“Azam aku tahun 2013 ni nak sambung azam tahun lepas,” kata Minah
kepada Tipah. “Kenapa azam tahun lepas kau tak tercapai?” tanya Tipah
sambil mnbetulkan tudungnya. “Entahlah, tindakan aku
tak sama macam perancangan aku agaknya,” jawab Minah.
“Aku rasa kau tak guna teknik SMART kot,” Salman cuba mengagak
puncanya. “Teknik SMART? Apakah bendanya tu?” soal Minah dengan mata
terkebil-kebil.
Nak tahu apakah teknik SMART? Mungkin ada di antara kita yang dah
tahu tentang teknik ini. Ia adalah salah satu teknik berkesan untuk
pastikan azam atau matlamat kita tercapai. Jom kita sama-sama lihat
tekniknya dan beberapa tips.
3 perkara utama perlu ada dalam membuat matlamat ialah:
- Mempunyai matlamat yang jelas
- Mempunyai perancangan dan jalan untuk mencapai matlamat
- Melaksanakan tindakan terhadap matlamat dan perancangan.
Bagaimana teknik SMART boleh membantu anda untuk mencapai matlamat atau azam?
S- SPECIFIC (khusus)
M-MEASURABLE (boleh diukur)
A-ATTAINABLE (mampu dicapai)
R-REALISTIC & RELEVANT (realistik, munasabah & relevan)
T-TIME BOUND (tempoh masa/deadline)
1. S- SPECIFIC (khusus)
Matlamat atau azam kita perlu dispesifikkan supaya kita lebih jelas
dengan apa yang kita akan buat untuk mencapainya. Matlamat yang
terperinci adalah lebih bermakna daripada matlamat yang umum. Jika
sasaran tidak spesifik dua perkara yang akan berlaku: pertama anda
dengan mudahnya mencapai matlamat itu dan kedua, anda dapati apa yang
anda dapat bukan apa yang anda mahu. Kita ambil contoh nak beli kereta
Inspira berharga RM 80 ribu pada tahun ini.
2. M-MEASURABLE (boleh diukur)
Sesuatu matlamat yang kita tetapkan itu mestilah yang boleh diukur
atau dinilai harganya. Untuk kes azam nak beli kereta ini, ukuran dan
nilainya ialah harga RM 80 ribu. Untuk deposit sudah tentu 10%, bermakna
kita perlu ada RM 8 ribu. Bayaran bulanan pula mungkin dalam RM
800-900.
Jadi itulah nilai atau ukurannya yang perlu kita capai dahulu sebelum
berjaya memiliki kereta Inspira. Kita boleh tulis azam dan matlamat
kita tu seperti ini “Aku nak beli kereta Inspira baru dalam tahun ini,
dengan deposit harga sebanyak RM8 ribu”.
3. A-ATTAINABLE (mampu dicapai)
Matlamat atau azam yang kita letak haruslah sesuatu yang boleh kita
capai. Jangan membuat matlamat yang kita sudah tahu ia tidak akan boleh
dicapai. Di sini anda perlu melihat sendiri keadaan anda sekarang adakah
anda boleh mencapai matlamat tersebut? Jika anda rasa ianya memang
tidak boleh dicapai, abaikan matlamat itu dan tetapkan matlamat yang
lain. Untuk kes beli kereta Inspira ini, RM 8 ribu (deposit) adalah
logik dan mampu kita perolehi dalam tempoh setahun.
4. R-REALISTIC & RELEVANT (realistik, munasabah & berkaitan)
Bila google word “realistic”, jumpa makna yang ini “Having or showing
a sensible and practical idea of what can be achieved or expected”.
Jangan menetapkan matlamat yang bukan-bukan seperti saya nak beli rumah
harga setengah juta sedangkan sumber pendapatan sebulan anda hanya RM
2000 sahaja. Bagi kes nak beli kereta Inspira di atas, ia tampak
munasabah dan relevan sebab kita mampu untuk mencapainya.
5. T-TIME BOUND (tempoh masa/deadline)
Tempoh masa, tarikh tamat (deadline) wajib ada bagi semua matlamat yang kita letak. Ia harus jelas dan spesifik.
Bagi kes beli kereta Inspira di atas, dengan membuat kiraan menyimpan
sebanyak RM 800 setiap bulan selama 10 bulan, anda boleh mencapainya.
Boleh pecahkan kepada target kecil seperti:
Sumber dapat RM 800 sebulan:
a) simpan wang gaji sebulan =RM 300
b) side incom dgn blog = RM 200
c) side income dgn fotografi = RM300
Nak lagi spesifik, pecahkan kepada setiap hari.
Deadline adalah sangat perlu kerana tanpanya anda akan berlengah dan tidak akan berusaha untuk mencapai matlamat.
Tips tambahan untuk pembinaan matlamat:
- Buat matlamat yang boleh memotivasi dan mendorong anda untuk lebih cepat berusaha.
- Bina matlamat berdasarkan prioriti atau yang mana menjadi keutamaan anda
- Tulis setiap matlamat anda di kertas dan tampal di tempat yang anda selalu boleh nampak. Bacalah matlamat anda dengan kerap.
- Fokus, fokus, fokus. Laksanakan satu per satu tindakan mengikut perancangan.
- Berdoa kepada ALLAH agar memberikan kekuatan dalam melaksanakan
tindakan dan tugas-tugas anda. Bersangka baik dan yakinlah akan
pertolongan daripada ALLAH.