Tuesday, 23 October 2012

Bilakah Masanya Kita Perlu Menaikkan ISO?


ISO atau ASA (semasa zaman filem) ialah satu penunjuk sensitiviti sensor atau filem terhadap cahaya. Ianya diukur menggunakan nombor 100, 200, 400 dan seterusnya. Lebih tinggi nombornya, lebih sensitif sensor atau filem terhadap cahaya. Lebih rendah nombornya, sensor atau filem akan lebih kurang sensitif kepada cahaya dan akan menghasilkan noise atau bintik-bintik hitam pada gambar anda.
Biasanya kita perlu menggunakan tetapan ISO yang tinggi apabila kita mengambil gambar di tempat yang gelap, seperti mengambil gambar sukan didalam stadium tertutup.
Nilai ISO yang dianggap normal ialah ISO100. ISO100 akan menghasilkan gambar yang kurang noise.
Bagi kebanyakan orang yang baru berjinak dengan kamera DSLR, biasanya mereka akan menggunakan Auto Mode. Pada mode ini, kamera akan menetapkan ISO berdasarkan pada keadaan semasa anda mengambil gambar. Kamera akan memastikan sedaya upaya supaya tetapan ISO adalah pada tahap yang paling rendah.
Sekiranya anda menggunakan mode manual dan memilih tetapan ISO anda sendiri, anda pasti akan perasan bahawa ini akan memberi impak kepada shutter speed dan aperture yang diperlukan untuk mendapatkan gambar dengan exposure yang baik. Sebagai contoh, sekiranya anda menaikkan ISO kepada 800, anda boleh mengambil gambar dengan shutter speed yang laju dan menggunakan aperture yang kecil.
Berikut adalah beberapa keadaan dimana anda perlu menaikkan ISO anda:
1. Acara sukan di dewan tertutup dimana anda tidak mempunyai cukup cahaya dan perlu untuk memegunkan subjek anda
2. Galeri seni dimana penggunaan flash adalah dilarang
3. Konsert
4. Parti harijadi. Semasa acara meniup lilin, anda mungkin mahukan mood gambar yang samar-samar dimana jika anda menggunakan flash, gambar anda mungkin tidak menarik.. dibawah adalah contoh kesan iso pada gambar..


sumber klik disini..

1 comment:

  1. kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
    Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

    ReplyDelete

Dont worry be happy to comment..