda bahan uji kaji..

Thursday, 26 January 2012

Ikhlas ke KITA..?


Sebut perkataan ikhlas sememangnya mudah tapi apakah apa yang kita tuturkan senada dengan apa yang terdetik dihati kita. Memberi pertolongan atau bantuan pada seseorang ada kalanya mulut mengucapkan ikhlas tetapi hati berbisik agar mendapat sedikit balasan.


Ada ketikanya kita berhadapan dengan persoalan kenapa disaat kita dalam kesusahan tiada bantuan yang kita terima sedangkan kita telah memberi bantuan pada orang lain setelah mereka berhadapan masalah yang sama.Lantas kita berkata sungguh tidak adil "masa orang lain susah aku tolong tapi bila aku susah tiada siapa yang tolong" sedangkan definasi ikhlas itu sebenarnya adalah memberi pertolongan dengan ikhlas tanpa minta dibalas.

Percayalah..jika kita memberi kebaikan kepada seseorang dengan ikhlas, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu.Mungkin ada antara kita belum pernah menghadapi situasi ini tetapi sekiranya ia terjadi pada diri kita sendiri ..ketika itu kita akan kembali terfikir bahawa sebenarnya Allah itu maha adil dan dia tahu apa yang ada dihati kita.. Jangan renung.. Jangan beramal.. Buat Tak Tau je..!dialog di pagi hari..
ina : kenapa lina nampak macam tak cukup tidor je..?
lina : semalam aku tak boleh tidur..
ina : kenapa tak boleh tidur,,?
lina :
semalam aku solat sunat tahjud sampai ke subuh, tu sbb pagi ni rasa ngantuk..
ina : ooo.. bagusnya.. tentu mak hang suka tengok anak dia macam ni..
lina : terima kasih..

so renungkan dan selamat beramal..

Monday, 16 January 2012

Tips photoshoot hujung minggu.


Photoshoot kali ini berlansung di rumah aku.. gambar2 yg dipamerkan adalah barangan bayi..
sebaiknya sesi mengambil dilakukan semasa matahari tengah naik sekita jam 9 ke 10.. kerana time ini cahayanya masih lembut..

untuk makluman lens yg digunakan utk photoshoot kali ini ialah lens 50mm 1.8..(lens murah) utk menampakan kelainan pada gambar yg akan dirakamkan coba kita bermain dgn back light dan bayang yg lembut.. contoh gambar diatas..

coba ambil gambar dr perpektif yg berbeza.. utk menampak kelainan.. coba ceritakan sesuatu cerita dalam gambar.. contoh gambar diatas..botol susu dan kalendar..apa maksudnya..? anda oikirla sendiri..

satu lagi gambar backlight dan bermain dgn bayang2..

Teknik D.O.F amat penting dalam menaikan lagi subjek yg ingin kita tonjolkan.. gambar diatas diambil belatabelakangkn perpohon pokok dgn dedaun yg merimbung.. utk mendapat BOKEH yg berbulat2 sperti diatas kita harus tahu jarak subjek dan background.. BACKGROUND pulak mesti ada cahaya yg menembusi supaya menampakan BOKEH yg bulat2.. jika pakai KIT LENS 18-105 pastikan lens di zoom sehabis mungkin contoh zoom sampai 105, F lens terus jadi f5.6, kemudian fokus subjek sedekat yg mungkin.. sure akan jadi bokeh tapi mungkn tak sebulatmacam gambar diatas sbb gambar diatas diambik menggunakan lens 50mm f1.8..

saya harap kawan2 faham apa yg sy maksudkan.. ok tunggu atikel seterusnya..

Saturday, 2 July 2011

Larian Serentak 1Murid 1Sukan semua penat..



