Friday, 14 September 2018

Fikir yang baik-baik je..

      Assalammualaikum.. "fikir yang baik-baik je.." itu adalah salah satu cara hendak berfikiran POSITIF dalam kehidupan kita seharian.. kita skrg sudah masuk tahun baharu 1440 hijrah maknanya kita semakin hari semakin meningkat usia, dalam kita dimamah usia ini pasti sekali kita menghadapi pelbagai dugaan/ujian dalam kehidupan. Bagaimana kita hendak melalui dugaan dan ujian ini, salah satu caranya kita kena berfikiran positif dahulu barulah kita tenang menghadapinya, bagi diriku kekadang kita BERLEBIHAN BERFIKIR itu sebab kita susah hendak berfikir positif dan susah hendak melalukan perkara baharu atau menerima perkara yang baharu.


     Malam semalam selepas hantar si abang kelas tambahan, si adik nak tengok cerita
The Good Dinosaur so layan je la.. sambil duk layan movie aku tertarik tentang ayat yang digunakan oleh bapak dinosaur yang bela seladang tu, ketika dia suruh Arlo menyelinap masuk di tengah kawasan seladang bagi tujuan menarik perhatian pemburu haram itu, Arlo takut nak pergi serta perbagai alasan diberi dan apa yg bapak dinosaur tu cakap pada Arlo sangat terkesan pada diriku  JANGAN BERLEBIHAN BERFIKIR. kita ni kadang2 berlebihan brfikir itu yg buat kita susah nak berfikiran positif so mulai semalam aku set dalam minda aku untuk tidak berlebihan berfikir. fikir yang baik baik je.. bila apa jua ujian yg mendatang kena fikir baik-baik je dan jangan berlebihan berfikir baru kita boleh bersabar serta redha dgn ujian dari ALLAH.. ingat.. semua yang berlaku mesti ada hikmah dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan ALLAH S.W.T.. berdoa moga Allah permudahkan segala urusan kita, aminn..


Wednesday, 26 February 2014

Kerja kita..?

Assalamualaikum dan selamat pagi..
mulakan pagi ini dengan positif.. kerja kita..? apa kerja kita..? sudahkah kita melakukan kerja kita pada hari ini..? apa kerja kita hari ini..? adakah kerja kita meringankn dan memudahkan kerja orang lain..? kenapa kerja kita tak macam orang lain..? apa mereka buat..? macam mana hendak melakukan kerja dgn betul..? semua persoalan ini berlegar dalam pemikiran kita seharian..

bagi aku mudah ja dalam melakukan kerja seharian dgn tenang.. mula2 niat masa keluar rumah untuk mencari rezeki utk kita dan keluarga.. apabila niat kerja kerana Allah kerja kita jadi ibadah..secara tak lansung ia dikira sebagai pahala dalam setiap kerja kita lakukan..

niat baik insyallah balasannya baik.. mulai hari mari kita pasang niat utk beribadah kerna Allah s.w.t

Friday, 5 July 2013

Surau kampung ku terbakar..


 TAIPING: Surau Kampung Sungai Petai di Bukit Gantang di sini hangus dalam kejadian kebakaran kira-kira jam 10 malam tadi.

Surau yang berusia hampir 100 tahun diasaskan oleh Allahyarham Tuan Guru Haji Ahmad Sungai Petai.

Beliau merupakan bekas Ahli Majlis Fatwa Negeri Perak dan ayahanda kepada Ustaz Idris Hj Ahmad Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Menurut Ustaz Idris, surau tersebut baharu sahaja dibaik pulih tiga tahun lepas bagi tujuan keselesaan masyarakat di sini untuk menunaikan ibadah dan mengaji agama.

Difahamkan di surau inilah Program Ijtimak Muzakarah bulanan yang diadakan pada Ahad minggu pertama hampir 100 tahun yang diasas oleh ayah beliau.

"Sekarang program ini masih diteruskan oleh Sohibussamahah Datuk Seri Hj Hasan Ahmad Mufti Negeri Pulau Pinang, Datuk Soleh Haji Ahmad Ahli Majlis Fatwa Negeri Perak dan Ustaz Zakaria Hj Ahmad," katanya.

