Showing posts with label majlis. Show all posts
Showing posts with label majlis. Show all posts

Thursday, 26 January 2012

Ikhlas ke KITA..?


Sebut perkataan ikhlas sememangnya mudah tapi apakah apa yang kita tuturkan senada dengan apa yang terdetik dihati kita. Memberi pertolongan atau bantuan pada seseorang ada kalanya mulut mengucapkan ikhlas tetapi hati berbisik agar mendapat sedikit balasan.


Ada ketikanya kita berhadapan dengan persoalan kenapa disaat kita dalam kesusahan tiada bantuan yang kita terima sedangkan kita telah memberi bantuan pada orang lain setelah mereka berhadapan masalah yang sama.Lantas kita berkata sungguh tidak adil "masa orang lain susah aku tolong tapi bila aku susah tiada siapa yang tolong" sedangkan definasi ikhlas itu sebenarnya adalah memberi pertolongan dengan ikhlas tanpa minta dibalas.

Percayalah..jika kita memberi kebaikan kepada seseorang dengan ikhlas, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu.Mungkin ada antara kita belum pernah menghadapi situasi ini tetapi sekiranya ia terjadi pada diri kita sendiri ..ketika itu kita akan kembali terfikir bahawa sebenarnya Allah itu maha adil dan dia tahu apa yang ada dihati kita.. Jangan renung.. Jangan beramal.. Buat Tak Tau je..!dialog di pagi hari..
ina : kenapa lina nampak macam tak cukup tidor je..?
lina : semalam aku tak boleh tidur..
ina : kenapa tak boleh tidur,,?
lina :
semalam aku solat sunat tahjud sampai ke subuh, tu sbb pagi ni rasa ngantuk..
ina : ooo.. bagusnya.. tentu mak hang suka tengok anak dia macam ni..
lina : terima kasih..

so renungkan dan selamat beramal..

Friday, 6 January 2012

Potret Ibu Hamil..(my wife)











Kali ini sesi memotret gambar my wife berlansung di Area taman tasik taiping.. walaupun pada awal pagi hujan turun.. namun ia tak sedikit pun mematahkan semangat my wife utk sesi photoshoot.. mungkin hujan ini rahmat bagi kami knp aku cakap bergitu..kebiasaan pagi di taman tasik ramai orang berjoging tp hari ni orang kurang.. mungkin hujan awal pagi orang segan nak keluar beriadah.. so bila orang kurang.. senang la sesi photoshoot..takdak la pelakon tambahan yg berkeliaran..

apa yg dirancangkan menjadi..namun aku kesian melihat isteriku yg keletihan.. ini lah padah jika tak bawa air time sesi photoshoot.. harap lepas ni aku akan titkberatkan hal makanan juga.. ok jumpa lagi dalam sesi potret yg berikutnya..