Showing posts with label Blog Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Blog Tutorial. Show all posts

Wednesday, 9 January 2013

Jpeg vs Raw kelebihan dan kekurangan..?

 
Kelebihan RAW
Loseless data memberikan kita lebih byk ruang utk edit tanpa kehilangan data.
Contohnya gambar yg gelap apabila diedit menjadi terang, tiada noise yg jelas akan kelihatan.
Lebih detail kerana loseless data
Berbanding dgn JPEG, dgn RAW, saya boleh edit dan perbaiki kesilapan White Balance itu dgn mudah
Jika di-edit dgn baik, hasil akhirnya boleh jadi lebih mantap dan menonjol berbandingdgn JPEG pd gambar yg 
sama.
Jika anda penggemar HDR (High Dynamic Range), hasil akhir RAW akan lebih cantik jikadibanding dgn JPEG
Jika kita menyimpan gambar yg sudah di-edit dlm format JPEG, gambar original RAW kitamasih lagi terpelihara
Less noise, more detail preserved Pendek kata - kebebasan memanipulasi dan meng-edit gambar dgn kehilangan 
data yg sgt minimal, atau tiada 
 
Kelemahan RAW
Saiz besar - memerlukan ruang simpanan yg byk
Wajib edit atau ditukar menjadi JPEG utk hasil akhir
Leceh bg mereka yg bukan penggemar editing
Time consuming
 
 
Kebaikan JPEG
Saiz kecil, jadi memberi lebih byk ruang utk kita menjimatkan space dlm memory card
End product - jika suka 1 gambar itu, boleh terus pergi print
Menjimatkan masa kerana tak perlu susah-susah edit
Gambar yg tersedia sudahpun cantik, bergantung pd setting kita pd kamera tersebut, yg 
mana berkenaan White Balance, Saturation, Contrast, Sharpness etc etc.
 
Kekurangan JPEG
Macam mana kita setting, macam tu lah hasilnya. Jika di-edit lebih-lebih, akan mempengaruhi
 hasil akhir kerana utk format JPEG, drpd awal-awal lagi ia sudah kehilangan byk data
 semasa diproses oleh sensor kamera
Jadi setiap editing yg kita buat akan mempengaruhi dan menyebabkan lebih byk data yg
 hilang
Kerosakan atau kesilapan seperti White Balance terlalu kuning atau biru, sgt susah utk 
diperbaiki. Contohnya apabila saya mengambil gambar portrait dan saya dapati skintone
 sedikit kemerahan, agak susah utk diperbaiki semasa editing.
gambar pintu diatas adalah contoh perbezaan kualiti original shoot dalam RAW dan JPEG.. walaupun gambar jpeg lebih menonjol namun perlu di ingat hasil diatas  gambar diatas adalah original tak olah atau edit lagi.. so jika sudah diedit dan kena gayanya sure lagi gempak  macam gambar kat bawah ni....
jika hendak lebih lagi penerangan rujuk blog mamat ni..klik disini
 jangan lupa praktik apa yg kita tahu.. jgn hanya duk baca je.. buatnya tidak.. jadilah insan berguna,hehe..

 
 

Tuesday, 22 May 2012

Piala Thomas Malaysia menentang Afrika Selatan





Piala Thomas Malaysia menentang Afrika Selatan.. dari segi game dan level permaian, atas kertas lagi kita dan menang.. tengok la pemain afrika selatan orang yg main single dia juga lah yg main beregu.. memg hebatlah pemain depa.. jika afrika beli hafis comfirn jadi jutawan.. tapi aku heran dan pelik la.. kenpa pemain afrika muka macam org india.. padahal depa majoriti negro.. mungkin kah afrika selatan beli pemain dari india, logik ke..! jika afrika betul beli pemian india  tu sure negara afirka silap  beli.. apapapun lantak depa la.. janji kita menang 5-0.

lagi satu aku memg respek pemain depa.. afrika hantar 4  pemain sahaja utk thomas cup ni.. memg gempak la.. mungkin 4 org ni je yg paling terbaik atau mungkin depa takmau hantar ramai sbb jika hantar pun boleh buat syarat je.. baik bg pendedahan kepada pemaiin yg "bagus". bagus ke.. ? biarlah depa dgn percaturan depa.. hari ini malaysia lawn dermak.. harap depa boleh menang 5-0  jugak. tapi peluang agak sukar krn dermak bukan mudah utk kita menag semua games.. harap hafis main lebih garang. ramalan aku malaysia menang3-2. nak tau apa keputusannya kita tengok hari ni.. buku bertemu ruas..!

Friday, 27 January 2012

Tips Nuffnang..