Sehubungan itu, beliau merayu kepada umat Islam perihatin agar menghulurkan sumbangan bagi membina semula surau tersebut.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank Ahli Parlimen Malaysia Kwsn Bkt Gantang di nombor 558051300273.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/20478-surau-100-tahun-terbakar-rayu-sumbangan

Surau (orang kampung aku panggil baleksah) yang banyak memberi sumbangan dalam melahirkan golangan cerdik pandai dalam agama . Surau yang menyatukan penduduk kampung sungai petai dan kampung sekitar, surau yang menjadi tempat golongan muda berkumpul, surau yang menjadi tempat kelas tambahan semasa aku menduduki SPM, surau yang menjadi tempat oang mencari ilmu pada majlis Program Ijtimak Muzakarah. Di harapkan selepas ini akan di dirikan semula dan meneruskan tradisi sebelum ini.

Tuesday, 23 April 2013

P. 059 - BUKIT GANTANG dan N13 Kuala Sepetang

Sekitar pernamaan calon PRU-13 dewan MPT, dari segi penyokong tak mustahil PRU kali ini calon dari Pakatan akan menang, ini dapat dilihat dengan ribuan yg hadir pada hari penamaan calon..
Dun kuala sepetang terdiri dari melayu 59.96%, Cina 31.67%, India 8.34% dan lain-lain 0.03.

 Pru kali ini Berjasa meletak calonnya Zainal Abidin bagi dun kuala sepetang ini akan mengurangkan undi melayu terhadap BN dan PKR, pada pru-12 PKR diwakili Tai Sing Ng menang dgn majoriti 564, dari segi persaingan di Dun Kuala Sepetang mungkin agak sukar untuk PKR mepertahankn pada kali ini jika pengundi melayu mengundi calon Berjasa Zainal Abidin.

Parlimen Bukit gantang P59, Melayu 63.48%, Cina 26.77%, India 9.71% dan lain-lain 0.04%. Pada pru-12 Datuk Nizar menang dgn majoriti 2789, untuk Ustaz Idris mepertahankan pada kali ini agak mudah. Kedua-dua calon adalah anak tempatan Ustaz Idris berasal dari kampung Sungai Petai manakala Dato Ismail dari kampung Kubu.

Ustaz Idris 
PENDIDIKAN :
SARJANA MUDA PENG. ISLAM(UKM) 1988
SARJANA MUDA DAKWAH (UKM) 1994
PENGALAMAN KERJAYA :
PENSYARAH
PEKERJAAN SEKARANG :
AHLI POLITIK  
JAWATAN DALAM PAS : 
KETUA PENERANGAN PAS PUSAT

Dato Ismail Safian. Beliau merupakan Pengarah Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara, maaf aku tak jumpa latar belakang calon BN ini
.
Harap calon pakatan pertahankan kemenangan kali ini..

Monday, 11 March 2013

Gaji kakitangan awam naik ke?

Hari ini najib umun kenaikan gred bagi kakitangan Polis dan Tentera manakala kakitangan sektor sokongan hanya dapat KUP dari 15 tahun ke 13 tahun dan KGT di awalkn setahun  nampaknya berita gembira yg diharap oleh CUEPACS tak kesampaian..

"Omar berkata, Cuepacs turut menuntut agar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dan Elaun Sara Hidup (COLA) dikaji semula dan diselaraskan, dan berita baik itu diharap akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perhimpunan penjawat awam di Putrajaya 11 Mac ini."

"Kita juga meminta agar Cola (elaun bantuan sara hidup) diselaraskan kepada RM300 untuk semua penjawat awam, termasuk yang tinggal di kuarters, yang ketika ini hanya dibayar separuh," katanya."
Harap najib lebih teliti dalam pemberian kenaikan kerna kami kakitangan sokongan ada juga kepentingan pada anak bangsa jangan jadikan POLIS dan TENTERA anak emas sektor awam..!
 
  
masih ingatkah kita pada tragedi MEMALI..?
 mana undang-undang.. utk penbicaraan?
 mana keadilan.. kepada keluarga mangsa?
 mana hukuman.. menteri? 
 

Friday, 1 March 2013

Sebelum kita tidur.. apa kita buat..?

Oh! Tuhan di pagi yang penuh berkat ini
Kau masih memberi aku peluang untuk aku merebut segala
peluang amalan sebagai bekalan ke alam barzah.
Dengan Belas-EhsanMu Tanpa Batas Kau Limpahkan
Sinar Nur Hidayah KasihMu padaku hingga ke nafas terakhirku 
agar aku dapat membawa bekalan yang Kau Redhai.
Amin Ya Rabbal ALamin.

Thursday, 28 February 2013

Doa dan restu..