Rasanya semua tahu kot yg hari ni ada larian 1 murid 1 sukan dan 1 malaysia.. larian yang melibatkan semua murid sekolah dan matrik.. so pagi ni aku kena pergi kerja awal la.. biasanya pkul 8.00pg baru kerja, hari ni lain kena mai kerja pukul 6.30pg.. mak ai..! gelap gelemat lg.. tp aku tak mai awal pun sbb terbiasa bangun lewat,haha..

aturcara majlis : 6.30 berkumpul di padang.
7.15 senamrobik
lepas senamrobik baru berlari pusing kolej,huhu.. memg penat bg yg lari tapi aku tak penat pun,haha.. sbb aku tak lari pun, kerna badan aku rasa tak sedap, so aku p mkn pagi..

lepas mkn nak masuk kerja balik kena jalankan projek 5S.
susun
sisih
semak
simpan
SUSAH.. memg menyusahkan..

skrg ni takdak mod nak berblog.. nak tito jap,hehe..
layan..zzzzzzzzzzzzzzzzzz........



p/s: jgn tidor waktu kerja..

Friday, 1 July 2011

Pra bersih 2 di pongsu seribu 2011.


Semalam telah berlaku pra perhimpunan bersih 2 di Pongsu seribu.. asal benda ni aku tak tahu pun nak buat kat sini .. sebelum tu ura-ura mengatakan nak buat di seberang jaya.. tp semlm depa buat kat pongsu seribu.. utk makluman semua aku tak pi pun sb aku p main badminton...

masa p main ok je, tak nampak kelibat polis pun, tapi masa balik mak ai..! terkejut teman polis buat sekatan jalan..ramai berbenor.. cuak pun ada sbb teman tak pakai topi kaledarhuhu..hoho.. nasib baik polis tu baik, dia tak tahan teman pun hehe..

tapi teman tak puas hati ngan polis tu sbb buat sekatan yg menyusahkn orang ramai.. sbb hanya sebahagian motor shj yg lepas manakala kereta tak boleh memasuki jalan menghala ke pongsu seribu, memg agak merumitkan bg pengguna jln pongsu seribu tu....



walaupun polis tidak menbenarkan orang ramai menhadiri perhimpunan bersih 2 tu.. tapi masih ramai yg sanggup menempuh ara rintangan utk ke majlis tersebut.. teman sokong semangat penyokong bersih ni.. kerna kita perlu bersih..
jangan lupa 9 julai ni.. ayuh kita bersih..

GAMBAR :penagadaily.blogspot.com
P/s: dulu aku duduk lepak kat sini gak.. tapi lani jarang p, sbb dah berpindah,huhu..

Thursday, 30 June 2011

syoknya kerja..!


audit.. oh audit.. memg pening kepala aku.. esok hari yg paling syok untuk berkerja sbb audit dalaman ISO mai audit aku,hoho.. memg cuak..! mana tak cuak .. ada 1 fail lg tak kemaskini lagi.. so malam ni kena berjaga la.. harap cik kiah boleh teman aku.. boring jugak jika buat seorg diri..

mata rasa tak selesa mungkinkah bengkak ini akan menyusut atau sebaliknya.. harap semua ok esok hari.. nak coret byk tak selesa sbb duk pkr kerja byk duk tunggu..

minggu ni punya projek..

siapkan pameran..
sediakan terma dan syarat pameran kemerdekaan.
siapkan gambar asraf..
siapkan gambar izat..
siapkan gambar padil..
cuci gambar hasif..

p/s : ingat 5 perkara, sebelum datang 5 perkara..