Nuffnang. Macamana anda sebut? Nuffnang atau Nuffneng? Apa sajalah, asalkan anda sendiri tidak tergeliat lidah. Anda perasan tak ramai blogger-blogger tempatan aku lihat selalu update post mereka mengenai buffered earning Nuffnang atau dalam singkatannya di sebut BE. Meriah betul aku lihat pada setiap post mereka mesti ada komen membina bertanyakan bagaimana dan apa rahsia buffered earning Nuffnang yang mereka dapat, dan setiap kali itulah juga aku menjumpai pelbagai tips-tips yang dikongsikan tentang cara nak dapat buffered earning.

Bila aku check kembali mengenai buffered Nuffnang nie rupanya dah lama aku dapat. Hehe, cuma aku tak ambil kisah sangat, sebab aku lebih kisahkan tentang klik, lagipun earning dari buffered Nuffnang aku ciput ja. Tapi..tupa-rupanya penting juga buffered Nuffnang nie, jadi aku akan kumpulkan tips-tips blogger lain tentang macam mana nak dapat buffered earning Nuffnang nie dalam artikel aku kali ini, supaya dapat memudahkan aku merujuk pada masa hadapan.

Seperti yang aku beritahu tadi, ada banyak tips buffered earning Nuffnang, tetapi tak semua tips-tips tersebut menjadi, kemungkinan kepada sesetengah blogger menggunakan kaedah itu berjaya dan ada yang tidak, antaranya ada yang mengatakan:

Pendapat Pertama: Traffic Tinggi – Untuk mendapatkan BE dari Nuffnang, anda memerlukan traffik tinggi dan ramai pelawat ke blog anda untuk mendapatkan BE dan Metered Earning. Traffik ini mestilah daripada Malaysia kerana anda mendaftar di Nuffnang Malaysia, jadi iklan yang keluar di ads anda nanti adalah iklan dari syarikat di Malaysia yang memerlukan pelawat juga dari Malaysia.

Pendapat Ke-2: Traffic Rendah – Ada juga berpendapat, BE ini hanya untuk blog yang trafficnya sekitar bawah 300 visitor sahaja sehari. Jika pelawat atas 300 sehari memang susah dan tak akan dapat BE.

Pendapat ke-3: Susunan Iklan (Ad Placement) – Letakkan unit iklan di tempat yang sepatutnya, iaitu di tempat yang mudah dan senang dilihat oleh pelawat. Ada 3 jenis unit iklan bagi Nuffnang. Contohnya: Iklan Leaderboard sepatutnya di letakkan di bahagian HEADER bukan di footer, iklan Skycraper pula diletakkan di bahagian pertama SIDEBAR dan bukan tempat lain, akhir sekali iklan Large Rectangle sepatutnya diletakkan betul-betul di bawah post pertama anda. Jika anda tidak mengikut garis panduan yang dinyatakan, maka ia akan mempengaruhi Pengiklan.

Pendapat ke-4: Kemaskini Survey – Ini semua orang tahu, setiap kali hendak daftar blog baru di akaun Nuffnang anda kemudian akan disuruh menjawap survey yang berkaitan dengan blog anda. Jawaplah dengan sebaik-baiknya dan jangan main tanda sahaja. Di bahagian description blog anda ialah bahagian survey yang paling penting. Tulis description mengenai blog anda dengan lengkap, jangan 15 patah perkataan sahaja, sebaiknya guna semua 100 patah perkataan.

Pendapat ke-5: Backlink kepada Nuffnang – Ada juga mengatakan antara Rahsia dapat buffered earning Nuffnang adalah memberi backlink kepada Nuffnang seperti ini >> Nuffnang Malaysia paling kacak. Buat satu entri khas pasal Nuffnag dan beri backlink kepada mereka.

Pendapat ke-6: Tulis entri dan post yang berkaitan dengan iklan Nuffnang – Yang nie ada sesiapa pernah buat? Aku tak pernah, tapi ada juga berjaya dengan cara ini. Lebih berkesan lagi, buat blog khusus yang berkaitan dengan niche iklan Nuffnang. Nak tahu niche apa yang sesuai mudah sahaja, anda lihat di bahagian Survey ada di bahagian kategori, buatlah blog atau subdomain menggunakan kategori-kategori itu dan tulis artikel yang berkaitan dengannya. Sebagai contoh: Jika blog anda guna kategori fesyen, buat artikel mengenai fesyen sahaja, jika blog anda guna niche bisnes, tulis perihal bisnes. Itulah maksud aku. :)

Pendapat ke-7: Email Pihak Nuffnang – Sekiranya anda merasakan bahawa blog anda sudah layak mendapat BE, hantar email kepada pihak Nuffnang untuk claim dan memberitahu bahawa blog anda sudah bersedia dengan kacaknya untuk menerima BE. Haha, macam nak pegi meminang anak orang pula kena minta kebenaran ibu bapa. Yalah, ingat senang ke diorang nak bagi. Tulislah blog anda dah letak iklan pada kedudukan yang sebetulnya, traffic dah banyak, backlink ke Nuffnang pun dah beri, so nak claim lah BE. Rasa-rasa blog anda layak tak dapat BE?