 Keluarga bahagia itu adalah impian kita namun sebaik manakah kita berusaha mengcapinya.. tepuk dada tanya dalam diri apa yg telah kta lakukan untuk mencapainya.. jika sudah lakukan g terbaik cuba pula muhasabah diri dan nilai dari mana rezeki kita dapat.. adakah ia bersih..


Friday, 11 January 2013

Joe mafia mati di tembak..?



Al fatihah..semoga dicucuri rahmat..
Yang dah pergi tu, biarlah dia pergi.
Ajalnya datang dengan cara begini.
Cuma aku harap, jangan hina orang yang dah tiada
Kesiankanlah kepada ahli keluarga arwah sama.

mereka memilih mati dgn cara ini. yg dh pergi biarlah mereka pergi.  semoga menjadi teladan kpd yg masih hidup bagaimana memilih cara utk  pergi nanti.

PUJIAN juga aku berikan kepada pihak polis...terbaikk...









Tapi ada yg tak best ttg kes ni.. ada pulak blogger yg tulis macam ni..



dunia ni penuh dengan konspirasi dan kontroversi
tembak penjenayah pun tak lama, lepas tu keluar macam2 cerita yang lain..



Wednesday, 9 January 2013

Jpeg vs Raw kelebihan dan kekurangan..?

 
Kelebihan RAW
Loseless data memberikan kita lebih byk ruang utk edit tanpa kehilangan data.
Contohnya gambar yg gelap apabila diedit menjadi terang, tiada noise yg jelas akan kelihatan.
Lebih detail kerana loseless data
Berbanding dgn JPEG, dgn RAW, saya boleh edit dan perbaiki kesilapan White Balance itu dgn mudah
Jika di-edit dgn baik, hasil akhirnya boleh jadi lebih mantap dan menonjol berbandingdgn JPEG pd gambar yg 
sama.
Jika anda penggemar HDR (High Dynamic Range), hasil akhir RAW akan lebih cantik jikadibanding dgn JPEG
Jika kita menyimpan gambar yg sudah di-edit dlm format JPEG, gambar original RAW kitamasih lagi terpelihara
Less noise, more detail preserved Pendek kata - kebebasan memanipulasi dan meng-edit gambar dgn kehilangan 
data yg sgt minimal, atau tiada 
 
Kelemahan RAW
Saiz besar - memerlukan ruang simpanan yg byk
Wajib edit atau ditukar menjadi JPEG utk hasil akhir
Leceh bg mereka yg bukan penggemar editing
Time consuming
 
 
Kebaikan JPEG
Saiz kecil, jadi memberi lebih byk ruang utk kita menjimatkan space dlm memory card
End product - jika suka 1 gambar itu, boleh terus pergi print
Menjimatkan masa kerana tak perlu susah-susah edit
Gambar yg tersedia sudahpun cantik, bergantung pd setting kita pd kamera tersebut, yg 
mana berkenaan White Balance, Saturation, Contrast, Sharpness etc etc.
 
Kekurangan JPEG
Macam mana kita setting, macam tu lah hasilnya. Jika di-edit lebih-lebih, akan mempengaruhi
 hasil akhir kerana utk format JPEG, drpd awal-awal lagi ia sudah kehilangan byk data
 semasa diproses oleh sensor kamera
Jadi setiap editing yg kita buat akan mempengaruhi dan menyebabkan lebih byk data yg
 hilang
Kerosakan atau kesilapan seperti White Balance terlalu kuning atau biru, sgt susah utk 
diperbaiki. Contohnya apabila saya mengambil gambar portrait dan saya dapati skintone
 sedikit kemerahan, agak susah utk diperbaiki semasa editing.
gambar pintu diatas adalah contoh perbezaan kualiti original shoot dalam RAW dan JPEG.. walaupun gambar jpeg lebih menonjol namun perlu di ingat hasil diatas  gambar diatas adalah original tak olah atau edit lagi.. so jika sudah diedit dan kena gayanya sure lagi gempak  macam gambar kat bawah ni....
jika hendak lebih lagi penerangan rujuk blog mamat ni..klik disini
 jangan lupa praktik apa yg kita tahu.. jgn hanya duk baca je.. buatnya tidak.. jadilah insan berguna,hehe..

 
 

Wednesday, 2 January 2013

Teknik SMART..