Wednesday, 29 June 2011

A. SAMAD SAID


Maaf, bangkitlah. Janganlah tidur, Dayang Fina!
Bangsaku sedang terhumban dalam kawah dosa.
Bubur liur muntah kata penguncup bahasa
kini berterusan tercurah ke tekak bangsa.
Kita dihulurkan panji bergelumang nanah,
digesa agar ghairah menjulang setingginya.
Di bawahnya, kita disihir menjadi angka
bertandak serancak mengejek Akta Bahasa.
Tangan kuasawan yang berlinang biliona
melupuskan ekuiti bangsa seenaknya—
menyuburkan taman budaya wangsa penjajah,
membakar bahtera khazanah Dato Hang Tuah.
Usah lena lagi—usah, usah—Dayang Fina!
Wira harta terus mengejek istana kata,
menyihir murbawan jadi sekedar boneka
untuk lanjut angkuh meludah Akta Bahasa.
Kita sedang diasuh mendakap kepalsuan,
dalam senyap, menajisi benih kebenaran.
Hikayat hemah wajar bangat diulang baca
sebelum bangsawan sedar hikmahnya aksara.
Maaf, jangan lena, jangan lena, Dayang Fina!
Bangsa sedang gelupur dalam cekau kuasa.
Pendeta perlu cepat ganti gigi ke taring,
meraung senyilu nasib bahasa yang gering.
Maaf, kini tidur selenanya, Dayang Fina!
Cuma, jangan dilupai penakek bahasa.
sumber : http://samadsaid.wordpress.com/

Coba kita renung sejenak..
jgn kita alpa dengan zon selesa
kerna kita hanya boneka bagi mereka yg berkuasa..

Tuesday, 28 June 2011

boikot astro segera..!



mesti your duk pikir kenapa pulak nak boikot astro..? astro kan baik.. selalu bagi siaran percuma.. selalu tak cas bila lewat bayar.. selalu tak cas bila kena potong.. pendek kata memg bagus la astro ni tak berkira lansung..
dah la iklan takdak lansung lepas tu, cerita pulak semuanya utk kebaikan je.. memg mantop la astro ni.. walau pun kita bayar lewat astro tetap untung berjuta-juta sampai orang jadi tak heran nak bayar bil berbulan-bulan.. tahniah la kepada orang2 yg melangan astro terutama orang melayu kita.. "ini adalah fakta majoriti yg guna astro adalah melayu kita.."
(melayu suka hiburan)


so kepada kengkawan sekalin.. apa duk tunggu lagi kami di penang akan meyahut seruan Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) dan PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA utk boikot astro.. macam mana nak boikot.. sila ikut apa yg disarankan oleh NGO diatas antaranya..

Pada fasa pertama ini, PPIM akan bertindak melalui ahli-ahlinya dengan:
1. Tidak membayar bil langganan bulanan Astro selama tiga (3) bulan berturut-turut;
2. Memboikot produk dan perkhidmatan para pengiklan yang mengiklan di Astro melalui kuasa pengguna yang sedia ada; dan
3. Menuntut Kementerian yang berkaitan seperti Kementerian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)dan Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan (KPKK) mengambil tindakan untuk membela hak pengguna melalui pelbagai Akta sedia ada seperti Consumer Protection Act 1999 dan Communication & Multimedia Act 1998




jika nak kepastian sila layari blog PPIM..

apa la gi jom..! bertindak sekarang..

p/S: sampai bila kita nak ikut karenah astro ni.. memg malanglah bagi mereka yg hanya berdiam diri sahaja..

oooo.. cam tu..!

salam 1malaysia.. dan salam perhimpunan BERSIH .2..

eh..eh.. apa cerita pulak bersih ni.. ops..! jgn pikir, aku sokong program cam ni.. sorry aku tak layan benda alah ni.. aku just nak share my pendapat la.. sbb lani TV duk sibuk cerita pasai bersih ni.. takdak benda lain ke nak cerita bersih je.. yang puak Bn ni pun satu, mentang-mentang TV ni depa yg konker asal berita je duk kata kat puak bersih ni.. sampai naik meluat.. depa ni tak pikir ke.. lagi banyak depa duk provok lg byk org tau.. dan lagi banyak yg ingin tengok benda ni jadi..

so kepada PM.. "jika dia baca blog aku ni.." takyah la duk manipulasi lagi program bersih ni.. biar depa buat.. lepas tu suruh FRU belasah depa, jika tak nak belasah pun.. sembur je depa dengan air dari water conan FRU tu, sure depa lari..haha.. jika nak lagi senang sekat jalan nak masuk KL habis cerita.. lagi seng.. mesti jadi tajuk depan paper tamil.. time tu mula jadi isu dunia.. pastu istihar darurat..! tak mungkin..! kerajaan BN kan kuat..! ok malas la nak komen lebih kang kena tahan ISA pulak.. so hiasi diri. cermin lah diri..

kepada

takyah buat perhimpunan jugak.. kang lain jadinya , jika bertembung semua cari pasai.. ingat kita ni melayu yg bersih tu melayu + c/ i jugak.. nanti ada bangsa lain tepuk tangan.. Peace no WAR....!





