Tuesday, 5 July 2011

Masa yg paling sesuai letak iklan..


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, walaupun ramai blogger yang kata saja suka-suka berblog tak fikir pasal income tapi ramai juga yang hari pertama buat blog dah cari code iklan samada nuffnang, innity atau adverlets juga adsense. Jujur aku pun sama tapi mungkin matlamat berbeza.

Pada awalan berblog Teman letak iklan google adsense bukan nak income sebab tahu trafik tak banyak tapi lebih nak cantikan blog. Kan bila ada iklan tu nampak meriah sikit blog yang simple ni. Tapi setelah berbulan buat lepas tu tak reti nak promote so quit la. Teman berubah ke nuffnang tapi tak pernah ikut komuniti onlinenya apatah lagi event jadi status forever biasa sahaja dan income pun tak lepas RM100.

Seronok baca komen di blog kak jie. Kak Jie ambil masa 2 tahun untuk letak iklan pertama di blognya. Kita baru setahun jagung berblog dah letak iklan dan bising sana bising sini tak dapat income.

Teman memang tak pernah nak fokus pada iklan malah jarang sangat jual ruang iklan kerana takut tak ada prestasi. Setuju seperti nasihat Kak Jie kita bina nama dan jenama baru fokus pada iklan itu pun bagi blogger yang nak cari online income. Blog ni pun masih dalam proses membina jenama dan perjalanan masih jauh untuk mencari masa yang paling sesuai untuk meletak iklan di blog.



so kepada kengakawan semua jgn pikir nak cepat je.. kena pkir masa yg sesuai gak.. ingat masa yg sesuai adalah masa anda free..eh.. eh apa yg aku merepek ni.. ok peace no war..!

No comments:

Post a Comment

Dont worry be happy to comment..