Erm, aku rasa itu sahaja kot 7 tips-tips yang sempat aku kumpul. Lepas nie jika aku temui lagi tips berkenaan dengan cara dapat buffered earning aku akan tambah dalam entri ini. Kalau dilihat balik 7 tips yang aku taip kat atas tu, rasa banyak pula tips nak pilih, yang mana satu sebab ada juga yang bertentangan terutamanya pendapat pertama dan ke-2 tentang traffik tu. Kalau aku mudah sahaja, traffik tinggi memang penting, kalau tak dapat BE sekurang-kurangnya dapat klik, dan kemudian baki pendapat 3-7 memang wajib diikuti untuk mendapatkan Buffered Earning daripada Nuffnang.

Nasihat aku, buat dulu pendapat 1,3,4,5 dan 6 kemudian baru buat pendapat yang ke-7. Jangan main redah je, hehe. Owh, bagaimana pula dengan pendapat ke-2? Salah ka? Bagi aku ada juga kebenarannya sebab ada blog aku yang amat rendah traffiknya turut mendapat BE! Kenapa?.. tak percaya? Hehe, cuma BEnya rendah je la. Apapun bab traffik itu bukanlah syarat utama, anda tumpukan 3,4,5,6 dan 7. Itu penting.

Sumber dari : afiffuddin.

Monday, 16 January 2012

Tips photoshoot hujung minggu.


Photoshoot kali ini berlansung di rumah aku.. gambar2 yg dipamerkan adalah barangan bayi..
sebaiknya sesi mengambil dilakukan semasa matahari tengah naik sekita jam 9 ke 10.. kerana time ini cahayanya masih lembut..

untuk makluman lens yg digunakan utk photoshoot kali ini ialah lens 50mm 1.8..(lens murah) utk menampakan kelainan pada gambar yg akan dirakamkan coba kita bermain dgn back light dan bayang yg lembut.. contoh gambar diatas..

coba ambil gambar dr perpektif yg berbeza.. utk menampak kelainan.. coba ceritakan sesuatu cerita dalam gambar.. contoh gambar diatas..botol susu dan kalendar..apa maksudnya..? anda oikirla sendiri..

satu lagi gambar backlight dan bermain dgn bayang2..

Teknik D.O.F amat penting dalam menaikan lagi subjek yg ingin kita tonjolkan.. gambar diatas diambil belatabelakangkn perpohon pokok dgn dedaun yg merimbung.. utk mendapat BOKEH yg berbulat2 sperti diatas kita harus tahu jarak subjek dan background.. BACKGROUND pulak mesti ada cahaya yg menembusi supaya menampakan BOKEH yg bulat2.. jika pakai KIT LENS 18-105 pastikan lens di zoom sehabis mungkin contoh zoom sampai 105, F lens terus jadi f5.6, kemudian fokus subjek sedekat yg mungkin.. sure akan jadi bokeh tapi mungkn tak sebulatmacam gambar diatas sbb gambar diatas diambik menggunakan lens 50mm f1.8..

saya harap kawan2 faham apa yg sy maksudkan.. ok tunggu atikel seterusnya..

Monday, 29 August 2011

Please creadit to original post..

Hari ini aku nak ingatkan kepada semua blogger.. jika dah ambil gambar utk letak dekat blog anda sila jgn buang watermark pemilik asal.. hargailah usaha mereka tu.. kita jgn pikir diri sendiri sahaje, al maklum la kita tak kenal pemilik asal jgn sampai kita tak hargai mereka..

kita nak mudah je.. ambik gambar orang lepas tu upload dalam blog kita.. lepas tu buang watermark pemilik asal dan ada jugak yg letak water dia sendiri tanpa segan dan silu.. memg tak hampes la orang camni.. selfish..!

lagi satu creadit to pemilik asal.. letak la link asal pemilik itu.. cantoh gambar diatas ni aku ambil dr http://vulpineninja.deviantart.com/art/Chibi-Adam-Lambert-182052516?q=gallery:VulpineNinja&qo=5

ok semua..! hargai jasa mereka..!

di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua blogger,photographer dan bekas client aku serta juga bakal client aku tahun ni..
Maaf Zahir dan Batin.

pecah kace pecah gelas..
sudah bace harap balas..

yebeda bedu esok raya...!