Wednesday, 22 June 2011

staff perpustakaan kmpp cute..?



lihat betapa cutenya makcik n pakcik ni berposing.. terutama yg berbaju merah tu.. memg gler glamour tul..gambar ni di tangkanp mengunakan kamera kompak je.. hasil gambar ni akan dicuci dalam saiz 8x12 utk dihadiahkan kepada staff library yg telah bertukar ke intitut pertanian bumbung lima..

so kepada kengkawan yg tak pernah melihat kecacakkan budak kecik ni, coba tumpuankan pada perhatian pada pakcik yg berbaju merah, yg berkaca mata tu.. lagak macam ada yg tak selesa je.. atau mgkin ada yg tak puas hati..? knp camni..? entah lah..

mingguni byk kerja.. so tak berkesempatan utk berblog ,huhu..

p/s : minggu ni nak buat aktiviti apa ek..? tolong bagi idea..

Thursday, 16 June 2011

sekadar amaran yg amat bagus..

contoh web malaysia kena coklat hack..


Neofelis Noxkidzku ingin kau tahu(SKMM)

sakitnya hatiku bila kau sekat kerjaku(download)
buntu fikiran bila BJUTA2 website lucah ko xnak block plak?

BEBASKAN HAK KAMI UNTUK BERINTERNET.

Fitri Masaan Statement: Lu abang long ka, ayahanda ka, ini internet hak rakyat :) haha

Ikanbilis Darat UNIFI tiada gunanya kalau hanya boleh bukak facebook. bukan gomen yg bayar internet kami..kami bayar MAHAL!!!!!!!!!!!!!

Kapten Amirudin I want GOV know that,we people, Pay for Use NOT Use for Pay. If they are good n clever enough they will know the means.

Redzuan Rizal we pay not your daddy pay

Awan Dilangit We Think of Freedom, We Dont Get It, We Conquer it

Tawilul Ahadits huuuhuu tolong kirim salam kat najib ~ kata selamat tinggal lepas PRU 13 ~ kami nak tukar kerajaan (^____^)

Matthew Tan Tan Give us back our right of FREEDOM to download. NO download NO tax pay next year.

Brado Kapak katakan tidak pada SKMM?

Adam Danial TIADA BEE END TIADA NAJIB TIADA BIK MAMA..AKAN DATANG,, SELAMAT TINGGAL UMNO

Shazwan Shukor saya nak internet saya balik ! by 2012, tak mustahil internet hanya utk melayari laman web 1malaysia.com

Sau Yang i love u dragonforce though i was malaysian, hack the malaysia websites, mission must be completed, Malaysia government they are nt afraid, they look down other countries, they tot they are very high-tech country. I cant agree more with you, you should hack them ASAP.

Cookiees Love 1Malaysia Boleh = 1Malaysia Tak Boleh Tax rising, Gas rising, Food price rising. They though of us as workers/slave Getting paid while getting rob by Tax. Staying alive while trying to die. This is the road they choose. A War they started, Now they have to face the consequences.

Matthew Tan Tan aRe the people ur slave .. restore our human right …. restore our dignity restore our download

Hafifi Fatah Give back our freedom, we are no longer live inside the cave!!!!

Àgent Smith ?1+1=2? who told you that? your an idiot, think deeper.