“Azam aku tahun 2013 ni nak sambung azam tahun lepas,” kata Minah kepada Tipah. “Kenapa azam tahun lepas kau tak tercapai?” tanya Tipah sambil mnbetulkan tudungnya. “Entahlah, tindakan aku tak sama macam perancangan aku agaknya,” jawab Minah.
“Aku rasa kau tak guna teknik SMART kot,” Salman cuba mengagak puncanya. “Teknik SMART? Apakah bendanya tu?” soal Minah dengan mata terkebil-kebil.
Nak tahu apakah teknik SMART? Mungkin ada di antara kita yang dah tahu tentang teknik ini. Ia adalah salah satu teknik berkesan untuk pastikan azam atau matlamat kita tercapai. Jom kita sama-sama lihat tekniknya dan beberapa tips.
3 perkara utama perlu ada dalam membuat matlamat ialah:
  1. Mempunyai matlamat yang jelas
  2. Mempunyai perancangan dan jalan untuk mencapai matlamat
  3. Melaksanakan tindakan terhadap matlamat dan perancangan.
Bagaimana teknik SMART boleh membantu anda untuk mencapai matlamat atau azam?
S- SPECIFIC (khusus)
M-MEASURABLE (boleh diukur)
A-ATTAINABLE (mampu dicapai)
R-REALISTIC & RELEVANT (realistik, munasabah & relevan)
T-TIME BOUND (tempoh masa/deadline)
1. S- SPECIFIC (khusus)
Matlamat atau azam kita perlu dispesifikkan supaya kita lebih jelas dengan apa yang kita akan buat untuk mencapainya. Matlamat yang terperinci adalah lebih bermakna daripada matlamat yang umum.  Jika sasaran tidak spesifik dua perkara yang akan berlaku: pertama anda dengan mudahnya mencapai matlamat itu dan kedua, anda dapati apa yang anda dapat bukan apa yang anda mahu. Kita ambil contoh nak beli kereta Inspira berharga RM 80 ribu pada tahun ini.
2. M-MEASURABLE (boleh diukur)
Sesuatu matlamat yang kita tetapkan itu mestilah yang boleh diukur atau dinilai harganya. Untuk kes azam nak beli kereta ini, ukuran dan nilainya ialah harga RM 80 ribu. Untuk deposit sudah tentu 10%, bermakna kita perlu ada RM 8 ribu. Bayaran bulanan pula mungkin dalam RM 800-900.
Jadi itulah nilai atau ukurannya yang perlu kita capai dahulu sebelum berjaya memiliki kereta Inspira. Kita boleh tulis azam dan matlamat kita tu seperti ini “Aku nak beli kereta Inspira baru dalam tahun ini, dengan deposit harga sebanyak RM8 ribu”.
3. A-ATTAINABLE (mampu dicapai)
Matlamat atau azam yang kita letak haruslah sesuatu yang boleh kita capai. Jangan membuat matlamat yang kita sudah tahu ia tidak akan boleh dicapai. Di sini anda perlu melihat sendiri keadaan anda sekarang adakah anda boleh mencapai matlamat tersebut? Jika anda rasa ianya memang tidak boleh dicapai, abaikan matlamat itu dan tetapkan matlamat yang lain. Untuk kes beli kereta Inspira ini, RM 8 ribu (deposit) adalah logik dan mampu kita perolehi dalam tempoh setahun.
4. R-REALISTIC & RELEVANT (realistik, munasabah & berkaitan)
Bila google word “realistic”, jumpa makna yang ini “Having or showing a sensible and practical idea of what can be achieved or expected”. Jangan menetapkan matlamat yang bukan-bukan seperti saya nak beli rumah harga setengah juta sedangkan sumber pendapatan sebulan anda hanya RM 2000 sahaja. Bagi kes nak beli kereta Inspira di atas, ia tampak munasabah dan relevan sebab kita mampu untuk mencapainya.
5. T-TIME BOUND (tempoh masa/deadline)
Tempoh masa, tarikh tamat (deadline) wajib ada bagi semua matlamat yang kita letak. Ia harus jelas dan spesifik.
Bagi kes beli kereta Inspira di atas, dengan membuat kiraan menyimpan sebanyak RM 800 setiap bulan selama 10 bulan, anda boleh mencapainya. Boleh pecahkan kepada target kecil seperti:
Sumber dapat RM 800 sebulan:
a) simpan wang gaji sebulan =RM 300
b) side incom dgn blog =  RM 200
c) side income dgn fotografi = RM300
Nak lagi spesifik, pecahkan kepada setiap hari.
Deadline adalah sangat perlu kerana tanpanya anda akan berlengah dan tidak akan berusaha untuk mencapai matlamat.