P/s: rasanya dah lama tak guna pantun ni.. al maklum la skrg kad raya dah tak hantar,hehe..

Please creadit to original post..

Hari ini aku nak ingatkan kepada semua blogger.. jika dah ambil gambar utk letak dekat blog anda sila jgn buang watermark pemilik asal.. hargailah usaha mereka tu.. kita jgn pikir diri sendiri sahaje, al maklum la kita tak kenal pemilik asal jgn sampai kita tak hargai mereka..


kita nak mudah je.. ambik gambar orang lepas tu upload dalam blog kita.. lepas tu buang watermark pemilik asal dan ada jugak yg letak water dia sendiri tanpa segan dan silu.. memg tak hampes la orang camni.. selfish..!


lagi satu creadit to pemilik asal.. letak la link asal pemilik itu.. cantoh gambar diatas ni aku ambil dr http://vulpineninja.deviantart.com/art/Chibi-Adam-Lambert-182052516?q=gallery:VulpineNinja&qo=5


ok semua..! hargai jasa mereka..!


di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua blogger,photographer dan bekas client aku serta juga bakal client aku tahun ni..
Maaf Zahir dan Batin.


pecah kace pecah gelas..
sudah bace harap balas..


yebeda bedu esok raya...!


P/s: rasanya dah lama tak guna pantun ni.. al maklum la skrg kad raya dah tak hantar,hehe..

Tuesday, 5 July 2011

Masa yg paling sesuai letak iklan..


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, walaupun ramai blogger yang kata saja suka-suka berblog tak fikir pasal income tapi ramai juga yang hari pertama buat blog dah cari code iklan samada nuffnang, innity atau adverlets juga adsense. Jujur aku pun sama tapi mungkin matlamat berbeza.

Pada awalan berblog Teman letak iklan google adsense bukan nak income sebab tahu trafik tak banyak tapi lebih nak cantikan blog. Kan bila ada iklan tu nampak meriah sikit blog yang simple ni. Tapi setelah berbulan buat lepas tu tak reti nak promote so quit la. Teman berubah ke nuffnang tapi tak pernah ikut komuniti onlinenya apatah lagi event jadi status forever biasa sahaja dan income pun tak lepas RM100.

Seronok baca komen di blog kak jie. Kak Jie ambil masa 2 tahun untuk letak iklan pertama di blognya. Kita baru setahun jagung berblog dah letak iklan dan bising sana bising sini tak dapat income.

Teman memang tak pernah nak fokus pada iklan malah jarang sangat jual ruang iklan kerana takut tak ada prestasi. Setuju seperti nasihat Kak Jie kita bina nama dan jenama baru fokus pada iklan itu pun bagi blogger yang nak cari online income. Blog ni pun masih dalam proses membina jenama dan perjalanan masih jauh untuk mencari masa yang paling sesuai untuk meletak iklan di blog.



so kepada kengakawan semua jgn pikir nak cepat je.. kena pkir masa yg sesuai gak.. ingat masa yg sesuai adalah masa anda free..eh.. eh apa yg aku merepek ni.. ok peace no war..!

iklan nuffnang ..?

Salam 1melayu dan salam 2bersih,hehe.. kali ni teman nak share cara nak letak iklan nuffnang pada setiap post..

Sebenarnya ada 2 cara nak letak iklan nuffnang yang teman tahu. Ada 2 cara tu bukan apa, mungkin sesetengah template takder code-code tertentu sebab tu ada tiga. Ini setakat yang teman tahu la.. Mana tau kot2 ada lagi sila la share sama2 yer bagi sesiapa yang tahu tu..

CARA PERTAMA
First sekali haruslah log in dulu, pastu pergi ke DASHBOARD>> EDIT HTML. Kemuadian jangan lupa klik kat kotak EXPAND WIDGETS TEMPLATE.
Kemudian tekan CTRL+F atau F3 kemudian copy paste code yang dalam kurungan ni kat kotak Find tu ( ) bila dah tahu kat mana lokasinya dah sure tempat tu baru buat benda dibawah ni..
Akhir sekali salin code nuffnang (Large Rectangle) ka bawah code CARA KEDUA
Step pertama sama jer macam atas cuma kali ni kalau tak jumpa code yang di atas cuba cari code yang dalam kotak merah tu...

>>>jika tak nampak just klik je..<<
Kalau dah jumpa code ni copy paste iklan nuffnang sebelum code yang dicari tadi, mudah kan.. just se simple ABC je,hehe..