Fariq Bin Roslee Dahlah ngan harga minyak naik harga letrik naik pastu block plak site2 download aq?!! please la fikir dlu sebelum buat something

Arul Auni kadar penembusan jalur lebar mende gov buat neh..cam taik! komplot kroni je lebeh.. $$$$$

Princess NoRulez

SEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI KELAHIRAN SAYA
DENGAN INI SAYA MENYERU AGAR KERAJAAN MENGHENTIKAN PENYEKATAN TERHADAP LAMAN2 WEB. INTERNET IALAH DUNIA TANPA SEMPADAN..SEMUA ORG BERHAK UTK MENDAPATKAN APA SAHAJA DIDUNIA MAYA..XDER GUNA SELOGAN CELIK IT BELAJAR SUBJEK IT TAPI KEBABESAN KAMI DISEKAT!!
PLISSS SILA BLOCK LAMAN2 PORNO KERANA IA MENYUMBANG KEPADA KEMEROSOTAN NILAI MORAL MASYARAKAT MALAYSIA
=hackin is not a crime=

Datuk Andy Lullaby Even Datuk is here to support you guys.. Keep this up.. Tak cukup wang, boleh minta dari Datuk(tapi bukan Datuk ni, the real Datuk) because those Datuks earn a lots of Side pockets money

Ct Ecca kami adalah pengguna! kenapa tidak dengar suara kami? kemanakah hilangnya kata-kata Pengguna diutamakan kemana semua itu? adakah itu hanya JANJI MALAYSIA?

Genji Serizawa aku bayar internet untuk download game jer..pas kene block sapa nak kasi lagi..hahahawell said miss Syahira..
bayar lebih rm100 sebulan dgn streamyx tu, pastu ko gi naikkan bil2 la plak… korang nak buat sarang burung ke gitu?? Banned2, takkan nak layan page .gov.my je? dail up pun boleh meh!

Khash IronShark i pulak 24/7 download muvi, series n games.. bayar 100sumthn permonth for facebook n google searches? wtf!

Hafifi Fatah We go downgrade our internet package to dial up better cuz no need fast internet already

Muhammad Umar Rasydan Nobody Governs the Internet. It is Govern By Peoples Choices

Salman Seth aku langgan internet bkn stakat nk bukak FB lah.

Md Rahiman aku bayar internet gna duit titik peluh aku bkn mnta sma kerajann???wtf?? buat apa byar internet mahal2 klau untk bka fb shittttttF-rul Ally pay us if you want block some web

Alip Aleph fight for our right..keys to freedom..

Sulphuric Acid INTERNET IS A NECESSITY AND IT IS PEOPLES RIGHT TO HAVE IT OUR WAY!!!!

Eugene Phuah aku guna internet untuk download drama and anime, kalau takde fs sites buat ape i bayar RM1xx tiap bulan

Matthew Tan Tan aku sokong Eugene Phuah aku same gak download aikz xsempat siap download aku ni . siap lagi utorrent gak kena slow

Hafifi Fatah ?Eugene Phuah time to downgrade to dial up already

Eugene Phuah ?Hafifi Fatah biar betul kita kat IT age , tapi kena ban ini ban itu, memang moving backward la

Nikolai Volkof internet provider dah nak goyang kaki skarang makan duit haram .. senang hati diorang kita bayar mahal. *skarang kita tak perabis bandwith diorang.. Memang kapitalis

Ceffys Tofu ini bkn rakyat 1950..ini rakyat 2020..jgn tindas kami..pilihanraya masih ade..ingt!!

Seni Lensa adakah WIKILEAK ade kene mengena dgn aktiviti aku menDONLOD movie n game setiap hari? aku rase xde kene mengene pon.. ape? GOV igt kami DONLOD game leh jejaskan keselamatan kerajaan ke?kerajaan ke? kenapa xdisekat website2 PORN yg bersepah2 sebulan bayar nk dkt RM 70 tp internet lembab gak..