Tips tambahan untuk pembinaan matlamat:
  • Buat matlamat yang boleh memotivasi dan mendorong anda untuk lebih cepat berusaha.
  • Bina matlamat berdasarkan prioriti atau yang mana menjadi keutamaan anda
  • Tulis setiap matlamat anda di kertas dan tampal di tempat yang anda selalu boleh nampak. Bacalah matlamat anda dengan kerap.
  • Fokus, fokus, fokus. Laksanakan satu per satu tindakan mengikut perancangan.
  • Berdoa kepada ALLAH agar memberikan kekuatan dalam melaksanakan tindakan dan tugas-tugas anda. Bersangka baik dan yakinlah akan pertolongan daripada ALLAH.

Azam tahun baru 2013

LEMBARAN 2013 akan terbuka untuk mengisi episod suka dan duka sepanjang tahun setiap insan. Ramai yang berpendapat tidak lengkap tahun baru tanpa azam baru.
Ketika ini, pasti ramai yang sedang menyimpan azam 'saya mahu naik pangkat', 'saya mahu menambah kewangan', 'saya mahu menjadi lebih baik' dan sebagainya.

Azam bermaksud cita-cita, kecekalan, semangat dan ketentuan diri sendiri yang lebih meyakinkan diri sendiri untuk masa depan yang lebih terjamin, bahagia dan ceria.

Bagi meraikan kehadiran tahun baru, anda perlu menetapkan matlamat yang lebih fokus membawa kepada perancangan strategi bergantung kepada segala kemudahan dan kebolehan yang ada diri sendiri.

1) Perhubungan atau keluarga
l Rata-rata mengharapkan sesuatu yang baik sempena tahun baru ini. Jika sebelum ini anda mungkin mengalami masalah perhubungan dengan seseorang, mungkin sudah tiba masanya anda melupakan persengketaan itu. Begitu juga hubungan anda dengan rakan-rakan seharusnya lebih baik. Dalam hubungan keluarga pula, jadikan ikatan itu lebih akrab, mesra dan lebih baik daripada sebelumnya. Jika tahun 2012, anda tidak punya masa untuk keluarga, rancanglah masa yang lebih berkualiti bersama keluarga tahun ini.

2) Kerjaya
l Semua orang ingin mencapai peningkatan dalam pekerjaan. Tiada yang mustahil kerana anda boleh melakukan sekiranya anda berusaha menjadi lebih baik dan meningkatkan produktiviti kerja.

3) Kewangan
l Masalah ini sering menjadi isu utama setiap orang dan institusi keluarga. Mana tidaknya, perbelanjaan diri atau keluarga semakin meningkat saban tahun. Inilah masa untuk anda merancang kewangan dengan melebihkan peruntukan tabungan dan mengurangkan perbelanjaan kehendak diri. Dalam pada itu, anda juga boleh memulakan perniagaan atau pekerjaan sampingan untuk menambah kewangan. Tiada yang mustahil sekiranya anda berusaha.

4) Kesihatan
l Jangan lupa kesihatan anda. Setinggi mana pun pencapaian atau kejayaan yang dikecapi, aspek ini jangan diabai. Sekiranya anda tidak pernah bersenam, lakukan sekarang. Dari segi pemakanan, anda perlu mengamalkan menu seimbang. Bagi mereka yang takutkan pemeriksaan kesihatan, berubah segera dan lakukan pemeriksaan sekurang-kurang sekali pada tahun ini.

Tuesday, 23 October 2012

Bilakah Masanya Kita Perlu Menaikkan ISO?


