Speedlight/speedlite/flash ialah sejenis
alat yang kecil yang digunakan untuk menghasilkan cahaya, samada ketika
tidak cukup cahaya atau ketika cahaya datang dari arah bertentangan.
Biasanya ianya digunakan untuk mengambil
gambar portret tetapi ia juga boleh digunakan untuk menerangkan
objek-objek yang lain di dalam fotografi lanskap, menerangkan subjek di
dalam product shoot dan memegunkan pergerakan di dalam fotografi sukan.
Ianya adalah lebih sesuai digunakan secara off-camera (tidak diletakkan di atas badan kamera) kerana :
- anda boleh mengawal arah cahaya.
Dengan mengawal arah cahaya, anda mengawal bayang2 yang akan dihasilkan
dan bayang2 akan membantu untuk memberi bentuk kepada subjek
- anda boleh mengubahsuai cahaya yang
dihasilkan. Cahaya yang dihasilkan oleh Speedlight/speedlite/flash anda
akan menyebabkan bayang2 subjek anda menjadi kasar kerana cahayanya
adalah lebih kecil daripada subjek anda. Untuk mendapatkan bayang2 yang
lebih lembut, anda perlu menggunakan cahaya yang lebih besar daripada
subjek anda. Oleh itu letakkan payung putih dihadapan
Speedlight/speedlite/flash supaya cahaya menjadi lebih besar.. untuk atikel selanjutnya sila ke web kedai kamera digital..
dibawah adalah peralatan yg dapat membantu dalam mendapat gambar yg unik seperti di atas ini..
sumber info..http://www.kedaikameradigital.com/







No comments:
Post a Comment
Dont worry be happy to comment..