Ahmad Nabeel Abd Latiff sebagai rakyat malaysia, dimanakah HAK kami? dimanakah KEBEBESAN kami? Kenapa perlu block web Sharing? kenapa tidak block web PORN? why? BERFIKIR SEBELUM BERTINDAK

Hazieq Daniel Jefrry We are about to embark upon the great crusade, we are legion. we will not forgive, we will not forget. expect us

Salman Seth block la byk2 lagi. lagi byk ko block, lagi byk site ko kne hack dear GOV :)

Akma Mustafa Web PORN supaya senang diorang nak upload muvie PORN diorang.. CHINA DOLL ke.. apa ke

Rozita Mohamed Hawari internet mesia mahal! lol

Fizzy IFx Sedangkan laman lucah dengan selamba diakses kenapa file sharing yang perlu disekat? Malaysia mmg macam nie ke..? Sekarang.. just sit back and rilex.. lets the hackers do their job.. enjoy the show MALAYSIA..

Ceffys Tofu pirate bay ade ke cite melayu???????????hahahahahahaha

Blade Xerrorx ?Internet make malaysia maju blocking file sharing make malaysia back to the jungle -.-

Ahmad Sholahuddin tesion dh la wa beli account megaupload lifetime tension kasi hack kaw2 bg mereka tau .
Sharifah Marliana Aida xfhm..knp smua tu nk block tp laman porno xnak plak block?ke suka budak2 skola tgk bnda lucah semua.saya hrp sgt laman porno di block supaya xde lg gejala kes rogol ke ape.y p block laman sharing knp? kite kn bayar internet utk kemudahan.ape guna kite byr tp xbole nk buat ape2?

Jimie Sulaiman berlambak porn site kt internet tp KERAjaan xnk block. ape KERAjaan nak suh kat mesia nie ramai anak luar nikah ke?




mesej amat berharga.. aku sokong..10/10
memang gempak diaorg ni.. i likes..!

antara msj yg aku suka..

>huuuhuu tolong kirim salam kat najib ~ kata selamat tinggal lepas PRU 13 ~ kami nak tukar kerajaan (^____^)

> SEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI KELAHIRAN SAYA
DENGAN INI SAYA MENYERU AGAR KERAJAAN MENGHENTIKAN PENYEKATAN TERHADAP LAMAN2 WEB. INTERNET IALAH DUNIA TANPA SEMPADAN..SEMUA ORG BERHAK UTK MENDAPATKAN APA SAHAJA DIDUNIA MAYA..XDER GUNA SELOGAN CELIK IT BELAJAR SUBJEK IT TAPI KEBABESAN KAMI DISEKAT!!
PLISSS SILA BLOCK LAMAN2 PORNO KERANA IA MENYUMBANG KEPADA KEMEROSOTAN NILAI MORAL MASYARAKAT MALAYSIA
=hackin is not a crime=
siap buat ucapan lg..

Dah kena dah..!


KUALA LUMPUR, 15 Jun — Tindakan yang sewajarnya sedang diambil bagi menghalang cubaan menggodam laman web rasmi kerajaan, yang dilaporkan akan dilakukan awal pagi esok, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Ugutan itu dikeluarkan awal pagi semalam.
Mengulas laporan bahawa satu kumpulan dari luar negara dikenali “Anonymous” mahu menggodam laman web www.malaysia.gov.my, beliau berkata, perkara itu adalah sesuatu yang tidak dijangka tetapi ancaman serupa pernah dibuat sebelum ini.
“Kita telah memberitahu perkara ini kepada pihak-pihak berwajib, dan kita telah mengambil tindakan pencegahan yang perlu menerusi Mampu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta agensi-agensi yang bertanggungjawab mengenai keselamatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Penulis Blog dan Media Sosial Sedunia 2011 di sini hari ini.
Dipetik Bernama Online, Rais berkata kerajaan juga sedang bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku serangan.

Baru semlam Datuk Seri Dr Rais Yatim ulas ttg depa ni, semlm jugak depa menyerang.. syabas kepad pejuang hak asasi pelayar web.. lain kali buat lagi.. kepada kerajaan malaysia kebal-kebalkan la ilmu di dada..