ISO atau ASA (semasa zaman filem) ialah satu penunjuk sensitiviti sensor atau filem terhadap cahaya. Ianya diukur menggunakan nombor 100, 200, 400 dan seterusnya. Lebih tinggi nombornya, lebih sensitif sensor atau filem terhadap cahaya. Lebih rendah nombornya, sensor atau filem akan lebih kurang sensitif kepada cahaya dan akan menghasilkan noise atau bintik-bintik hitam pada gambar anda.
Biasanya kita perlu menggunakan tetapan ISO yang tinggi apabila kita mengambil gambar di tempat yang gelap, seperti mengambil gambar sukan didalam stadium tertutup.
Nilai ISO yang dianggap normal ialah ISO100. ISO100 akan menghasilkan gambar yang kurang noise.
Bagi kebanyakan orang yang baru berjinak dengan kamera DSLR, biasanya mereka akan menggunakan Auto Mode. Pada mode ini, kamera akan menetapkan ISO berdasarkan pada keadaan semasa anda mengambil gambar. Kamera akan memastikan sedaya upaya supaya tetapan ISO adalah pada tahap yang paling rendah.
Sekiranya anda menggunakan mode manual dan memilih tetapan ISO anda sendiri, anda pasti akan perasan bahawa ini akan memberi impak kepada shutter speed dan aperture yang diperlukan untuk mendapatkan gambar dengan exposure yang baik. Sebagai contoh, sekiranya anda menaikkan ISO kepada 800, anda boleh mengambil gambar dengan shutter speed yang laju dan menggunakan aperture yang kecil.
Berikut adalah beberapa keadaan dimana anda perlu menaikkan ISO anda:
1. Acara sukan di dewan tertutup dimana anda tidak mempunyai cukup cahaya dan perlu untuk memegunkan subjek anda
2. Galeri seni dimana penggunaan flash adalah dilarang
3. Konsert
4. Parti harijadi. Semasa acara meniup lilin, anda mungkin mahukan mood gambar yang samar-samar dimana jika anda menggunakan flash, gambar anda mungkin tidak menarik.. dibawah adalah contoh kesan iso pada gambar..


sumber klik disini..

Wednesday, 17 October 2012

Beli kamera online..?


Ingatkah anda tentang satu berita pasal seorang pemuda dari JB yang tertipu dengan jual beli online. Lelaki ni dari Johor Bahru order 3 unit Samsung Galaxy S dengan harga RM1,100 seunit iaitu lagi murah dari harga asal iaitu RM1,900. Sapa tak rambang mata kan brother ni, dia siap order 3 lagi dan bayar terus direct kepada seller. Alih-alih beberape hari selepas itu , bungkusan di terima dengan happy, bukak-bukak tengok lesung batu.

Tak ke sedih satu duit lesap, kedua phone tak dapat tapi lesung dapat. Brother ni terus call SSM untuk kenal pasti syarikat itu dan akhirnya Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia mengeluarkan perintah yang penjual membayar balik duit itu dalam tempoh 14 hari.
Untuk pengetahun korang, nak buat tuntutan kat TTPM ini hanya boleh dilakukan kepada individu sahaja. apa yang pelik dari kes ini, brother ni macam la tak boleh research on the market price of that phone. Samsung Galaxy II ni sekrang boleh dapat less than RM1,000. Mistake paling besar dia tak buat research.
Ok bebalik pada kisah penipuan jual beli online ni. Saya ada beberape kali experience in shopping online dan alhamdullilah tak de la masalah apa-apa. Tapi that does not mean saya tidak terdedah dengan penipuan ini. Laman seperti mudah.com.my sangat senang untuk ditipu kerana tiada apa-apa jenis verification id diperlukan untuk create account. kalau lelaong.com.my ada. dan in fact, kita dapat tengok komen pembeli diatas pembelian dengan seseorang penjual dalam lelong. Tapi still, kalau nak menipu, apa-apa cara boleh dibuat.

Perkara yang perlu diambil berat..
1. Buat research on the products that you nak beli. Tengok harga market price. Itu paling penting dan compare. Kalau beza berpuluh-puluh tu mungkin boleh diterima kalau beza sampai ebratus-ratus, mesti korang rase pelik kan? so kemungkinan penipuan ada di situ
2. Check track record penjual. Apa kata preious customers akan kepercayaan dorang. Penting ni.
3. Laman awam seperti mudah lelong ni susah sket nak dipercayai kecuali untuk COD (Cash on Delivery) items.
4. Kalau boleh, ask for any sort of verification ID dari mereka. Macam Identification No ke, alamat kedai ke, dan paling penting, bercakap melayu dengan mereka. Sebab saya pernah dengar kes awang hitam menipu dalam mudah.my.
5. Jangan serahkan no. kredit kad, debit kad, IC kepada mereka.
6. Kredit Kad, Debit Kad, Cek atau Cash? Kredit kad mungkin lebih selamat kerana korang ada masa lagi untuk hold the payment if something wrong or fishy comes up. untuk Debit Kad pun ada sesetengah bank boleh buat. Money Transfer adalah paling risky contoh macam brother kat atas tu. Kalau dah tertipu, putih mata sahaja. Paling baik kalau korang baut COD. Bawak cash dan dengan jumpe buyer everywhere and bayar on the delivery. Buat satu disclamer yangkalau barang tu that up to your expectation, jangan beli.


http://yamiya.com.my/store/ yg tak pernah try.. jika nak beli kena titik beratkan perkara kata atas ni tapi raas ok kot..