<<>>
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||97%Not Secure
Password Too EasyDon't worry, all data are safe
H4cK3D By Anonymous




Thanks to D3nY Cr3wZ email: myanonymous.my@gmail.com
contact us if you want back this blog.-Anonymous-Voilà! In view, a humble vaudevillian veteran, cast vicariously as both victim and villian by the vicissitudes of Fate. This visage, no mere veneer of vanity, is a vestige of the vox populi, now vacant, vanished. However, this valorous visitation of a by-gone vexation, stands vivified and has vowed to vanquish these venal and virulent vermin vanguarding vice and vouchsafing the violently vicious and voracious violation of volition. The only verdict is vengence; a vendetta, held as a votive, not in vain, for the value and veracity of such shall one day vindicate the vig ilant and the virtuous. Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it is my very good honor to meet you and you may call me V.




We are AnonymousWe do not forget.
We do not forgive.We are legion.
Expect us



||
||



||
||
||
||

p/s : ni nota peringatan kepada yg dah kena.. so a pa lagi buat benting keras sikit,he he..

Tuesday, 26 May 2009

Penamaan calon Penanti





BERIKUT perkembangan proses penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang hari ini:

12 tengah hari: Kempen pilihan raya kecil bermula secara rasmi.

11.50 pagi: SPR umumkan hanya empat calon yang layak bertanding manakala satu pencalonan ditolak iaitu Mohd Saberi Othman.

11.05 pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya mengumumkan sesi bantahan penamaan calon sudah berakhir. Pengumuman tentang status calon layak bertanding bila-bila masa dari sekarang.

10.45 pagi: Nama yang dipamerkan menunjukkan mereka yang telah mengemukakn borang penamaan calon ialah Nai Khan Ari, 41; Kamarul Ramizu Idris, 42; Mohd. Saberi Othman, 49; Aminah Abdullah, 57, dan Mansor Othman, 59.

10.30 pagi: Suasana masih terkawal, jumlah penyokong yang hadir masih sama. Di luar pusat penamaan calon, IKBN, Wanita PKR melancarkan pasukan pilihan raya Wanita PKR, oleh Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.

10.05 pagi: Sesi kemukakan bantahan sedang berlangsung. Kesemua calon yang mengemukakan borang berada dalam dewan penamaan calon.

10.05 pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahya mengumumkan sesi kemukakan borang penamaan calon ditutup. Lima orang termasuk Mansor dari Pakatan telah memfailkan borang masing-masing.

9.30 pagi: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa pemimpin parti itu memasuki kawasan pusat penamaan calon di IKBN.

9.20 pagi: Kamarul memasuki Dewan IKBN.

9.15 pagi: Calon Bebas, Kamarul Ramizu yang merupakan bekas calon pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang tiba di pusat penamaan calon.

9.10 pagi: Calon Bebas, Mohd Saberi Othman tiba dan memasuki Dewan IKBN.

9 pagi: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan proses penamaan calon dibuka. Mansor dan Aminah memasuki Dewan IKBN.

8.55 pagi: Mansor memasuki pekarangan IKBN diiringi Anwar dan pemimpin-pemimpin Pakatan termasuk Tan Sri Khalid Ibrahim, Azmin Ali, Tian Chua, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Mohamad Sabu.

8.50 pagi: Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bersama beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.

8.45 pagi: Kira-kira 1,000 penyokong Pakatan hadir mengiringi Mansor.

8.20 pagi: Calon Bebas, Nair Khan Ari tiba di pusat penamaan calon.

8 pagi: Suasana terkawal dan lengang. Pihak polis ditempatkan beagi mengawal keadaan sekitar IKBN.

7.45 pagi: Calon Parti Keadilan Rakytat (PKR), Mansor Othman tiba di pusat penamaan calon. Beliau masih menunggu kehadiran penyokong parti lain dari jarak 300 meter dari kawasan penamaan.

7.40 pagi: Calon Bebas, Aminah Abdullah tiba di pusat penamaan calon di Dewan Besar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam bersama suami dan tiga anaknya